Thursday, February 6, 2014

Coretan 31 Januari 2014


MasyaAllah…indahnya angin hari jumaat….Dari dulu aku menyukai angin hari jumaat. Tiupannya berbeza. Tak percaya? Cubalah perhatikan…dan bezakan…

Hari ini cuti Chinese new year. Aku curi peluang mengambil angin di Taman Tasik Cempaka.  Suka sangat suka bersendirian begini. Duduk di bawah redupan pokok..melihat indah air tasik yang tenang…ahhh!!! benar aku sangat sukakan suasana begini…aku ingin terus begini..punya waktu untuk bersendiri…menghabiskan masa mengamati indah alam ciptaan Ilahi. Mengarang kisah-kisah menarik tentang manusia dan kehidupan…itu yang aku mahu.

Kalau kamu tanya apa cita-cita dan impianku? Cita-citaku, bukan seperti orang lain…bukan impikan rumah besar untuk kudiami. Bukan harapkan kereta mewah untuk aku berpuas hati. Yang pasti bukan juga bekerja dengan manusia dari pagi hingga petang..mengkayakan orang yang kejam dengan pekerja sendiri.

Cita-citaku tak banyak…Cuma sukar untuk aku lakukan…aku ingin lari dari segala kebingitan dunia. Aku mahu bersendiri seperti yang aku katakan tadi. Di suatu tempat yang punya alam yang indah. Korea atau Jepun barangkali. Dan aku mahu menghabiskan sisa hidupku dengan menulis. Dan mendekati muslim-muslim yang baru kembali ke agama fitrah ini. Berkongsi sedikit ilmu tentang Islam yang aku ada. Yelah lahir dalam keluarga Islam, bukan bermakna aku mahir dalam agama Islam. Aku juga perlu belajar…lagi…dan lagi…hingga aku mati.Ingin berbuat kebajikan hingga mati.

Tapi cuma itulah cita-cita ku…bukan seperti apa yang aku lalui kini…bukan!! Aku cuma mencari cinta Ilahi..masa untukku mungkin tidak lama…semoga Allah mengabulkan impianku…sesungguhnya aku terlalu penat dengan dunia..kamu pernah rasa penat dengan dunia? Aku rasa dunia ini kosong. Tiada apa yang aku mahukan darinya. Aku rasakan semakin lama, aku semakin meninggikan tempat jatuh. aku takut utk terus lagi...mengigil seluruh jasad ini...bergetar hebat...dosa tak terhitung tapi aku masih terus berani merindui kematian? Dan izinkan aku ya Allah utk merindui kematian...kerana aku tidak sabar…mahu pulang menghadap Ilahi…Aku rindumu ya Allah..sangat rindu…Aku ingin ketemu Rasulullah saw…ahhh pasti aku menangis..

Bibir semanis madu, luka di hati siapa tahu....


Hatiku sudah lama menangis sendiri..sudah lama…
di saat ini aku terlalu penat.


Friday, January 18, 2013

Salam Airlines

saya ni suka berangan..jika saya ni banyak duit...jutawan la kunun..nak je ada sarikat  syarikat penerbangan sendiri..hoho..kepala mula ligat, mata da juling ke atas (gaya orang berangan...dooong!!)


Nama Syarikat: Salam Airlines
sebab apa salam? sbb ia perkhidmatan pelanggan/pelancong..sama ada dari negara kita atau penerbangan dari mana2 tempat pon, tentu pelanggan dari pelbagai bangsa..pertemuan pertama dan perjalanan mereka kita raikan dengan salam dan smile...^______^


A380 milik Salam Airlines katanya..gangg! gangg!gangg!!!




Pastu opkoslah steward dan stewardess dari Salam Airlines ni perlu mempunyai uniform yang menutup aurat dan kemas. haaa....agak2 macam ni la lebih kurang...

Penuh bergaya steward dihiasi pekerti mulia...acewahhh!!

Kan manis +sopan gitu...
siapa bilang gadis islamik tak menawan?tak menarik hati , tiada berbakat? ...haaa....sape2??

Sarat-sarat syarat-syarat Penerbangan,

  1. Penerbangan seboleh-bolehnya akan dielakkan waktu yg menghampiri masuk waktu solat bagi memudahkan penumpang utk menunaikan solat terlebih dahulu.
  2. Sepanjang perjalanan, steward dan stewardess perlu melazimi berzikir secara persendirian...
lain2 syarat belum dapat dipikirkan...nantilah saya ada idea saya tambah..hehehe







p/s: kredit utk geng imam muda dan ustazah pilihan, sbb jadi model steward dan stewardess saya.....dooonnggg!!! saya yg suka berangan sebenarnya...haha


Tuesday, January 15, 2013



Pengalaman di hari lahir 12.01.2013

Tahun lepas masa birthday saya melalui satu pengalaman yg susah nak lupa, dan tahun ni ada jugak pengalaman yang tak terduga di saat saya bergembira meraikan hari lahir yang ke 30…ohh  tua sudah…30 tahun itu usia ku kini? Mcm tak cayer…bukan 18 ke? Dooooonggg!!

Bermula dari malam sabtu, diraikan oleh kawan2 rumah dgn lagu selamat ulangtahun pastu kita org makan durian crepe yg dibeli dari nadya…(sedap betul!! Tak tipu….) drg makan sambil memuji2 nadya..haha…cantik pandai masak dan lain2…saya pun tumpang gembira sbb ada kawan yg rajin masak…heheh…sy blm sampai tahap rajin mcm tu..besar juga huruf M saya bila masuk bab masak memasak ni..haha


Pastu kami keluar makan kat Arabian House. Sedap betul Lamb Mandy…tapi kalau nak Lamb Kabsha yg sedap, saya sarankan Sultan Hadramawt kat Sg Ramal Dalam.





Esoknya saya diraikan oleh mama sekeluarga…makan tghhari dgn lauk puyuh salai masak lemak cilia api bernenas..huhuhu…sedap bangat!!rasanya ni first time kot mkn puyuh..(dalam ingatan saya la..)..lepas tu dorang nyanyikan lagu selamat ulang tahun dgn kek sebiji bertulis “ilo sweet 30” wohaaa!!! Mana der sweet lagi kalo 30, dah sour dah…huk3!!



Pastu malamnya..saya kuar ngn Lin…haaaaa…kat sini la akan berlakunya peristiwa yang tak terjangka tu..saya ada hajat, nak memanah..nak buat sukan yg Rasulullah suruh…jadi kami berdua pun menunggani kuda motor merah putih Lin…kami sampai ke Times square dalam masa tak sampai 30 minit..laju betul Lin rempit. Sampai sana kami pegi tempat memanah…wahhhh!! Sangat menyeronokkan..tp biasalah baru kali kedua memanah mmg byk melencong la..tadela nak tepat sasaran tu…kalo panah org jahat, buat kena gelak je ngn depa…

Dalam 20 minit je kami kat situ..kami bergegas nak balik, sebab janji nak dinner bersama kak bisya dan amy.Dan di sinilah bermulanya perjalanan yang menguji jiwa…

Kami tersalah jalan…termasuk jalan ke Ampang. Lalu Lin pusing balik…bila pusing kami nampak signboard Seremban-Putrajaya.Dengan yakin kami mengikutnya..maklumlah selalunya jika nak balik ke kajang, kami akan cari signboard Seremban atau Putrajaya.


Tiba di dua lorong, satu ke Sg besi, satu ke Seremban, kami jadi bingung..lalu kami mengambil utk terus ke Seremban Putrajaya.


Perjalanan terus masuk highway…jauhnya highway ni..kami saling cuba mengamati jalan mana yg kami lalu sekarang sebab ia sangat asing bg kami..kiri dan kanan cuma bukit dan hutan.


Lin memberitahu sy, minyak motor dah hampir E…Ya Rabbi…camne ni…sikit pon tak kelihatan signboard pam minyak…kami memandang ke depan..sayup..jauh….kelihatan jalan masih panjang ke depan. Deretan lampu jalan menaik menurun ikut alur bukit…kami spotan menjerit “Waaaaaaahhhhh jauhnya lagi!!!” Perut sy kian kecut..
   

   Hanya kami berdua penunggang motosikal malam itu. Kederaan lain pun tidaklah terlalu banyak. Kami terpaksa meneruskan perjalanan. Nak berhenti tiada tempat boleh minta pertolongan. Tapi risau kalo teruskan minyak akan kering. Lin berulangkali bertanya pada saya “macam mana ni you?” saya terdiam…hanya berzikir tak putus2…macam nak nangis pun ada..

   
      Kami meneruskan perjalanan dalam keadaan takut dan bingung..bingung kerana kami masih tak dapat agak kami akan tiba di mana lepas ni, dan seberapa jauh lg utk kami dapatkan bantuan minyak…Ya Allah, bantulah kami.


     Dalam kepala ni mcm2 sy fikirkan…kalolah kami tersadai di tepi hghway ni, tiba2 org jahat datang, kalo kami kena bunuh ke, kena campak dalam hutan ni pun, tade sape yg akan tahu…wahhhh….cuaknya…Wahai Allah, kami selamatkan kami dari kejahatan jin dan manusia.
  
     Kami tiba di sebuah tol..smg di sini ada bantuan..dan Alhamdulillah…ada kereta peronda polis di sini. Kami berhenti dan memohon bantuan.

      Kata en polis stesen minyak mmg jauh lg, tak cukup utk kami sampai dgn minyak yg ada.. lalu? Tiada pilihan…en polis yang kena pegi belikan minyak utk kami dgn kereta perondanya…woha!!kami duk la kat tepi jalan tu sambil sembang2 dgn srg lagi anggota polis..katanya Lebuhraya Mex ni byk kes…(oh nama highway yg seram ini Mex rupanya) utk kegunaan org Kl-Putrajaya katanya..ohhhhh!!!tapi apasal kejam sgt tade pam minyak langsung? Jauh tu….

   Lepas setengah jam, baru minyak sampai..alhamdulillah..terima kasih en Polis sekalian..Allah mengirimkan mereka utk membantu kami.


  Kami teruskan perjalanan ke kajang..jauh lagi ni..jalan masih sunyi..tiba2 ada motor melintasi kami. Dua org lelaki..memandang kami dgn aneh…apahal lak dua org mamat ni? Mereka memperlahankan motor dan menoleh lg ke arah kami..aduii..masalah la drg ni..Lin menarik tgn saya, sambil jerit “U peluk I, nak pecut ni,” saya memeluk Lin erat..dan Lin menunjukkan kehebatannya memecut superbikenya superkapcainya..bila sy pusing belakang, Alhamdulillah kami meninggalkan dua mamat pelik tu jauh kebelakang.alhamdulillah….

   Jam 11 lebih kami sampai ke bangi…penuh emosi saya bercerita pengalaman kami pada kawan2..tp kan….hanya org yg pernah melalui situasi yg sama akan dapat merasai perasaan kami…org yg tak pernah naik motor malam2 dan tak pernah lalu highway malam2 mmg susah la nak faham…dia dgr dgn muka pura2 simpati jelah…huhuhuhu….
    Itulah kenangan yg membuatkan saya belajar…ke mana pun pergi biar Allah sentiasa di hati…dan kita ni nak berlagak macam mana sgt la dgn Allah? Baru Allah uji skit, kami dan mcm cacing kepanasan..Allah bring Allah in ur heart everywhere you go…ok bebeh?



Monday, December 24, 2012

Demi Palestin


Semalam, saya mencuri peluang singgah ke TV Al-Hijrah sempena program DEMI PALESTIN...seronok sgt berada di kalangan org2 yaneg mengambil berat saudara kita di Gaza. Tapi sy tak tunggulah sampai mlm. petang tu terus blk..

Flash mob dari remaja Haluan 

 Sharing Moment bersama selebriti sukarelawan ke Gaza,
 Zoey Rahman, Zain Saidin & Maulana.

singgah sebentar sbg tanda sokongan padu buat saudara ku di Palestin...


Demi sesungguhnya,bila sy mengikat mafla di kepala,
sy jadi sgt bersemangat.rasanya seolah bersama saudara kita di GAZA.



Khaibar khaibar ya yahud jaisyu Muhammad saufa ya’ud..
laungan membangkit semangat,
dan sy tiba2 merindu syahid..

Thursday, November 29, 2012

Makanan Sihat Cara Saya


Hari ini saya nak cerita pasal makanan sihat..bila usia menginjak tua ni, baru nak sedar yg makanan berkhasiat tu penting…selalu dok belajar Rasulullah  saw seorang yg menjaga makan dn cara makan. Sbb tu takde masalah obesiti kalo kita betul2 ikut kaedah Islam ajar.

Saya pun mengooggle la makanan sihat…rupa-rupanya cara pemakanan orang jepun juga menghampiri kaedah Islam. Ada la yg tak Islamnya seperti mkn ikan atau sotong mentah. Yang tu kita takyah ikut.
Yang saya tertarik ialah, Jepun menitik beratkan apa yg dimakan..sbb tu kita tgk orang Jepun kurus-kurus..mereka makan nasi dan lauk2 yg direbus atau dibakar. Dan makan mereka agak tawar. Mereka suka rasa asli lauk tersebut tanpa byk perasa tambahan .Orang jepun ni jugak mmg gila sayur.

Kebanyakan makanan kita pulak bergoreng dan berlemak. Kita terbiasa makan makanan yg cukup rasa pedas+masin+manis…semua nak kena ada.Sebab tu kita bulih tgk beza saiz badan orang Jepun dgn orang Malaysia.

Wanita jepun yg berusia 70 tahun pun masih relaks je panjat gunung…kita ni, umur 30 je da mula menjemput pelbagai penyakit.

cantikkan? tp sy takdelah hias cantik camni..
tak pandai..hias ikut suka je..
Mereka biasanya makan apa yg diingini tetapi dalam kuantiti yg sedikit. Tak mcm kita, kalo belasah mmg tak ingat. . (Rasulullah saw pun tak ajar kita mkn byk)..Orang jepun juga akan menghias cantik makanan mereka supaya bila makan mereka dapat menikmati kecantikan makanan dan secara tak langsung mereka akan mengunyah dgn perlahan utk penghadaman yg baik. Jadi mereka akan cepat kenyang (kan mmg Rasulullah suruh kita kunyah 40 kali..kita tak ikut, tp org jepun lak ikut.)

So, mulai skang, saya mula biasakan makan makanan yg simple dan kurang rasa. Lebihkan sayur bila makan…bawak bekal ke opis dan elakkan makan makanan luar. Pagi tadi sempat masak sup sayur yg simple dan daging grill gaya jepun...mmg simple la..pastu penuhkan lunch box dgn sayur...lalala.
Selamat makan makanan sihat khadeeja! (opss..tak dapat snap gambar lunch box saya sbb hanset sy tade camera..hehe)

Tuesday, October 2, 2012

Hari-hari terakhir di MACIT Content

Ku lalui hari-hari terakhir di department content..pasni aku akan ke MACIT Training pulak...nape? sbb tak larat dah nak tgk pc lama2...so lepas ni jawatan akan bertukar, dari Instructional Designer kepada Training Executive.

Sekarang siapkan sisa2 kerja. Tapi byk sgt kenangan sebagai ID. setakat balik lewat malam, atau tak balik rumah langsung demi menyiapkan Storyboard tu mmg biasa. Telinga pulak kena tebal utk mendengar setiap komen dari client. Ada masa terlalu tak tahan penat dan stress, mengalir jugaklah airmata ni..dan akhirnya aku mohon undur diri..rasanya ku ingin ubati hati..tak berjaya menjadi guru, biarlah aku kerja yang membolehkan aku keluar ke sana-sini..kan?

And one thing that i'm gonna be miss, pasni dah takleh kacau Anis..tade lg org yg suka gaduh ngn dia...aman la skit dia tanpa gangguan dr aku kot..hehe..tggu la jiranku di department baru pulak yg bakal kena kacau ngn aku..ngeh3!..

Thursday, September 27, 2012

Pink Masjid Putrajaya

Siang tadi, aku ke Shah Alam. Teman Fiqah cari tudung untuk majlis perkahwinan dia. Dan aku la yg terlebih excited. Macam masa Iffah kawen, aku jgk yg paling tak sabar tggu majlis. Masa kitaorg jalan2 kat PKNS, aku terjumpa jubah warna 'pink Masjid Putrajaya'.Macam nak terlompat keluar jantung aku. Bukan apa, warna kain, jenis kain, dan potongan jubah tu sama seperti yang pernah aku lakarkan untuk majlis tak jadi aku dulu..ia kosong tanpa sebutir manik pun. Indah sekali...seperti dalam bayanganku..


Warna ni la yg aku dok suka amat tu


Aku belek2 jer jubah tu, kalo ikutkan hati nak jer beli. Tapi gaji pulak blm masuk..Beli je la kan? simpan...senang nak kawen baju dah siap..heheh..berangan la Cik Sufi oii...Tapi jujurnya aku mmg suka sgt warna dan kain jenis tu..Smg Allah mengizinkan aku utk memakainya pada majlis ku nanti..bila..dgn siapa, Allah lebih mengetahui..biar Allah yg tentukan, kerana Dia lebih Mengetahui tentang hambaNya ini...:)

Saturday, September 22, 2012

Terbangnya hatiku bersama terbangnya kamu

Tatau apa yang ku rasa...masa Hanan melangkah masuk meninggalkan kami, aku rasa macam hati ini ikut sama...ahhh....mmg tak dapat nak menangis..terlalu sedih..kehilangan kawan baik. Kawan berjalan, kawan bercerita...kawan menangis...

Aku mmg rapat sgt dgn Hanan..persahabatan kami unik...aku guru, dia pelajar..tapi kami jd sahabat...semua rahsia kami kongsi..dialah penyimpan mohor besar rahsia2 ku...dari sekecik2 perkara hingga sebesar2 perkara kami kongsi...lepas dia pegi...aku rasa mcm blur...blurr sgt...

Lin telefon masa aku di airport..
"you jangan sedih sgt tau," pesan Lin berulang kali.
jangan lah pesan gitu, hampir nangis dibuatnya....

Aku menjadi akrab dgn Hanan. Lepas mak ayah takde..aku mmg byk luang masa dgn Hanan je. 5 tahun nak berjauhan dgn dia..mmg blur la...

Hai ikal, si Arai ini tertinggal dalam mengejar cita2....entah bila Allah akan sampaikan aku ke sana....

"Masa muda masa yang berapi-api' (Haji Rhoma Irama)

Bermimpi la kawan...Tuhan akan memeluk mimpi2 mu....

Wednesday, August 29, 2012

too tired!!

sufi rasa tak larat sgt2!
 malam ni sufi nak angkat bendera putih...
saya terlalu penat la en boss...
dan semangat sy sudah tiada...
sy tak mampu nak kreatif lagi utk design SB ni...







sy penat...penat sgt ya Allah...
penat kerja untuk manusia yg zalim...

Sunday, August 26, 2012

Habibati



"Assalamualaikum ya habibati"
...wahhhh damainya ucapan itu...
selepas membaca msg tu, aku tersenyum senang....
msg dari org yg kusayang dan dia menyayangi ku tentunya...
bagaimana dapat aku rasakan kasih sayangnya?
hampir setiap minggu dia akan call utk berkongsi cerita
minta pandanganku setiapkali punya masalah
memberitakan padaku bila ada khabar gembira
dan dia sgt manja denganku...
kerana apa?
kerana aku umminya..

pelikkan seorang wanita yg blm berkahwin punya anak berusia 16 tahun.
itulah anakku..yang menyayangiku
yang menggelarkan aku ummi sejak 6 tahun lalu
sejak aku mengenalkan diriku sbg gurunya
anakku ini sgt istimewa
akhlaknya penuh halus
dan yang masih tidak ku fahami 
bagaimana diriku yg serba kekurangan ini  
seolah bertapak istimewa di sudut hatinya
setiapkali anakku memuji2 umminya ini
aku jadi malu...malu pada Allah...
kerana Allah yang Maha Baik menampakkan kebaikan ku dan menutup keaibanku

anakku ini sering bertanya
Ummi, sudah ketemu Walid?
lalu aku ketawa
tidak mudah anakku, tidak mudah...
ummi mu ini tidak punya apa2 yg istimewa utk menjadi zaujah sesiapa

skang baru kufaham betapa indahnya menjadi ibu
sekalipun aku tidak pernah melahirkan dia
tp layanannya padaku seolah2 aku ibunya
dan pesananku padanya
"Jadi ulama' utk ummi ye..."
teringin kulihat dia sbg seorang yg faqeh dalam agama bila dia besar nanti.


ni gambar hiasan comelkan kecit2 pakai serban..

indahnya bila digelar ummi...

Terima kasih wahai Allah, 
pinjamkan aku kasih sayang seorang anak
sekalipun aku belum dipilih untuk memiliki kasih seorang suami...



Friday, August 24, 2012

jammed dan keretapi

Alhamdulillah...aku selamat tiba di stesen Kajang pg ni...pening2 jugak kepala ni..tapi bestla jugak naik tren...tido je keja..mmg Allah sediakan satu seat je utkku..maklumlah masa beli tiket cuma satu seat koc tempat tidur je ada kosong...terima kasih ya Allah.

tapi semalam hampir2 aku ketinggalan keretapi..yelah dengan penuh yakin aku ngn kak long mentafsirkan jam 19.06 tu sbg jam 9.06 mlm...pandai sungguh kami mengira sistem 24 jam kan?hik3!! dah la dua2 pernah jd cikgu math..mmg bijak...hehe..ntah cemana aku leh salah kira..

abg kamal dan kak rah masih lg siap2..nak hantar aku..tp sbbkan aku kata tren kol 9 drg lepak2 la dulu..yang aku lak...masa dah siap mandi2 tu aku cuba kira balik..19.00 tu jam brp..aik...bila aku kira kali ni dia jadi jam 7.00 pulak..aku ulangkira lagi...ishhh betullah jam tujuh. Alamak!!skang dah kol 5 ptg..aku ada 2 jam utk sampai ke stesen wakaf baru...nak mati aku ni! aku terjerit2 panggil kak rah dan abg kamal...

"abg kamal, ja salah kira, bukan pukul 9 tp pukul 7...abislahh...." cemas gila masa tu.
Apalagi kami semua mcm lipas kudung...kak rah dan anak2 dia suma kalut angkut brg2 drg...aku pun main belasah je bersiap..bedak?perfume?semua tu lupakan jelah..tak sempat ni..kritikal!!

Jammed!!byk betul jammed..mmg kat kelate terkenal dgn raya jammed...cuak sgt, abg kamal lak ingat2 lupa jln ke stesen, tersalah jln lg...akhirnya...kami sampai di stesen 10 minit sebelum pukul 7...Alhamdulillah....

lepas naik tren, aku terus solat jamak takdim maghrib, isya'..solat je kat katil..nak gi surau mmg jauh nak lintas koc...lepas solat aku main2 laptop dll..pastu tido....wahhh..lama rasanya tido dlm tren ni...asyik2 terjaga, blm pagi2 jugak...tp best la koc ni...privasi la..tutup je tirai, kita dgn dunia kita la...baguslah utk muslimah..nk tido ada tirai..

ok, hari ni dah bleh start wat keja..nak submit isnin ni..sempat ke?blm puas raya dah kena sambung keja....huhuhu..

Saturday, July 28, 2012

Maafkanku Ramadhan..

Maafkanku Ramadhan...

Telahku mungkiri janjiku lagi
Semalam...aku berlaku kejam,

Sampainya hatiku berbuka dgn juadah sedap
Sedangkan saudaraku di Somalia tidak mengenal sahur atau berbuka


Sampainya hatiku berbuka dgn juadah mahal
Sedang saudaraku di Rohigya nyawanya tiada lagi berharga


Sampainya hatiku bersuka ria gelak ketawa,
Sedangkan saudaraku di Syria tangis jerit dgn zalim bedilan Assad


Aduhai Sufi, di mana hatimu?
sedapkah nasi yg kau telan?
lazatkah air yg kau teguk?

Puasakah engkau Sufi jika nafsumu masih seronok meminta kenikmatan.
Sufi, berpuasalah dari makanan yang lazat...
tidakkah kau punya hati?
ku bergembira sedang airmata saudaraku mengalir hiba
dan ketakutan terus menyelubungi hidup mereka...



Wahai Allah bantulah saudara2ku yg tercinta...

Tuesday, July 24, 2012

Laluan Pencuci

Suatu petang di opisku,

Teet...teeett...

Message Received,
Akak, kita sedih la semua orang balik kampung. tinggal kita je...

sender,
adik

Reply,
Alah relaks la, akak kan ade..takyah sedih2 jab lg akak balik.

Message sent.

Petang Jumaat lalu, sehari sebelum Ramadhan mmg ramai yang berpusu2 balik ke kg halaman..masing2 taknak melepaskan peluang untuk berbuka puasa dengan keluarga. Housemateku msg nyatakan kesayuan hati kerana tak dpt pulang ke kg.

Tak sedih kah aku bila mana semua orang menyambut Ramadhan dengan ibu ayah dan keluarga masing2 sedang aku cuma berdua dgn housemateku...bohong la tak sedih kan? cuma kupujuk adik..Usah fokus pada kesedihan..ada byk lagi dlm Ramadhan yang perlu kita fikirkan..dtgnya Ramadhan ni bukan permulaan pesta bersuka ria tapi pesta Ibadah...yang perlu disedihkan ialah jika tidak dapat mengisi Ramadhan dengan sebenar2 pengisian.

Dan adik senyum...kami merancang pengisian Ramadhan kami...smg Allah mengizinkan untuk kami menjadi lebih baik bila keluar dari Laluan Pembersih ini...entah kenapa bila sebut Ramadhan aku terbayangkan Car Wash...yup car wash...pelik kah? ntah la..aku rasakan Ramadhan seperti laluan khas yg kita akan lalui..dibersihkan, disucikan hati dan diri melalui puasa jasmani dan rohani , 



  1. puasa dari makanan sedap2 waktu berbuka dgn makanan paling simple. 
  2. puasa tutur kata dari perkataan yang Allah tak suka, dgn berzikir & mengaji
  3. puasa mata dari melihat yang Allah murka, dgn menatap lembaran Al-quran
  4. puasa telinga dari mendengar kata2 keji dan sia2, dgn memasang headphone ngaji demi mengelakkan mendengar kisah2 manusia
  5. puasa hati dari segala prasangka, dgn setiasa memandang segalanya dari Allah.



maka kita akan keluar sbg seseorang yang baru...smg begitu...amin..


Tersangat rugikan kalo kita lalui Ramadhan cuma ikut berpuasa tp tiada apa2 perubahan yang baik pada diri..



p/s: aku sebenarnya merindui Ramadhan terakhir bersama ibuku..Ramadhan terakhir aku menatap wajah berkedut seribu itu...yang hingga kini kurindui untuk mengucup pipi tuanya..pedih hati ini bila memaksa diri meyakini aku takkan mampu memeluk lg ibuku..serindu mana pun aku padanya..tetap aku tidak mampu...

Ya Allah sejahterakanlah kedua orang tuaku, ampunilah mereka dan tempatkan mereka di kalangan org2 yang Engkau kasihi.



Wednesday, July 11, 2012

aku dan kasut tidak serasi bersama...

Aku dan kasut tidak pernah mampu bersahabat lama...paling lama 6 bulan kasut ku bertahan, akhirnya tapaknya tercabut..dan paling sekejab sehari...hihihi..pernah lihat orang cuma pakai sehari kasutnya dan terus rosak? aku la orang itu...balik dr kerja, bila ku pusing mahu periksa kasut. tengok2, tapaknya sudah bolong...huhuhu...hancur akibat pergeseran dengan tar yg panas, barang kali...
kasut kedua bulan Jun..ntah ke brp untuk tahun ni..hehe

aku jadi berhati2 dalam memilih kasut...dari seorang yg tidak kisah tentang fesyen kasut, aku terpaksa cerewet.. bukan memilih yg berstail tp memilih jenis tapak kasut yg agak2 boleh tahan lama sedikit...

Bulan Jun saja aku terpaksa melambai sayu bila dua pasang kasut ku diangkut Kak Mun masa memgutip sampah di level ku...ohh...belum puas aku menikmati kasutku yg cantik...sudah terpaksa dibuang kerana tapaknya sudah boleh di masuki air dan pasir...hehehe....dilihat dari atas cantik..tapi tapaknya..patah dua ku kerjakan...

dalam tempoh sebulan, ini kasut ku yg ketiga...huhuh...kawan2 ku pelik dgn kaki ku, housemate ku juga tergeleng2 kepala, mama juga jadi tukang ketawa setiap kali aku tunjukkan tapak kasutku yang rabak..Hanan sampai lupa kasut ku jenis yg mana, kerana aku terlalu kerap menukar kasut..Aku aku sendiri lagi pelik dengan kakiku..apa ini kaki atau batu?berjalan kasar? tidaklah...aku rasa ok jer, masih lagi kategori sopan kalo berjalan..jalan berseret? tidak...aku ini cikgu kawad kaki di sekolah, mana boleh cg kawad jalannya seret..jalan hentak2? tidak lah...bukan aku suka membentak2..hehehe...lalu apa?ntah laa...

kawan2ku mencadang kan aku menandakan jangka hayat utk setiap kasut yang aku beli...nanti aku cuba buat..utk yang dah lepas takpelah..yang akan dtg...nak tau jugak ye brp byk kasut dalam setahun telahku rosakkan...org lain beli kasut byk2 buat koleksi di rumah. tapi aku. org yang paling kerap beli kasut, tp di rak kasutku cuma ada 2 pasang kasut ku..pelik lagi kan? hik3!!

Tuesday, July 10, 2012

Di mana hatiku?

Imam Al-Ghazali pernah berpesan ” Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika tidak engkau temui juga, carilah hatimu ketika duduk takafur mengingati mati….. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”




Friday, June 22, 2012

Duhai bakal pemakai kain kafan

"Duhai pemakai kain kafan, masih kah kau ingin ketawa senang, 
sedang kafanmu sedang dicarik-carik"




Pagi ini, aku diberitakan dgn kematian anak jiranku..kak siti bgtau dia akan lambat ke office, dan aku turut serta menziarahi keluarga si mati sekalipun aku bukanlah kenalan dekat mereka..aku cuma dikenali mereka sbg cikgu kepada kawan kakak si mati...ermm..jauh kan?


Lama..lama aku duduk di tepi pintu, memandang jenazah di tengah ruang tamu. Tetamu yang datang sudah beberapa kumpulan bersilih ganti..namun aku tetap di tepi pintu..ibu si mati menghampiri ku dan bertanya,
"Cikgu cam kah si arwah?," lembut dia bertanya, barangkali pelik dgn kehadiranku yg agak lama...
"Tidak, sy tak sempat cam," balasku..beberapa kali je aku pernah dtg ke rumah ni, menjemput Hanan yg bersahabat dgn kakak arwah.



Dan..aku terus di situ, kulihat rata2 yg hadir menitiskan airmata..namun tidak aku..apakah keras hatiku? tidak..aku sedang memikirkan bagaimana jika yg terbaring kaku itu adalah jasad ku? apa yg aku akan rasakan ketika itu? takutkah utk ke alam kubur? takutkah aku untuk bertemu dgn Pemilik ku yg sebenar? Takutkah aku tatkala disoal  Mungkar dan Nakir?


Kenapa perasaan takut sahaja yang ada? di mana rasa rindu pada kematian? rindu bertemu Tuhan? dan aku tahu...perasaan rindu itu juga takut untuk hadir...kerana apa kerana aku dgn beraninya masih terus-terus melakukan dosa...


rindu itu kerana cinta...dan bila cinta kita akan melakukan apa yg disukai oleh org yg kita cintai sahaja..sedang aku ini..bibir ralit menyatakan cinta pada Allah, namun hati dan anggota lain liat utk tidak melakukan dosa. Rinduku berbelit gusar...takutkan balasan terhadap perbuatan ingkarku...


Dan aku ingin mencari saat di mana aku berani merindui kematian...
merindui untuk bertemu Allah yg kucintai...






Tuesday, June 19, 2012

Amanah pada 86,400 saat

Siapakah anda?
cikgu?
peniaga?
pengarah filem?
designer?
doktor?
pekerja am?
nelayan?
atau sekadar suri rumah?

Para suri rumah la jika ada lebihan masa setelah menguruskan rumahtangga, jgnlah persiakan dgn menonton rancangan2 TV semata, sinetron demi sinetron, Nona, Melodi, Mentor, dll lg...saje rehatkan diri setelah penat ke hulu ke hilir mengemas rumah, cuci pakaian, jemur kain, ke pasar, amik anak sekolah, masak dll...tidak..bukan itu caranya...jadi suri rumah yg berilmu..guna masa terluang utk menghadiri majlis ilmu itu lebih baik.

tak kiralah sape pun kita, 
pekerja ke,
surirumah ke,
peniaga ke,
pengarah filem sekali pun,
kita tetap akan ditanya...
ditanya ttg masa...
setiap detik yg kita lalui bakal dipertangungjawabkan..
apakah diisi dgn sesuatu yg mengundang redha Allah atau murkaNya.

Ada seorang ulama, setelah penat dgn urusannya, dia mencuri peluang utk berehat, tahu apa rehatnya? solat sunat, kawan...solat sunat! kita? rehat kita adalah di depan Tv sambil mulut tak sudah2 mengulas balik apa yg ditayangkan sambil tangan terus-terusan menyuapi makanan utk dikunyah...jadinya badan semakin tebal, otak semakin bebal...maaf kawan, aku tidak megatakan orang lain bebal..aku sedang mengutuk diri sendiri, kerana aku adalah manusia leka...ada masa aku rasa malas utk buka kitab, menekuni ilmu2...aku lebih selesa memilih FB atau movie sbg hidangan waktu lapang...teruk sekali...

konon bagus, menghadiri majlis ilmu setiap minggu tp, bila dimuhasabah balik, di luar waktu mencari ilmu itu, apakah jam-jam lain, minit-minit lain, saat-saat lain, aku isi dengan sesuatu yg Allah redha? ya Sufi...tanya diri tu selalu, Allah redha tak dgn apa yg tangan, mata, telinga, hati, mulut mu sedang lakukan saat ini? soalan keramat " apakah Allah redha dgn perbuatanku ini?," 



Bagi yang punya kerja untuk dikerjakan pula, merasakan hari2nya penuh dan padat...ke sana kemari jumpa client, presentation projek, dan sbgnya...soalannya satu, apakah Allah redha dgn kerja kita? jika tenang hati menjawab, "ye insyaAllah Allah redha dgn kerjaku ini," maka insyaAllah kita melakukan kerja yg baik, namun andai mulut mengatakan "ye Allah pasti redha", namun di sudut hati terbit rasa bersalah, pasti ada yg kurang menepati syariat dgn kerja kita..apa? cuma kita yg tahu...timbang dgn ilmu bukan dgn nafsu...timbanglah pasti ada yg tidak beres dgnnya, cara kita bekerja, atau sumber kita bekerja, atau hasil kerja kita kita itu bakal memudharatkan atau memberi kebaikan pd umat...sekali lagi kukatakan timbang guna ilmu bukan dgn sekadar hujah utk membenarkan tindakanmu..

Ada seorang guruku, tidak bisa dihabiskan waktu dgn bersantai2 di depan TV, jika dia seketika menonton rancangan2 yg melekakan, hatinya terus diterpa rasa bersalah..takut dgn soalan Allah, "apa yg kau buat jam 3.31 ptg td?" apa nak dijawab? mahu dijawab dgn "menonton Anugerah?"...ermm...lalu guruku itu selalunya jika dia tidak di dapur menguruskan hal rumahnya, pastinya dia di meja depan meneliti buku2 dan kitab2 yg tersusun byknya...betapa aku cemburu dgn istiqamahnya beliau dalam mengisi masanya dgn kerja yg bermanfaat...

dan aku, setiap hari berazam utk amanah pada setiap 86,400 saat setiap hari yg Allah pinjamkan utkku ini...namun setiap hari juga aku keciciran utk menjadi org yg benar2 amanah dgn waktu...Ya Allah semoga Kau ampunilah lalai lekaku...amin..

Monday, June 18, 2012

naik lagi??

Perkara yg tak pernah kualami..berat badan naik menghampiri 60kg...
wahhh...apa dah jadi? 
aku pun tak pasti berat badan ni naik bila sedih ke, 
bila gembira ke, 
bila mkn byk ke, 
bila asyik main pusing2 kerusi je ke,
atau..sbb akhir2 ni asyik minum susu full krim je...
nape yer? 
apa2 pun takmau berat sgt, nanti cepat mengah..
pastu jadi liat nak beribadat, 
jadi terlebih lena masa tido...
tapi apa2 pun syukur, 
Allah beri kesihatan yang baik...

Wednesday, June 13, 2012

Nak jadi cikgu...

Dah 2 tahun lebih aku jadi Instructional Designer bermakna 2 tahun lebih jugak aku meninggalkan kerjaya sbg guru. Tapi macam baru semalam aku bergelar guru. Dan sehingga hari ini aku terus bermimpi untuk kembali menjadi guru...teringat kata2 ibu Muslimah dalam Filem Laskar Pelangi',


" Mimpi aku bukan jadi isteri saudagar pak, mimpi aku jadi guru"


Aku salah seorang yang keracunan mengajar...benar sekali..aku terlalu rindu untuk kembali menjadi guru. Tapi sehingga kini aku belum direzekikan Allah untuk menjadi guru..Apa indahnya jadi guru?


1- syok main kejar2 dgn pelajar ponteng
2- rasa bahagia bila pelajar tak berjaya meniru dalam exam sbb cg dia tau je teknik2 meniru yg cb dilakukan..huhuhu
3-tak larat nk buka hadiah time hari guru. gegegege
4-rasa muda sentiasa bila di samping remaja2..
5-best marking buku dan paper exam sambil buat pangkah besar2 ditambah dgn perkataan" sila jumpa saya!".hehe
6-bila suruh apa2 budak2 jrg membantah..wahh..berkuasa2...
7-Apa yg student main kita leh main..cth, bola jaring, badminton, main kejar2, main baling selipar, main ape lagi? suma boleh...
8-Jadi perisik bila ada kes disiplin
9-jadi pendakwa raya bila kes dah kantoi...best2!!
10-Jadi kaunselor bila student jadi murung.





Part sini mesti nak nangis...



nampak tak saya?hehehe