Thursday, May 13, 2010

Cara Hawa nak Bantu Adam


“ Kalau persahabatan dengan lelaki itu akan mendatangkan fitnah, apa salahnya dielakkan atau dikurangkan. Bukan bermakna diputuskan terus,” lebih kurang begitulah pendapat Nadh adik angkat, merangkap sahabat juga kaunselor part time ana.

Ana akur. Wanita memang akan menjadi punca fitnah. Sewajarnya kami kaum wanita menjaga segala pintu2 yang akan mendatangkan fitnah kepada kaum lelaki

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan,

مَا تَرَكْتُ بَعْدِى فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

“Tidaklah kutinggalkan suatu ujian yang lebih berat bagi laki-laki melebihi wanita” (HR Bukhari no 4808 dan Muslim no 2740 dari Usamah bin Zaid).

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِى إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِى النِّسَاءِ

“Sesungguhnya awal kebinasaan Bani Israil adalah disebabkan masalah wanita” (HR Muslim no 7124 dari Abu Sa’id Al Khudry).

Sesetengah muslimah begitu menjaga batasan pergaulan, adab berbicara, dan kesempurnaan aurat dengan kaum lelaki ajnabi hanya ketika masih bujang, selepas kahwin atau makin bertambah usia makin goyah pula. Ana tak nafikan ketika usia muda dan masih bujang lebih mudah fitnah akan terjadi…

Pengalaman sendiri, dalam usaha kita menjaga batas pergaualan dan hati masih lagi ada fitnah yang datang…begitulah rancaknya syaitan mempergunakan wanita sebagai senjatanya untuk melemahkan lelaki. Jagalah ia duhai an-nisa’ kerana syaitan yang berada disegenap salur darah ini hanya menanti untuk meniupkan api fitnah. Bila terjadi fitnah bukan kita saja yang susah. Ia boleh jadi melibatkan orang yang ketiga, pepecahan rumahtangga, hilang kerjaya…macam2 boleh jadi.


Hukum asal pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (sah nikah) adalah haram. Ia turut disokong oleh kaedah Fiqh iaitu Sadd al-Zari’ah (menutup pintu-pintu fitnah). Kaedah Fiqh iaitu al-Asl fi al-Asyia’ al-Ibahah (Asal kepada sesuatu ialah harus) tidak dapat digunakan untuk menyatakan hukum asal adalah harus kerana nas-nas yang dikemukakan tadi secara tidak langsung telah mengandungi unsur larangan berlakunya pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin). Namun begitu, walaupun hukum asalnya adalah haram, dalam situasi dan keadaan tertentu hukum tersebut boleh berubah menjadi harus tetapi masih terikat dengan peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syariat. Keadaan dan situ

asi yang dimaksudkan ialah darurah, hajat (keperluan), maslahah syarie dan kebiasaan adat setempat.


Batasan pergaulan antara lelaki dan wanita yang diharuskan tetapi masih terikat dengan peraturan syariat ialah:

1. Kerana darurat

Contoh: Seorang perempuan bersendirian dalam perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersamanya dengan sekadar untuk membantu dan melindunginya daripada bahaya tanpa ada tujuan lain.

2. Kera

na Keperluan / kemaslahatan

Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana hajat atau keperluan syarie dibolehkan. Antaranya pergaulan bertujuan mengurus muamalah maliyah (urusan harta ) seperti jual beli, pergaulan kerana bekerja, pergaulan kerana menjadi saksi dan juga pergaulan kerana berada dalam satu kenderaan awam bertujuan syarie, bukan untuk melakukan maksiat seperti keluar untuk ke tempat kerja, ziarah keluarga dan sebagainya serta kerana belajar. Tetapi pengasingan tempat belajar adalah lebih baik berdasarkan kaedah sadd al-zari’ah (menutup pintu-pintu fitnah).

3. Kerana mengikut adat dan kebiasaan dalam majlis-majlis.

Pergaul

an antara lelaki dan wanita dalam majlis seperti kenduri dan sebagainya. Tetapi lebih baik jika dapat diasingkan antara lelaki dan wanita ketika makan dan lain-lainnya supaya menutup pintu-pintu fitnah (sadd al-zari’ah).

Antara peraturan syariah yang mesti diikuti bagi mengharuskan pergaulan dalam keadaan-keadaan tertentu yang dinyatakan di atas ialah:


1. Menundukkan Pandangan


Firman Allah SWT di dalam surah an- Nur, ayat 30 dan 31. Maksudnya:
“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.”
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan
memelihara kehormatan mereka”.



2. Menutup Aurat;


Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur, ayat 31. Maksudnya:
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan t
udung kepala mereka”.
Maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah sesuatu yang pada adat atau kebiasaannya dapat dilihat dan sukar untuk disembunyikan termasuk baju luar, muka, dua tapak tangan dan perhiasan seperti cincin dan gelang tangan. Perhiasan di rambut dan di kepala adalah haram dan termasuk dalam kategori aurat wanita.



3. Tidak berdua-duaan Antara Lelaki Dan Perempuan


Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:


“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita

kecuali bersama mahramnya”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi orang ketiganya.

(Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)



4. Tidak Melunakkan Ucapan

Wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT di dalam surah al-Ahzab, ayat 32, maksudnya:


Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu semua bukanlah seperti mana perempuan-perempuan yang lain jika kamu tetap bertaqwa. Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan b
uruk kepada kamu), dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).


Imam Ibnu Kathir mantafsirkan ayat di atas dengan menyatakan bahawa ianya adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah SAW dan juga kepada para wanita mukminah iaitu hendaklah berbicara dengan orang lain (lelaki) tanpa suara merdu iaitu janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain seba
gaimana dia berbicara dengan suaminya.




5. Tidak Bersentuhan Antara Lelaki dan Wanita Ajnabi (Sah Kahwin)

Dalam pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin), tidak dibenarkan berlaku sentuh menyentuh, pegang memegang, cuit mencuit dan seumpamanya walaupun dalam keadaan bergurau dan hubungan yang rapat termasuk bertunang.

Dari Maqil bin Yasar r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi) .

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu faraj yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

Last sekali, jangan takut jika ada yang mengata kamu ni kolot, ortodoks, kampungan hanya kerana kita menjaga apa yang Islam minta. Kita jaga agama Allah, Allah akan jaga kita, insyaAllah. Pandangan Allah itu lebih penting berbanding pandangan manusia.

2 comments:

musafirkasih said...

salam ukhuwah
bingkisan ini terlalu bnyak memberi panduan kpd muslimah especially remaja, dlm mncari identiti diri dan mengenali hakikat sebenar batas2 pergaulan dlm Islam.Ramai yg menganggap dgn cume mmbntu adam "cket2" dpt mengelakkan prasaan suke2, tetapi ingatlah! itulah bidayah 'asiah(permulaan maksiat)tnpa kite sedari prasaan suke itu akn membisik halus ke dlm hati kite kerana kite akan teringat ap yg pernah kite lakukan untuk adam....renung2kan...

perindu sepertiga malam said...

salam ukhuwah fillah.
ana satuju dgn ap yg musafir kasih katekan.
sungguh, wanita i2 fitnah terbesar. dn selalunya wanita x perasan pun yg mereka dah mbuat kaum lelaki berdosa dsebabkan diri mereka..
sama2 muhasabah..
ana nak copy artikel ni ke blog ana ek.. moga Allah redha.. :)