Ana nak kongsi sedikit citer tentang ramadhan…Selama ana mengenali Ramadhan sejak ana kanak2 riang ria, ada 2 kali ana rasakan melalui Ramadhan terindah.
Haaa…yg 1st masa ana bekerja sbg jurujual di Butik Sentuhan Jelita yg terletak depan Sogo…haaa…mesti ramai yg agak kenal dgn butik pakaian muslimah ni kan? ,masa tu tahun 2006. Sebagai jurujual, gaji ana mmg ciput je , jadi kenalah berjimat cermat yang amat..kalo nak tau dlm ramai2 adik beradik ana la paling boros…tp kalo kat tempat keja ana la paling jimat..hua3…Bab mkn mmg ana berkira..hari2 bw bekal. Tapi kalo bab surat khabar takleh la..kena gak beli setiap hari..baru tau perkembangan dunia.
Lepas puasa tahun 2006, ana tercari2 puasa indah. Bila bekerja sebagai guru di ABIM, ana cuba untuk menghayati puasa spt itu lg..tp tak dapat, ada kala ana tewas dengan pujukan hati utk berbuka dgn juadah yang lazat.
Akhirnya, ana dapat merasai kembali keindahan puasa pd thn 2009. buat sekian lama, sejak 10 tahun ana tidak melalui Ramadhan bersama ibu ana. Tapi tahun lepas ana dapat berpuasa sebulan di samping ibu tercinta. Namun ibu yg sangat uzur tak mampu berpuasa. Ana sendirian juga berbuka dan bersahur ditemani ibu yang terbaring di katil. Dan bila sendirian tentunya juadah berbuka ana sgt simple. Itu yg ana inginkan.
Apa2 pun pasal kaitan dengan Ramadhan terindah ni kita sama2 cari yuk! Masing2 punya nilaian apa yg indah mengikut rasa masing2…
Kalo di pihak ana di namakan Ramdahan terindah bila
1. Kita dpt berpada2 dengan makanan. Sebab mmg kita nak hayati saat2 kelaparan. Bukan bermewah2 dgn juadah dr pelbagai bazar Ramadhan. Kalo bleh taknak langsung ke bazar Ramadhan.
2. Dapat menunaikan terawih sebaik mungkin walau sgt sibuk dgn tugas.
3. Dapat Qiamulail walau di mana berada.
4. Dapat tadabbur Al-quran. Menghayati maknanya bukan berlumba2 utk khatam sedangkan tidak mengetahui makna ayat. Biar lambat asal bermanfaat.
5. merasai nikmat Lailatul Qadar
6. Berpuasa seluruhnya...seluruh anggota...
ok itu je dapat fikir takat ni…kalo ada tambahan, kongsi2 la yer…smg Ramadhan ini yang terindah…. Salam ramdhan cemerlang dan indah...