Tuesday, January 31, 2012

di mana diriku


Laju bas membelah sunyi lebuhraya karak…Sufi melemparkan pandangan ke luar tingkap..susunan bukit bukau mendamaikan jiwa…tompokan awan menghasilkan  pelbagai bentuk cantik. Tak sudah Sufi memuji keindahan alam ciptaan sang Kekasih. Indah lakaran cintaMu untuk tatapan buah hati di muka bumi…

Sufi masih mencari makna bicara Ilahi untuk dirinya…dia kembali menatap buku di tangan. Terpaku seketika dengan perbicangan ulama besar Malik bin Dinar, Hassan al Basri, saudara al Balkhi dan Rabi’ah al Adawiyah

Hassan al Basri: orang yang tidak sabar menanggung cubaan Tuhan, maka belum lagi dianggap benar dalam perakuannya.

Rabi’ah”: Ini adalah tipu daya

Saudara al Balkhi: Orang yang belum bersyukur atas cubaan Tuhannya, ia belum dianggap benar dalam pengakuannya

Rabi’ah: Adalagi yang lebih baik daripada itu

Malik bin Dinar: Orang yang belum merasa sedap menerima cubaan Tuhannya ia belum dianggap benar dalam pengakuannya.

Rabi’ah: Ada lagi yang lebih baik daripada itu.

Ketiga ulama: Kalau begitu katakanlah kepada kami bagaimana yang anda maksudkan itu.

Rabi’ah: Orang yang masih ingat dan merasakan cubaan yang sedang menimpanya, belumlah lagi dikatakan yang terbaik. Yang terbaik ialah orang yang lupa segala-galanya kecuali Allah ketika cubaan itu datang, seperti lupanya wanita-wanita mesir bahawa tangan mereka telah luka ketika menyaksikan kecantikan Yusuf.

Kesimpulannya penilaian tahap keikhlasan bagi seseorang itu berbeza. Ada yang mengatakan ikhlas itu bila seseorang itu sanggup bersabar dengan ujian, ada yang mengatakan ikhlas itu bila mensyukuri ujian tersebut, ada yang mengatakan merasa sedap dengan ujian itu adalah ikhlas. Namun paling tinggi menurut Rabi’ah ialah apabila segalanya hilang kecuali hanya peyaksian kepada Allah..kerana cinta terlalu mencintai Allah sehingga lupa apa yang sedang dialami…

Termenung Sufi mengenangkan dirinya…usahkan tahap ikhlas ke empat seperti yg dikatakan Rabi’ah, yang pertama sahaja dirinya tidak mampu mencapai…Astaghfirullahal azim…



Dan perjalanan itu mengajarnya erti sebuah pengabdian…

0 comments: