Thursday, May 13, 2010

Masalah itu bermula dari yang salah...

Sewaktu sedang bekerja tapi taklah sibuk sangat...

opismate : Eh awak takde YM ke?

anak 1 : ada.
opismate : abis nape tak buka?
anak 1 : taknaklah nanti sy leka. lagipun kat rumah ada internet, chat kat rumah jelah.
opismate mengangguk2.

Bila p
ulang...

anak 1 : mama, boleh tak kalau kita pakai internet kat ofis untuk kegunaan peribadi?

mama : peribadi yang macammana?

anak 1 : yelah macam nak antar email ke, nak main YM ke, nak cari maklumat untuk diri sendiri ke....

anak 2 : boleh la kak...suma orang buat camtu.


mama : tak..tak boleh. Biar pun ramai orang buat tapi blm tentu boleh. Dah minta izin ke dengan majikan? kalau dia izin baru boleh. ingat tak kisah Umar Abdul Aziz yang menyediakan 2 lilin di bilik kerj
anya. Satu untuk urusan kerja satu lagi untuk hal peribadi. Dia begitu teliti, bimbang terguna hak orang lain. Sebab semua tu akan dipertanggungjawabkan nanti di akhirat.

Di opis esoknya...


Si anak membuka kembali buku polisi kerja yang didapati masa mula2 masuk kerja dulu...Arghh...buku yang paling malas nak di baca. bila dapat tersimpan je kat laci meja. Akhirnya dia terjumpa yang dicari....Penyalahgunaan Kemudahan Syarikat. Alamak!

Lalu dia mencari kawan2nya untuk dirujuk. Kata kakak bahagian HR,

"boleh guna untuk hal-hal gitu, yang tak boleh buat bisnes dalam internet"

Dia mengangguk2. Tapi ye ke? Lalu dia bertanya lagi pada rakan sekerja yang senior

" takpe, kita tanya pakar IT syarikat ni...dia yang control suma ni" rakan itu mencadangkan.

Si anak itu pegi kepada pakar IT yang disebut dan bertanya. sambil tergelak si pakar memberitahu

"boleh laa,
yang tak bolehnya facebook, blog, suma tu...yang mana diblock masuk itu yang tak diizinkan.yang lain suma boleh...ada lagi nak tanya?"

"takde...cuma saya takut tersalah guna je".




Fikir-fikir la...mungkin nampak remeh. tapi segalanya perlu di ambil perhatian. jika tersilap guna gaji yang kita dapat mungkin kurang berkat. lalu cepat aje gaji tu lesap...ish..setengah orang gaji yg lebih kecik mampu pulak menyimpan, bersedekah, beli keperluan...bukan saja internet tapi segala apa yang sepatutnya milik company perlulah kita berhati2. Telefon pejabat ke, kereta pejabat ke pernah tak kita guna untuk peribadi? Dari situ la bermulanya masalah.


0 comments: