Sunday, August 26, 2012

Habibati



"Assalamualaikum ya habibati"
...wahhhh damainya ucapan itu...
selepas membaca msg tu, aku tersenyum senang....
msg dari org yg kusayang dan dia menyayangi ku tentunya...
bagaimana dapat aku rasakan kasih sayangnya?
hampir setiap minggu dia akan call utk berkongsi cerita
minta pandanganku setiapkali punya masalah
memberitakan padaku bila ada khabar gembira
dan dia sgt manja denganku...
kerana apa?
kerana aku umminya..

pelikkan seorang wanita yg blm berkahwin punya anak berusia 16 tahun.
itulah anakku..yang menyayangiku
yang menggelarkan aku ummi sejak 6 tahun lalu
sejak aku mengenalkan diriku sbg gurunya
anakku ini sgt istimewa
akhlaknya penuh halus
dan yang masih tidak ku fahami 
bagaimana diriku yg serba kekurangan ini  
seolah bertapak istimewa di sudut hatinya
setiapkali anakku memuji2 umminya ini
aku jadi malu...malu pada Allah...
kerana Allah yang Maha Baik menampakkan kebaikan ku dan menutup keaibanku

anakku ini sering bertanya
Ummi, sudah ketemu Walid?
lalu aku ketawa
tidak mudah anakku, tidak mudah...
ummi mu ini tidak punya apa2 yg istimewa utk menjadi zaujah sesiapa

skang baru kufaham betapa indahnya menjadi ibu
sekalipun aku tidak pernah melahirkan dia
tp layanannya padaku seolah2 aku ibunya
dan pesananku padanya
"Jadi ulama' utk ummi ye..."
teringin kulihat dia sbg seorang yg faqeh dalam agama bila dia besar nanti.


ni gambar hiasan comelkan kecit2 pakai serban..

indahnya bila digelar ummi...

Terima kasih wahai Allah, 
pinjamkan aku kasih sayang seorang anak
sekalipun aku belum dipilih untuk memiliki kasih seorang suami...



0 comments: