Friday, May 28, 2010

ilmu....


ana suka nak bercakap tentang ilmu je skang ni, sebab secara kebetulan pada ana tapi mmg itu yang Allah aturkan pun. Ana byk mendengar tentang pentingnya ilmu.

mula2 pg ahad, dalam usrah keluarga, baba menyebutkan kepentingan menuntut ilmu untuk membantu kita beriman kepada Rukun Iman dengan lebih sempurna. sesudah usrah, kami yang perempuan ke kuliyyah muslimah di surau annur. juga di sebut ttg ilmu.

ok, skit ana nak kongsi ttg apa yg ana dapat

Tujuan kita menuntut ilmu
  1. mengesahkan amalan kita. dari ibnu Ruslan, "setiap amalan tanpa ilmu adalah ditolak".
  2. menyahkan elemen yang tak baik (selalu muhasabah diri dgn adanya ilmu)
  3. mengenali hak kita (hak sbg hamba, hak sbg manusia,hak sbg anak...dll) Jika kita mengikut je tanpa ada ilmu dalam sesuatu itu akan sesat...ada citer cth...beruang dan kucing...(nak dgr citer kena YM ngn ana)
  4. meringkaskan kehidupan (mcm cth dalam post ana bertajuk Islam itu mudah tp kita yang complicatedkan)

Kat sini ana sertakan lirik nasyid CAHAYA ILMU..yang dinasyidkan oleh pelajar2 ana semasa majlis ihtifal dalam post ana yg bertajuk Nasyid Ihtifal. Ana mmg suka lagu ni..suma lgu yg dorang nasyid la ana suka.hehehe..


Ilmu ibarat cahaya

menuntutnya satu ibadah

begitulah kata pujangga

jadikannya sebagai teman

Ilmu itu satu tuntutan

Suruhan dari Ilahi

jagailah wahai teman

moga hidup dirahmati

Tanpa ilmu umat binasa

Pesanan Rasulullah pada umatnya

Sayangilah ilmu di dunia fana

sebagai jambatan menuju ke syurga

Marilah menuju kecemerlangan

Jangan diendahkan sebarang tomahan

untuk menjadi umat cemerlang

kukuhkan semangat perjuangan Islam

Bersihkan jiwa ikhlaskan hati

Penuhkan ilmu penguat jiwa

Membentuk peribadi mulia

Bangkitlah Islam menuju kejayaan

jangan endahkan sebarang tomahan

Untuk menjadi umat yang cemerlang

kukuhkan semangat perjuangan Islam

Supaya tidak menyesal kemudian



0 comments: