Tuesday, January 31, 2012

Peramah atau pemarah atau pendiam ?


“ jom makan kak, mama masak lauk sedap hari ni,” ajak Hanis, adik Sufi.
“tamau la, akak takleh buka mulut. Ada luka kat gusi paling hujung,” ujar Sufi perlahan. Benar… sangat perit rasanya, hendak buka mulut untuk bercakap pun susah apatah lagi hendak mkn. Ohh..untuk minum sahaja Sufi terkial-kial sbb sakit saat hendak menelan.
“Allah selalu uji Sufi tang mulut sbb mulut sufi selalu ckp benda yang sia-sia kot,” tambah Sufi
“Allah menyayangi mu,” balas mama tersenyum.

Tiga hari sebelum tu, Sufi doa minta Allah elakkan mulut Sufi dari bicarakan sesuatu yang tidak baik. Lepas tu terus kena sakit ni. Sekarang Sufi kena diam dan senyum je. Lepas jumpa doktor, katanya ada infection pada gusi paling hujung..oh sebabnya blm boleh dipastikan, mungkin jugak kesan makanan atau terkena berus gigi.

Sehingga hari ini Sufi jadi pendiam…sunyi skit opis ni tanpa suara Sufi yang suka mengusik orang (macam tu ke Sufi? heheh). Ok..kenapa Sufi pilih ceria?
1.      Kerana apakah kita menunjukkan kegembiraan kita saat kita sihat sama seperti kita menunjukkan sakit kita saat kita sakit?
2.      kerana menceriakan dan mengembirakan orang lain juga suatu kebajikan.
3.      Kerana Sufi tak suka jika ada orang bermasam muka kerana Sufi, terguris rasa dengan Sufi.
4.      Kerana wajah Sufi kalau tak diringi senyum dan ceria orang takut nak dekat, sbb muka Sufi muka serius. Jadi cemana nak sampaikan dakwah jika org takut nak dekat dgn kita hanya kerana kita diam dan macam bagus… taknak bercampur dengan orang dan memandang orang lain tak bagus je.

Dalam muhasabah diri, Sufi tanya kawan sebelah Sufi. Apa pandangannya tentang Sufi? Terlalu peramah dan byk ckp kah?
Katanya, tidaklah selalu…ada masa Sufi periang ada masa Sufi pendiam.

Sufi tanya lagi pada sahabat lain, apakah Sufi suka bercakap bukan2?
Katanya Sufi banyak bercakap dgn orang yang dia rapat, yang dia selesa utk bergurau dan bercerita. Jika di depan orang yang tidak dikenali atau khalayak, Sufi tidaklah byk bercakap kecuali yang perlu. Ini tidak bermakna Sufi hipokrit, tapi itu namanya menjaga adab.

Okay..apa2 pun untuk mengenali diri Sufi bukanlah 3 hari, mahupun 3 minggu, mahupun 3 bulan…dan jika tidak mengenali, usahlah terlalu cepat menghukum kerana jalan yang dilalui setiap manusia itu berbeza. Sangat kejam jika menghukum orang lain melalui teori sempit kita. Berlapang dada lah dalam menilai orang lain dan bukanlah kita yg layak menghukuminya kerana Allah lebih mengenali setiap hati hambanya…

Sufi ingat satu kata, jika seseorang itu ikhlas untuk bersama kita, dia tidak akan dijauhkan Allah dari kita…gaduh mcm mana pun, berbeza pendapat macam mana pun, byk mana pun kekurangan kita, jika IKHLAS di hati, dia akan tetap di samping kita sambil tersenyum dan sama2 memperbaiki diri dalam menuju redha Ilahi.

Boleh jadi orang yang kamu pandang jelek dan buruk itu adalah lebih baik di sisi Allah berbanding kamu…

Jadi laluilah jalanmu Sufi tanpa luka di hati, lalui jalan merebut pandangan Ilahi…cinta Allah buatkan si Sufi lupa segala…lupa…



0 comments: