Friday, May 28, 2010

ilmu+amal=iman

berjanji ngn nadh, nak kongsi apa yang ana dapat masa kuliyyah agama di ofis ana ari tu.Erm.. tp tak byk laa. ana ni nak luahkan blk apa yg usta tu citer mcm dah lari la..

Ermm..menyentuh soal Al-Quran dan ilmu Tauhid.

Allah SWT menyebut dalam Al-Quran bahawa antara sifat mukmin yang hakiki ialah yang bertambah imannya jika kepadanya dibacakan ayat-ayat Allah

"sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya nescaya bertambah-tambahlah iman mereka(kerananya) dan kpd tuhanlah mereka berserah diri(bertawakal)" Al-Anfal 8:2

Jadi di sini dapat disimpulkan orang yang gerun kepada Allah hanyalah ulama' <----Dalam minggu ni 2 kali ana mendengar ucapan yang sama. Mula2 di kuliyyah surau An-nur ahad ari tu oleh Dr Zulkiflee Ahmad al- Bakri. Dan kali ni dr Ustaz Sayuti. Untuk menjadi yang ulama tentunya ia berkait dengan ilmu. Dan ilmu berkaitkan dengan amal. perkara ini la yang dibahaskan apakah yang lebih dahulu. ilmu,amal atau iman? tapi yang kita tahu iman dan amal takkan bertambah tanpa pertambahan ilmu. jadi pembinaan generasi mengkaji Al-Quran perlu kerana dari situ mulanya khazanah ilmu. rata-rata antara kita membaca Al-Quran, bukan memahami apatah mengkaji. Berlumba mengkhatam Al-Quran tanpa sempat meneliti ayat2 Allah. Kerana itu generasi kita makin goyah. tak perlu serangan bersenjata. serangan minda saja tak mampu kita tangkis lagi. Ilmu+Amal=Iman



Iman...
Bila berat badan turun atau naik kita mula memberi perhatian. hampir setiap hari naik ke mesin penimbang untuk periksa berat badan. bagi yg nak menambah berat badan mcm ana ni, :) mula la sibuk memikirkan mkn, yang nak kurangkan berat badan fikirkan menu diet. dan kita pun melakar jadual pemakanan harian. Arghhh...kita selalu begitu dgn menda yang wujud secara zahir. Cepat kita ambil perhatian. tapi kalo soal Iman yang tak npk dan tak dapat nak ditimbangkan makanya kita tak ambil tahu. Iman bertambah ke berkurang ke tak perasan pun. aduh!

jom sama2 kita concern kat iman melebihi yang yg kita npk. kalo bisa kita buat jadual
" Vitamin Hati". Kita rangka cara-cara nak menambahkan iman. semoga kita tergolong dalam golongan org gerun hatinya apabila mendengar ayat-ayat Allah. Ameen.

0 comments: