Friday, June 22, 2012

Duhai bakal pemakai kain kafan

"Duhai pemakai kain kafan, masih kah kau ingin ketawa senang, 
sedang kafanmu sedang dicarik-carik"




Pagi ini, aku diberitakan dgn kematian anak jiranku..kak siti bgtau dia akan lambat ke office, dan aku turut serta menziarahi keluarga si mati sekalipun aku bukanlah kenalan dekat mereka..aku cuma dikenali mereka sbg cikgu kepada kawan kakak si mati...ermm..jauh kan?


Lama..lama aku duduk di tepi pintu, memandang jenazah di tengah ruang tamu. Tetamu yang datang sudah beberapa kumpulan bersilih ganti..namun aku tetap di tepi pintu..ibu si mati menghampiri ku dan bertanya,
"Cikgu cam kah si arwah?," lembut dia bertanya, barangkali pelik dgn kehadiranku yg agak lama...
"Tidak, sy tak sempat cam," balasku..beberapa kali je aku pernah dtg ke rumah ni, menjemput Hanan yg bersahabat dgn kakak arwah.



Dan..aku terus di situ, kulihat rata2 yg hadir menitiskan airmata..namun tidak aku..apakah keras hatiku? tidak..aku sedang memikirkan bagaimana jika yg terbaring kaku itu adalah jasad ku? apa yg aku akan rasakan ketika itu? takutkah utk ke alam kubur? takutkah aku untuk bertemu dgn Pemilik ku yg sebenar? Takutkah aku tatkala disoal  Mungkar dan Nakir?


Kenapa perasaan takut sahaja yang ada? di mana rasa rindu pada kematian? rindu bertemu Tuhan? dan aku tahu...perasaan rindu itu juga takut untuk hadir...kerana apa kerana aku dgn beraninya masih terus-terus melakukan dosa...


rindu itu kerana cinta...dan bila cinta kita akan melakukan apa yg disukai oleh org yg kita cintai sahaja..sedang aku ini..bibir ralit menyatakan cinta pada Allah, namun hati dan anggota lain liat utk tidak melakukan dosa. Rinduku berbelit gusar...takutkan balasan terhadap perbuatan ingkarku...


Dan aku ingin mencari saat di mana aku berani merindui kematian...
merindui untuk bertemu Allah yg kucintai...






2 comments:

al-'Amadulil Islam said...

Innalillahiwainnailaihirojiun, siapa si mati? Boleh ana tau? Kebetulan pulak kat sini pun ibu kpd shbt kami br meninggal dunia khamis smlm dlm lingkungan 12 pg......kalau si mati adik kpd kwn hanan, mesti dia lbh muda dr kami kan?

kalam_khadeeja said...

Adik kawan sekelas hanan di maahad. jiran Hasif juga..br tingkatan 2..pergi dgn masih bersih rekodnya...berbahagia dia di syurga..insyaAllah