Thursday, January 19, 2012

Penghujung Cinta


“ Su, telefon la Ayah Chu, Along dah bagitahu dia pasal Su,” tangan yang tadi membelek-belek buku di kedai buku Syabab terhenti.
“ Ayah Chu nak cakap ape dengan Su? Nak marah Su ke? Tamau la Su telefon,” balas Sufi perlahan.
“Bukan lah, bila Along cakap Su taknak balik masa kenduri Akid nanti, Ayah Chu nangis. Dia kata suruhlah Kak Su balik jugak,” jawab Along.

Ahhh!! Kesiannya Ayah Chu. Sufi faham pesakit stroke seperti Ayah Chu sangat sensitif. Cepat mengalir airmata jika ada sesuatu yang menyentuh hatinya. Bukanlah Sufi tak teringin balik bersama-sama keluarga lain memeriahkan kenduri anak sulung Ayah Chu itu, tapi kejadian yang menimpa Sufi masih baru…tersangat baru…Sufi perlukan masa menguatkan hati sebelum berdepan dengan keluarga Sufi..tentu banyak persoalan akan di tanya.. dan tentunya Sufi tak mahu menjawabnya. Sufi taknak nanti airmata mengalir menggantikan suara yang tersekat. Sufi tak mahu keluarga Sufi tahu Sufi sangat terkesan dengan kejadian itu. Sufi tak mahu mereka melihat Sufi dalam keadaan sedih. Sufi cuma mahu mereka melihat Sufi senyum…bagaimana ya Allah?

Bukannya sebelum ni kakak-kakak dan abang-abang Sufi tak pernah memujuk supaya balik tapi pelbagai alasan Sufi berikan. Sufi sebenarnya perlukan masa untuk bersendirian. Sufi nak rawat hati. Sufi nak muhasabah diri Sufi. Sufi tahu Sufi banyak silap. Tapi bila Ayah Chu harap sangat Sufi balik..tak mampu nak kecewakan dia. Ayah Chu sayang Sufi macam anak dia dari kecil lagi. Manjakan Sufi sama seperti Akid dan Laili. Tambahan sejak ibu ayah Sufi dipanggil menghadap Ilahi, Ayah Chu dengan Ummi lah banyak memainkan peranan ayah dan ibu pada kami adik beradik.

“Ayah Chu, bukan Kak Su taknak balik, Kak Su dah apply cuti tapi bos belum approve, kalo bos approve nanti Kak Su cepat-cepat beli tiket,” ujar Sufi ketawa mengekek memujuk ayah Chu. Berlagak gembira di depan semua orang. Itu perlu…bibir semanis madu, luka di hati siapa tahu.
“ Kak Su sabar ye atas apa yang berlaku…,” ujar Ayah Chu.
“ Kak Su okay je..tade masalah la ayah Chu,” oh tuhan…..bibirku masih ketawa…sedang hatiku telah menangis…Ya Allah…Sufi tak kuat la nak balik kampung…. L macam mana ni ya Allah…hibanya…

Sufi meninggalkan kedai buku yang menjadi tempat kegemarannya itu…tiada satu buku pun yang Sufi beli hari itu. Kenapa? Kerana melihat buku-buku yang mulia itu, Sufi malu…Sufi rasa malu sangat nak angkat wajah Sufi sekali pun di hadapan buku-buku tersebut…terasa diri Sufi tidak layak menyentuhnya sedang Sufi selalu buat khilaf.. bukan Sufi tak belajar, bukan Sufi tak baca kitab-kitab agama, bukan Sufi tak gi kelas agama, tapi kenapa Sufi masih khilaf? Dan kenapa saat Sufi khilaf ada yang terus menjauhi Sufi? Nape tak bagi ruang Sufi betulkan diri Sufi? Terlalu besarkah salah Sufi sampai dibuang begini?

Sufi…pandanglah segalanya dari Allah yang menimpakan segala sesuatu yang menyebabkan retaknya hatimu, sakitnya hatimu, kerana dia tahu hanya saat begitu engkau akan akrab padaNya….

Sufi rasa nak pergi jauh-jauh…tapi kemana? Sedang diri cuma seorang perempuan. Keluarga Sufi cukup risau, Sufi bertindak bukan-bukan bila Sufi mematikan telefon seharian masa hari kejadian. Memberitahu jangan kacau Sufi…Sufi tertekan. Tapi esoknya Sufi menelefon mereka kembali dengan suara ceria (ceria kepuraan J)…Sufi kata jangan risau, Sufi tak kemana-mana…Sufi macam biasa…pergi usrah, pergi kuliyyah kat masjid, pergi riadah di taman tasik, pergi kedai buku…Sufi okay! Jangan risaukan Sufi…sambil ketawa Sufi buat lawak…tiada pulak pokok tauge paling tinggi nak panjat pastu terjun…hehe…kenapa Sufi suka ketawa? Sebab Sufi tak suka orang tahu rasa hati Sufi sebenar..Cuma Allah tahu..betapa tercalar hati ini….mengusung duka sendiri.

Malam itu..Sufi termenung lagi di buaian besi. Tanpa sedar airmata mengalir. Ya Allah masihkah sudi menyayangi Sufi di saat orang lain membenci Sufi? Ya Allah palingkan wajah Sufi dari segala bentuk kenikmatan dunia. Ya Allah cukupkan Sufi dengan cinta Mu agar Sufi tidak mengharapkan cinta manusia lagi. Bagaikan melukut di tepi gantang begitulah Sufi rasa. Sampai hati dia...angkat Sufi tinggi-tinggi, bawak Sufi mendaki harapan, kemudian dia hempas Sufi kuat-kuat...sakitnya....

Ku susuri malam ini yang tidak berbintang sunyi sepi

Juga rembulan dah menghilang dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku

Di saat ku perlukanmu tertutup jua segalanya terhadapmu

Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi ku mengusung duka ini diiringi

Kisah janji dimungkiri

Sia-sia ku mencintaimu, setia padamu, percayakanmu, sebak dadaku, retak hatiku luka jiwaku dihiris pilu…..(petikan lagu Beribu Sesalan)





2 comments:

al-'Amadulil Islam said...

kat gunung kinabalu kan? bila sampai sane?

kalam_khadeeja said...

tahun lepas...cantik sgt...