Sunday, May 9, 2010

ana suka jadi guru, tapi....













Bila ana berhenti mengajar dr sekolah abim,
ana amat rindukan kerjaya guru...kalo ada masa ana duduk di tangga rumah ana sebab dr situ ana dpt lihat sekolah abim. dapat lihat pelajar2nya...rindu sgt...

Bila ana berhenti mengajar dr sekolah abim,
Ana amat rindukan tarbiyyah yang ana sama2 lakukan dengan Badan Dakwah dan Rohani.
Ana rindu pelajar2 yang adakala kerana mereka ana mendapat teguran Allah.


Bila ana berhenti mengajar dr sekolah abim,
ana cuba mencari kerja lain. ana cuba mohon sbg guru GSTT, ana mohon KPLI...tapi suma hampa. ana kecewa...

Bila ana berhenti dr sekolah abim,
Ana masih lagi kecewa...kerana ana minat sgt mengajar, ana suka bila byk masa ana luangkan dengan pelajar2. Ana rasa akrab dengan remaja yang masih memilih jalan hidup.

Ana selalu terfikir kenapa ana yang betul2 mahu menjadi guru tidak direzekikan menjadi guru. bila ada guru yang menjalankan tugas sambil lewa dalam mendidik ana jadi geram..

tapi...akhirnya ana sedar...ana belum layak jadi guru. belum layak..Allah telah menunjukkan hikmahnya kenapa ana tidak menjadi guru....

Sesungguhnya Allah akan memberi apa yang kamu perlu
bukan apa yang kamu mahu...





0 comments: