Monday, May 10, 2010

Malaysia kepupusan lelaki berkualiti....



Selepas menonton ujibakat program 'imam muda' kat Pusat Islam ari tu, ana makin menyedari lelaki yang berkualiti semakin berkurangan. Ujian di stage 1, peserta diuji dengan bacaan Al-fatihah. Tapi dari sejumlah peserta yang hadir cuma beberapa orang sahaja yang lulus penuh. Ada yang kurang mantap dari segi tajwid, makhraj, dan ada yang mmg masih samar2 bacaannya.

Rasulullah saw jika ingin memilih tentera perang tentula yang rajin bertahajud. Tapi pemuda kini? masing2 sibuk mengasah suara supaya sedap menyanyi dari membetulkan bacaan Quran.

Ana pernah mencabar 2 orang YDP Badan Dakwah tempat ana mengajar dulu untuk menjadi lelaki yang berkualiti. mungkinkah akan disahut?


Ciri2 lelaki berkualiti mengikut piawaian ana sendiri (suka2 je nak buat piawai, ish3)

  1. Berkepimpinan
  2. Bercinta selepas kawin sahaja(maksudnya pandai jaga diri dr ujian berunsur perempuan, selalunya mesti nak bercouple jgk, ish3)
  3. Berilmu(ilmu agama dan lain2)
  4. Beramal (berpegang dengan ilmu. Amalkan bila da ada ilmu bkn wat tak tahu)
  5. Beriman
  6. Bertaqwa (takutkan Allah walau di mana berada)
  7. Berakhlak mulia
Kalau mummy 5B , ana dah jadi 7B lak...tapi bukan bermakna ana ni bagus nak bg piawaian camni sekali. cumanya ana rasa lelaki perlu semua ni sebab mereka adalah pemimpin. Iya la kalo tak camner nanti nak didik anak2. dahla anak2 aman siber ni mencabar je dorang punya laluan.

Harap kaum adam taklah marah dengan komen ana. Iyalah jika adam bengkok sape yang nak betulkan hawa yang lagi senang bengkok ni?kan?





0 comments: