Saturday, December 18, 2010

Persembahan terakhir Form 3 ~Villa Syahdu~



Cg Rosliza a.k.a kalam_khadeeja sedang memberi komen pada mutu persembahan yang dibuat..ala2 profesional director..ekeke..eh dulu pernah dpt award The Best Director masa kat sekolah..gegegege....



Latihan diteruskan di kelas kami yg diglamourkan dgn nama "villa syahdu"
(belakang tabir=geng bunga telur sdg sibuk mem'pack'kan gula2 sbg cenderahati sambil mengomel mutu lakonan kawan2 mereka...)


Persembahan kami sempena ihtifal sekolah 2009 ni bertajuk " Seandainya Rasulullah Tiba-tiba Mengetuk Pintu Rumah Anda"

Director besar: Cik Rosliza yg garang..grrrrr (garang niii...ada berani?)
Director kecit: Hazwan
Narrator: Syuk, aswad, amirul
Pelakon : Hasif (along), ikram&ikmal (si kembar comel), asyraf(adik yg skema), syafiq (adik suka cr gaduh), lina, ziqah(adik yg suka mekap), liyana (adik suka gayut), izzati (bibik indon)
Teknikal: haziq, aiman
Kump selawat: abid, lukman, rahim, muzzakir, ajwad, zafri, farhan, amrullah

Kump bunga telur: najiyyah, hanan, aqilah, hazirah, syuhada, ....(pemerhati)
Lagu latar: Doaku (instrument), Alangkah indahnya (lagu kat blog ana skang ni)

Ana dah lama nak jadikan artikel ni sebagai pentomen. Masa mula2 ana baca artikel ni kat internet ana nangis. Tak dapat bayang jika betul2 jadi camtu. Jadi bila pengetua minta cite ttg rasulullah, apa lagi ana ambil peluang utk ke tghkan cite ni.

Perkara paling susah nak buat ialah nak suruh Hasif serius dalam wataknya terutama ketika menyambut kedatangan Rasulullah dan masa meratapi pemergian Rasulullah. Dia tu asyik wat lawak je...adushhh..benda paling best dpt dgr izzati yg terror ckp indon. dan adik2 si Hasif ni suma nakal2 espeseli syafiq.

Ana berdebar sgt masa persembahan sbb suma parents dan VIP tgk, mujurla sound effect suma bagus (pujian buat haziq,yeah), ana kat bawah ni kalut sgt, maklum la ana jugak guru pembimbing, ana jugak MC untuk majlis hari tu..adesss...sekejab mengacara majlis, pastu lari belakang pentas cari budak2 tu minta bersiap cepat.

Sepanjang persembahan perut ana kecut, bila habis ana lega sgt...suma bawak watak dgn baik..Hasif betul2 menjiwai..mukanya serius masa sedangg marah dan masa bersedih. takde lagi sengihan yg biasa dia buat...adik2 hasif pun suma pandai berlakon...saat paling sedih masa Rasulullah pergi..dan kumpulan selawat masuk...dan lagu Alangkah Indahnya dimainkan...mengikut laporan dari pemerhati ana, ada parents yang mengalir airmata...semoga kerinduan kita pada Rasulullah membawa kita berfikir adakah kita bersedia menerima Rasulullah sebagai tetamu kita hari ini?

Cuma yg ana terkilan ana tidak dapat mecari video lakonan mereka ni...kalo tak bleh kongsi kat sini.Citernya camni.....dimulakan oleh geng narattor...


Konflik keluarga pada zaman sekarang.Ibu bapa mengejar harta dunia tanpa menghiraukan jiwa anak-anak yang ketandusan kasih sayang dan perhatian.Anak- anak juga tidak diberikan pelajaran agama tetapi mengharapkan mereka menjadi insan yang sempurna.Cerita yang ingin kami persembahkan ini berkisar tentang situasi keluarga zaman moden.Tugas sebagai ibu bapa tergalas di bahu abangnya yang baru saja menamatkan pengajian dari IPT.Abangnya dengan rela menjaga adik-beradiknya seramai tujuh orang yang sedang membesar

Seandainya Rasulullah berkunjung ke rumah kita

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan izin Allah

Tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita

Baginda datang dengan wajah bersih berseri

Tersenyum di depan pintu rumah kita

Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan rasa sangat bahagia

Memeluk erat lantas mempersilakan baginda

Masuk ke ruang tamu kita

Tapi barangkali kita meminta Rasulullah SAW

Menunggu sebentar di depan pintu rumah kita

Kerana teringat VCD dan play station yang ada di ruang tamu

Dan kita tergesa-gesa memindahkannya ke dalam

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat maghrib

keluarga kita sibuk di depan televisyen

Baginda tentu tersenyum

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita

tidak biasa membaca Al-Quran

Barangkali kita akan teringat bahawa adik kita

lebih suka menghabiskan masa dengan perkara

yang tidak berfaedah daripada berselawat

Kepada Rasulullah S.A.W

Baginda tentu tersenyum


Belum lagi koleksi buku kita dan adik2 kita

Belum lagi koleksi kaset kita dan adik2 kita

Belum lagi koleksi poster kita dan adik2 kita

Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut

demi menghormati Junjunggan kita?

Barangkali kita malu kerana adik-beradik kita

sering bertelagah antara satu sama lain

Barangkali kita baru sedar bahawa para wanita di rumah kita

tidak memiliki satu pun pakaian yang sesuai dipakai

untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita

tidak pernah mengamalkan gaya hidup Islam

Baginda tentu tersenyum

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul

didepan pintu rumah kita

Apa yang akan kita lakukan?

Masihkah kita memeluk Junjungan kita dan

mempersilakan baginda masuk ke rumah kita?

Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak baginda

berkunjung ke rumah kerana hal itu

membuat kita sesak dan malu?

Maaf kan kami ya Rasulullah

Masihkah baginda tersenyum?

Barangkali Rasulullah merasakan kita tidak bersedia

menerima kunjungan baginda

lantas baginda mengundurkan diri dengan senyumannya itu

Senyum pilu, senyum sedih, senyum getir

MasyaAllah...

(artikel asal telah diubah suai oleh kami utk kesesuaian persembahan)

Tangisku tak mampu dibendung...aku rindu padamu ya Rasullulah....Alangkah indahnya hidup ini andai dapat kutatap wajahmu.....









0 comments: