Sunday, December 12, 2010

Saiz hati mu....

Prof Syarmila merenung air tasik di depan Fakulti Kejuruteaan …kan best kalau hati dia setenang air tasik itu. Bergelar profesor di usia 40 tahun belum menggembirakan kah? Memiliki rumah, kereta, juga keluarga belum menggembirakan kah?....Arghhh…masalah selalu membelit dirinya. Dia masih rasa yang Allah seolah-olah tidak mahu mendengar doanya…dia selalu berdoa memiliki keluarga yang bahagia. Tapi apa yang dia hadapi anak-anak yang seringkali menimbulkan pening di kepalanya. Belum lagi soal suaminya yang adakala culas menghampiri Sang Khaliq. Rasa hidupnya suram..

Dia memandang seorang gadis yang sedang asyik menabur makanan kpd ikan di dalam tasik. Sesekali gadis itu tertawa melihat keletah ikan-ikan yang berebut-rebut mendapatkan makanan. Gadis itu tampak ceria seolah-olah tiada dirundung masalah. Selama dia mengenali gadis itu, jarang dia lihat wajah muram dipamerkan. Senyum sentiasa menghiasi bibirnya.

Gadis itu ialah pelajar tahun akhir Kejuruteraan Automotif yang juga adalah pelajar di bawah seliaannya dalam tesis. Sufi Humairah, gadis itu sangat unik. Prof Syarmila mula menyenangi Sufi Humairah apabila mendengar bicaranya. Bicaranya penuh hikmah. Setiap yang diperkatakan pasti punya maksud atau pengajaran tersirat.

Prof Syarmila menghampiri Sufi Humairah yang masih ralit menatap ikan-ikan di dalam tasik. Ingin benar dia bertanya, apa rahsia kelihatan tenang. Bukan Prof Syarmila tak tahu latar belakang pelajarnya itu. Anak yatim piatu yang cuma disara oleh seorang abang. Bukan dia tak tahu kesempitan yang Sufi alami. Tambahan pula berada jauh di negara orang sekarang ni.

“ Assalamualaikum Sufi. Boleh saya join awak?” sapa Prof Syarmila. Dia buang segala malu untuk mendengar nasihat dari pelajarnya yang jauh lebih muda darinya. Takpelah, tak salah belajar sesuatu dari orang yang lebih muda jika dia lebih mengetahui.

“Waalaikumussalam. Sila la prof…seronok tengok ikan-ikan ni,” pelawa Sufi sambil mengesot memberi ruang pada profesornya utk duduk.

“Sufi, saya nak tanya sikit. Kenapa ye bila saya berdoa, saya rasa Allah taknak makbulkan doa saya. Dan saya selalu berprasangka pada Allah kalau dia tak bagi apa yang saya nak. Camne nak buang rasa tu?,” soal Prof Syarmila.

Sufi memandang Prof Syarmila dan tersenyum.

“Maaf prof, saya ni bukan pandai sangat. Tapi mengikut yang saya tahu, Allah itu berada dalam sangkaan hambaNya, jika kita bersangka baik, maka baik lah yang kita terima, jika kita bersangka buruk, maka buruklah yang kita terima. Adakal kita ni terlupa kan? ,” soal Sufi kembali.

“ Terlupa apa?,” Prof Syarmila belum dapat mengagak jawapannya.

“ Kita terlupa siapa Allah pada kita. Seringkali kita mencari Allah sebagai tempat untuk meminta sesuatu. Seringkali kita mencari Allah kala kita susah. Jika kita senang mungkin kita anggap kita tak perlukan Allah. Kita jadikan Allah sebagai tempat untuk menunaikan segala keinginan hati kita. Kita meminta, terus meminta…bila Allah tak bagi kita merungut-rungut. Lebih teruk jika berputus asa bila Allah tak menunaikan hasrat hati kita. Dan ada yang berpaling dariNya. Buruk kan laku kita? Asyik meminta tak pernah bersyukur. Allah memberi mata tanpa perlu charge macam handphone. Allah memberi kita tangan dan anggota yang kita tak perlu kawal pakai remote control, semua Allah yang tolong kawal. Kita masih tak puas hati dan masih nampak permintaan kita yang belum tertunai. Kita selalu meminta itu ini dari Allah, tapi adakah permintaan Allah untuk kita taat sebaiknya pada Dia kita tunaikan? Adakah permintaan Allah untuk kita jadi khalifah di bumi kita tunaikan? Adakah setiap waktu solat kita hadir kepada Allah dengan penuh cinta atau penuh kemalasan?”

Sufi menghela nafas. Menunduk memandang tasik. Lalu dia menyambung.

“Kita juga lupa bahawa kita di dunia. Di dunia tak sama dengan syurga. Di syurga permintaan kita diberi tunai malah digandakan tiga. Tapi kat dunia bila kita minta ikan, Allah kasi kita pancing. Kita perlu usaha, baru kita dapat merasa ikan itu. Bukankah dunia itu lading ujian? Jangan kata Allah tak kabulkan doa kita, Allah sentiasa kabulkan cuma dari jalan yang kita tak nampak”.

Prof Syarmila mengangguk faham. Tapi dia masih ingin bertanya.

“ Sufi tak punya masalah? Nampak tenang je…saya ni kadang-kadang taktau macammana nak hadapi masalah atau ujian dengan tenang.

Sufi Humairah tersenyum lagi. Manis sekali gadis bertudung labuh ini. Apakah rahsia mu?

“ Sekejap ye Prof, saya gi beli air jab, dahaga pulak rasanya.” Sufi Humairah meninggalkan Prof Syarmila.

Sufi Humairah kembali dengan dua botol air mineral di tangannya dan dua paket garam. Sufi membuka sepaket garam lalu menuangkan ke dalam botol air mineral di tangannya. Prof Syarmila melihat gelagat Sufi Humairah dengan kehairanan. Setelah mengoncangkan botol air yang berisi garam tu Sufi menghulurkan pada Prof Syarmila.

“ Cuba prof rasa air ni,” ujar Sufi sambil tersenyum.

“ Masin sangat,” berkerut wajah Prof Syarmila menahan rasa masin.

Sufi humairah membuka sepaket garam lagi dan menuangnya di tasik di depan mereka.

“ Baik, sekarang prof cuba celupkan jari dan rasa air tasik ni pulak,” Prof Syarmila mengikut sahaja permintaan Sufi kerana dia tau ada sesuatu yang ingin Sufi sampaikan padanya.

“ rasa payau je…terangkan pada saya semua ni,” ujar Prof Syarmila tesenyum.

“ Macam ni, botol mineral dan tasik ni umpama hati kita, garam pula umpama masalah. Jika kita meletakkan masalah di dalam hati yang kecil dan sempit, kita akan merasai peritnya masalah itu. Tapi jika kita meluaskan hati kita seperti tasik ni, kita menerima masalah kita dengan lapang, tentu kita tak merasai peritnya masalah ini yang datang,” terang Sufi satu persatu.

Prof Syarmila tersenyum. Kagum dengan kebijaksanaan Sufi Humairah… dia mahu memiliki hati yang besar…agar lapang menerima segala ujian. Terima kasih Allah, mengirimkan seorang gadis untuk menegurku


.




0 comments: