Tuesday, December 7, 2010

MigRaSi ZiKir FikiR


Dah lama ana cari syair yang arwah mak ana selalu dendangkan masa dodoikan ana kecik2 dulu. Masa tu ana kecik lagi, dalam 4-5 tahun jadi ana kurang ingat bait2 syair tu. Mmg teringin sgt nak dendangkan sbb berkaitan dengan fikir...setiap kali ana cuba ingat balik syair tu ada rasa mcm nak call je mak tanya dia, tapi...lupa pulak mana boleh mak jawab lg. So akhirnya ana try search ada rupanya bait2 syair ni. syair lama...rasanya org pantai timur punya..syair lama zaman nenek moyang dulu..kalo tanya org sekarang mmg taktau...melainkan dia juga pernah didodoikan oleh mak atau nenek dorang mcm ana...hehe...

Fikir itulah pelita bagi hati
Yang mendapat kita ingat akan mati

Ingat-ingat serta fikir sehari-hari
Kita duduk dalam kubur seorang diri

Jika hidup kita dapat harta jenuh
Itu akhir tinggal masuk dalam tanah...

Tuntutlah ilmu hingga mati
negeri akhirat sedia menanti
matilah kamu seorang diri
di dalam kubur tempat yang sunyi...

rumah besar, kampung luas si ada ia..
itu akhir tinggal juga akan ia



Fikir untuk dekat kepada Allah


"Berfikir ialah ibarat pelita hati, maka apabila berfikir telah hilang (terhenti), bererti tidak ada lagi cahaya bagi hati tersebut" (Syeikh Ibnu Athoillah)

Ok, sempena hijrah ni, jom kita migrasi diri dan hati untuk menjadi hamba Allah yang lidahnya basah dengan zikir, mindanya tajam dengan fikir....Hidupkan neuron otak kita dengan berfikir...

Jom fikir apa perubahan yang baik yang akan kita lakukan setiap hari...Saya yakin azam tahun lalu masih ada yang belum tertunai kan? so kita cb lagi perbaiki diri...tinggalkan jahiliyyah yang membelit diri...jahiliyyah dari sudut berpakaian, jahiliyyah dari sudut berfikir...

Ayuh, nak buat baik jgn bertangguh...nak buat jahat jangan terus....

0 comments: