Saturday, May 15, 2010

Salam...bersalaman...


Ana terbaca kat satu web tu, ttg arikel ni…best jgk untuk dikongsi. Bukan apa dalam bab salam ni kebanyakan kita masih suka mengikut adat budaya berbanding hukum. Dah menjadi budaya kita orang Melayu menyalami orang yang lebih tua dan berpangkat pakcik-makcik. Tak perlu lagi bercerita salam antara rakan-rakan di luar. Dalam keluarga sendiri pun batasan salam tidak diambil kira. Yang penting yang muda mesti menyalami yang lebih tua. Tak kira la lelaki atau perempuan. Biras ke , sepupu ke, adik angkat ke…suma nak salam. Ok kita baca dulu apa kisah ni…

Bermulalah episod yang tidak ingin kita lihat......
 
Saya dengan segera memberi isyarat, menengkap tapak tangan ke dada saya, sedikit menundukkan kepala seperti memohon maaf, sambil tersenyum mengatakan ,  
"Sorry, I don't shake hand with woman"   
Tiba-tiba wanita yang begitu ramah  dan ceria tadi , berubah  menjadi marah, dengan nada suara yang agak tinggi,
 "I' ve same problem in Afghanistan, you muslim man don't respect  woman. Dia tak mau bersalam dengan saya, tengok makcik, saya marah dengan orang macamni" 
Boleh pula dia berbahasa Melayu. Lalu dia tanya apa saya buat di sini dan dari mana asal saya. Saya katakan saya Ngo dari Malaysia,  dia mungkin tak selesa dengan 
jawapan tu sebab confirm saya orang luar, 
"and acording to Islam we dont shake hand with opposite sex"   sambung saya. 
"I'm antrapologist, study for Far East,(no wonder la dia boleh berbahsa Melayu) I study Islam, and culture of Muslims, and most of them shakes hand with me, I don't thing you re  right !", 
katanya tak puas hati...
"If you had studied Islam, then it's easy for me to explain. You know, Prophet Muhammad don't even touch any women except his wives."  Tiba-tiba kawan lelaki bersebelahan dengannya menyampok, " The Prophet did'nt shake hand with women ?"  "Yes" jawab saya singkat."Then what's the reason ?" Tanyanya dengan nada lembut, nak tahu,mungkin ikhlas. Saya katakan Islam menghormati dan memandang tinggi nilai seseorang individu, Kami menghormati wanita dengan menjaga haknya. Kalau di barat anda mungkin boleh berpegang sholder to shoulder dengan mana-mana kawan atau teman wanita, boleh shake hand sebagai permulaan. Islam meletakkan had untuk memelihara nilai mulia ini. Namun jika wanita itu adalah ibu, saudara kandung, atau isteri anda, Islam membenarkan. Inilah peraturan yang Allah tetapkan. " Actually that rules are  not been applied here !" Celah wanita Eropah tadi, tidak puas hati.Mungkin dia rasa dia dimalukan, depan orang ramai dan kawannya.   
 "You can ask the people here about the rules and what do they practice" saya mencabarnya.
Dengan ringkas dia menjawab dalam bahasa Inggeris,  
" Mestilah orang disini akan katakan mereka tidak bersalaman lelaki dengan perempuan di depan awak" Saya katakan 
"saya akan beredar dari sini, dan selepas itu awak boleh tanyakan. Saya pasti jawapannya masih menyebelahi saya. " 
balas saya dengan yakin.   Dia tak puas hati, dia segera panggil 2 wanita tempatan yang ada di situ dan bertanya.. Anda tahu apa soalannya ?...
"Makcik, kalau orang alim atau kiyyai datang ziarah ditempat ni, selalunya dia bersalam tak dengan orang perempuan ?" 
Tanyanya dalam bahasa Melayu. Soalannya menunjukkan kefahamannya tentang perlaksanaan hukum dan otoriti... Dalam hati saya berdoa, semuga Allah bukakan pintu hatinya, bairlah Kiyyai yang datang ke sini juga, mereka yang menjaga hukum Allah. Takut kiyyay yang berada atau datang kesini adalah terdiri dari mereka yang menjadi pak turut. Wanita tempatan tadi menjadi kaku, ramai orang dah mula mengerumuni perbincangan kami. Bulatan manusia di keliling kami makin besar.
"Kami biasanya bila bersalaman, akan lapikkan kain di tangan" dengan lembut tercetus kalimah dari bibir wanita tua tadi.. Alhamdulillah, detik hati saya.  Sambil senyum dengan ikhlas, saya bersuara,
 " That's what they usually do. And the Kiyyay usually not the first person to give their hand. Hope you will understand what I did. We do that because we respect you,women."  
Dia masih tak puas hati dan berkeras, katanya kita orang Islam tidak menghormati dan tidak memberi kebebasan kepada orang bukan Islam. Banyak hak mereka seperti persamaan dan kebebasan kaum wanita terabai. Kata saya nilai yang kami pakai, untuk tidak bersalaman dengan berlainan jantina adalah nilai kami, orang Islam, saya rasa kamu  perlu menghormati hak kami, seperti hak kami untuk memakai skaf bila keluar rumah. Lalu beliau menyanggah,
"Ini adalah kebebasan, kami juga bebas untuk bersalam, ini hak asasi manusia ! Kamu tak boleh cegah kami."
 "Maafkan saya, bila kamu bercakap tentang diri  kamu di sini, di negara orang-orang Islam,  kamu meminta hak, dan kebebasan asasi, kamu minta persamaan. Apa yang saya minta dari kamu bukanlah persamaan tetapi menghormati hak kami, nilai-nilai kami. Kalau betul kamu (di Eropah) perjuangkan hak dan persamaan, kenapa mesti kamu bezakan kami yang datang dari negara ketiga dari segi penggunaan visa dan hak bergerak di negara -negara barat. Tidakkah itu menyekat kebebasan ? Tidakkah itu menidakkan persamaan 
yang kamu suarakan Tapi itu bukan persoalannya, sebab kami  menghormati ketetapan dan nilai kamu. Kami tak pernah pertikaikan perbezaan dan hak penggunaan visa untuk masuk ke negara anda sebab itu adalah hak anda. Begitulah juga,  hormati nilai-nilai kami !! "
 
  Panjang syarah saya kalini. Dia agak terdiam seketika, tidak dapat menjawab. Namun beliau beralih kepada topik lain, antaranya beliau mengatakan Islam dulu (bukan sekarang) lebih menindas wanita... dan topik lain.  Disebabkan suasana yang kurang kondusif, saya menutup perbualan itu dengan beredar dan  meneruskan kerja-kerja saya..Apa yang saya nak bawakan di sini adalah - Adakah salah, kita meminta hak melaksanakan hukum Allah keatas diri kita. 
 
 
Ok itu kisah yang ana petik dari sebuah website. Kenapa muncul salah faham dari kaum bukan Islam? Rasanya berpunca dari kita juga. Kita yang tak betul2 mengamalkan. Ada yang bersalam. Ada yang tetap berpegang pada hukum. Jd itulah yang mebuat mereka kaum bkn Islam boleh mepertikaikan.
 
Jadi hukum bersalam itu haram…seboleh2nya dengan berlapik pun dielakkan melainkan darurat.
 
Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Ash ra bahawasanya Rasullullah saw tidak pernah menyalami perempuan-perempuan di dalam bai'at(Riwayat Ahmad)
 
Menurut ulama-ulama Hadis seperti Ahmad,Humaidi Bukhari,Tirmidzi dan lain-lainnya,hadis tersebut di atas adalah hadis yang baik(hasan) sanadnya oleh kerana itu boleh di pakai untuk berhujah atau di jadikan dalil.
 
Dari Mu'qil bin Yasar ra Rasullullah saw bersabda:"Seseorang di antara kamu di cucuk dengan jarum dari besi lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal untuknya")Riwayat Thabrani & Baihaqi).
 


Ini adalah ancaman yang amat keras bagi setiap lelaki yang berani menyentuh seorang perempuan yang tidak di halalkan atau perempuan yang bukan isterinya walaupun sekadar menyentuhnya tanpa di ikuti nafsu..Oleh itu bagaimanakah pendapat anda tentang bersalaman kepada perempuan ajnabiah?Al-Albani berkata:"Di dalam hadis ada ancaman yang keras bagi siapa yang menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.Ini beerti ada dalil yang mengharamkan bersalaman tanpa ragu-ragu lagi.Namun demikian pada zaman sekarang ini banyak orang-orang Islam bahkan di antara mereka ada kaum cerdik pandai yang mengingkari hal tersebut bahkan mereka mencari alasan-alasan yang dapat menghalalkannya.Perkara ini di anggap REMEH TEMEH..
 
 
    

0 comments: