Tuesday, December 7, 2010

MigRaSi ZiKir FikiR


Dah lama ana cari syair yang arwah mak ana selalu dendangkan masa dodoikan ana kecik2 dulu. Masa tu ana kecik lagi, dalam 4-5 tahun jadi ana kurang ingat bait2 syair tu. Mmg teringin sgt nak dendangkan sbb berkaitan dengan fikir...setiap kali ana cuba ingat balik syair tu ada rasa mcm nak call je mak tanya dia, tapi...lupa pulak mana boleh mak jawab lg. So akhirnya ana try search ada rupanya bait2 syair ni. syair lama...rasanya org pantai timur punya..syair lama zaman nenek moyang dulu..kalo tanya org sekarang mmg taktau...melainkan dia juga pernah didodoikan oleh mak atau nenek dorang mcm ana...hehe...

Fikir itulah pelita bagi hati
Yang mendapat kita ingat akan mati

Ingat-ingat serta fikir sehari-hari
Kita duduk dalam kubur seorang diri

Jika hidup kita dapat harta jenuh
Itu akhir tinggal masuk dalam tanah...

Tuntutlah ilmu hingga mati
negeri akhirat sedia menanti
matilah kamu seorang diri
di dalam kubur tempat yang sunyi...

rumah besar, kampung luas si ada ia..
itu akhir tinggal juga akan ia



Fikir untuk dekat kepada Allah


"Berfikir ialah ibarat pelita hati, maka apabila berfikir telah hilang (terhenti), bererti tidak ada lagi cahaya bagi hati tersebut" (Syeikh Ibnu Athoillah)

Ok, sempena hijrah ni, jom kita migrasi diri dan hati untuk menjadi hamba Allah yang lidahnya basah dengan zikir, mindanya tajam dengan fikir....Hidupkan neuron otak kita dengan berfikir...

Jom fikir apa perubahan yang baik yang akan kita lakukan setiap hari...Saya yakin azam tahun lalu masih ada yang belum tertunai kan? so kita cb lagi perbaiki diri...tinggalkan jahiliyyah yang membelit diri...jahiliyyah dari sudut berpakaian, jahiliyyah dari sudut berfikir...

Ayuh, nak buat baik jgn bertangguh...nak buat jahat jangan terus....

Wednesday, December 1, 2010

Jalan suram...



Allah Maha Mendengar...semalam lepas solat zohor ana mohon untuk pergi suatu tempat..nak tenang kan hati...lepas je solat, Cik Nedy datang ajak teman dia ke tempat training kat Kl selama dua hari...Alhamdulillah...cepat Allah tunaikan...Sekurang-kurangnya dari tingkap bilik ana dapat melihat pemandangan kota Kuala Lumpur pada waktu malam. Bergemerlapan cahaya lampu buatkan ana tersenyum..
Indah malam milik Allah...
Indah bumi Ilahi...

ya Allah ...
aku ini insan yang kalah
balutlah hati ku yang terbelah juga terpisah-pisah
ya Allah ...
hanya pada mu aku meminta
dan hanya pada mu ku memohon
mohon dengan sangat..

ya Tuhan ku...
apa lagi yang salah dariku
bersujudku
mohon kepada mu
ampuni dosa ku
ya Tuhanku...
hanya engkau yang dapat
mengerti
kesepian yang merobek diri
ku tak tahan lagi...
ya Allah...
jangan biarkan aku terpisah
terjerat dalam pusara rindu rahasia kasih mu
ya Allah ...
kepada mu aku menyeru
ku mohon jangan pisahkan aku
mohon dengan sangat ..




p/s: mood sedih ni...taktau apa nak buat. Macam blurr jer...Berserah pada Allah..Semoga Allah tuntun ku untuk memilih yang benar. Setakat ni cuma nampak kelam di hadapan. Mohon petunjuk dari Allah. Minta di lapangkan jalan ku menuju ke sana..sekarang ana benar2 berada pada tahap redha dan berserah sepenuhnya pada Allah..







Wednesday, November 24, 2010

sibuk amat ? menyibuk amat? buat2 sibuk amat?




sejak dua menjak ni ana agak sibuk di opis. Dtg keja matahari malu2 je nak muncul lg, balik matahari dah berganti dgn bulan. sampai umah dah mlm sudah penat nak uruskan hal2 lain.

erm..ada sorang adik tu kata," bestnyer keja boleh pegang duit sendiri"
takde bestnya dik kalo tak dapat nak tgk dunia. Siang malam dalam opis. Sabtu dan Ahad keja jugak...mana la nak rasa best lg...rasa penat je ada ni.

Mujur la masih status single, kalo status married....ishhh...mau tak cam anak2 sendiri..heheh..jadi pada kaum ibu yg masih bekerja. sila pastikan waktu keja anda tidaklah keterlaluan...heheh..agak2 mcm tak sempat nk tgk anak2 tu baik la kita tukar profesion jd seri rumah lak...keja tu lagi best. Penat urus kan rumah dan anak2 pun takpe, tapi berbaloi dpt didik anak2 sendiri..kan? kan? (kalo suami izinkan la berhenti keja...hehe. Kalo suami mama ana mmg dia suruh isteri dia berhenti keja.ngeh3!didik anak sendiri takmo bibik didik)

Ok kepada sesiapa saje yang sibuk dgn keja kita saling ingat memperingati la ye...bahawa hidup kita ni bukan sepenuhnya nak abdikan diri pada keja. Tak kemana pun harta yg byk menimbun2...bibik gak sibuk berenang kat swimming pool korang, sofa2 oberse korang bibik gak yg layan keempukkannya...kita? dapat penat+ dapat anak2 bermasalah+penyakit jantung = abis duit nak rawat.



Jadi ingat ye kita suma termasuk tuan punya blog ni

  1. Badan kita punya hak ke atas kita, jadi tunaikan dgn memberi rehat yg cukup
  2. Keluarga kita punya hak atas kita, jadi luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga
  3. Allah punya hak atas kita, jadi siang keja, malam luangkan la untuk bersama Kekasih yg abadi tu atau weekend kita isi dgn menuntut ilmu.
ok ana sebenarnya pun da penat ni..penat angkat kotak data blm hilang tu yang relaks jab sambil nasihatkan diri sendiri...(kawen cepat2 kata pelajar2 ana). mana leh kira cepat, ana dah terlepas umur cepat, ni kira lambat dah...hehehe...ok jumpa lg kalo ana sempat nak nasihat diri ana ni..


Saturday, November 20, 2010

Unlimited Budget From Allah...




Pagi semalam, mama merungut2 pada ana sebab ana terlepas lagi usrah keluarga.
"Dia yang minta usrah setiap sabtu dan ahad, dia yang tak dtg," kata mama.
Hehehe....ana diam je, sbb mmg ana yg salah. Sape suruh letakkan kepala blk lepas subuh mestilah terlelap...teringat pula kata-kata
' orang yang cemerlang itu tidak tidur selepas subuh'

alamak, ana tak cemerlang semalam sbb terlelap sampai waktu syuruk. ish!!

ok untuk menenangkan hati sendiri, ana bertekad nak dengar dengan tekun kuliyyah Al-Hikam Dr Zulkiflee Al Bakri kat Masjid Nilai (sape2 berkesempatan dtg la setiap sabtu jam 8.30 pagi)...jadi antara isi yang ana nak kongsi sedikit di pagi yg damai ni ialah

Meminta Sesuatu atau Bergantung Kepada Allah Semata-mata

Semua yang kita dapat adalah dari Allah...betul tak? Manusia? itu asbab sahaja...kalo sakit, doktor itu cuma asbab.

"Setiap yang ditakdirkan Tuhan pasti berlaku"

Jadi buat apa kita nak minta dengan manusia. Nak apa2 minta la terus pada Allah. Manusia ni kalo kita meminta pada dia, dia cepat merungut...nanti timbul pulak soal balas jasa la, soal ikhlas tak ikhlas...dah la manusia ni bukannya byk kemampuan...

Bergantung kepada makhluk umpama orang dalam penjara meminta pertolongan kepada orang dalam penjara (yang lemah minta pada yang lemah)

Jadi...minta la dengan Allah sepenuhnya...Allah lagi suka jika makhluk dia meminta dengan Dia terus. Sebab budget Allah untuk kita unlimited...Allah Maha Kaya! kan?


Ok ada beberapa unsur yang memberi kita kekuatan
  1. kebenaran (jika di pihak yg benar tentu kita tak gentar walau kita kecik)
  2. pasak dengan iman
  3. bergantun pada Allah
  4. Selalu bertaubat
jika kita menghadapi musibah, carilah unsur2 di atas utk kita merasa kuat..


itu jelah pagi ni, ana nak kena gi usrah...jumpa lagi ...wassalam ^_^



Thursday, November 18, 2010

Adakah kamu bersedia?

Sediaku korbankan kerjaya utk kerjaya yg diredhai Allah dan suami,
sediaku korbankan masa jika masa itu tidak membuatku lupa pd Allah dan keluarga,
sediaku korbankan keadaan sekeliling demi bi'ah Islam,
sediaku korbankan cara hidup untuk sebuah cara hidup indah bersyariat.


Kerana apa?
Kerana daku menyintai Allah melebihi suatu apa pun
dan...
daku merindui Rasulullah melebihi rindu ku pada makhluk lain.





Ratu Gemuk

Berita dalam kosmo kelmarin, 60% dari rakyat malaysia mengalami obesiti...urm...penyakit suka makan di kalangan orang malaysia mmg pelik.

punca obesiti ni senang je,

  • takde had masa makan (sampai lewat mlm masih kat kedai mamak)
  • tak ikut adab2 makan yg disarankan Rasulullah saw
  • tak puas hati kalo tak dpt makan sedap2.
  • Main aci belasah suma makanan sedap.Kurang amik perhatian tahap halal dan baik sesuatu makanan yang masuk ke perut.
Kita selalu susah hati jika makanan tak sedap..suka complaint2...sdgkan Ulama'2 memilih hidangan yang kurang sedap. sbb ia makan itu sekadar alas perut supaya tidak terganggu kehidupan harian.

Kita meletakkan makanan sebagai priority...kalo isteri masak tak sedap di marah2 ,di tengking2!

kalo mak masak sejenis lauk je, semua tak semangat nak makan

Kalo gi umah orang, orang hidangkan makanan yg tak special kita kata dia kedekut atau pemalas

kalo banyak duit, kita suka mencuba dan menjelajah kedai2 makan yg ada di Malaysia

Ingat, Banyak makan melemahkan badan dan membuat kita rasa berat untk beribabadat

makanan itu umpama ubat. Ubat kepada penyakit lapar. Jadi makan bila lapar sahaja. Sebab ubat ni jika makan bila suka boleh membawa kesan mudharat pulak.




Adab2 makan yang perlu dijaga

  • Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Cara duduk yang begini adalah utk mengelakkan kita makan byk dengan mengimbangi komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.cubalah yer..
  • baca bismillah
  • makan dengan tiga jari dan jilat jari setelah mkn
  • tidak bersandar ketika makan
  • mengambil makanan dengan suapan yang kecil ("akak, suap skit tapi cepat bukan suap besar2 dan cepat2, itu gelojoh" teguran ibu padaku yang kalut menyuap nasi nak gi keja katakan..)
  • Makan dari tangan yang banyak itu berkat (makan berjemaah)
  • biarkan makanan yang baru dimakan selama 4 jam untuk dihadam barulah boleh diambil makanan lain.
  • Berhenti sebelum kenyang (ingat ye Rasulullah tidak pernah makan kenyang roti gandum hingga 2 hari berturut2, kita? lapar skit kalut dah kan?)

Itu adalah sebahagian adab2 makan yang disarankan Rasulullah saw. Nak lebih lanjut? sila baca Syamail Muhammad (promote buku nih!! hehe)






Ana cuba bayangkan jika semua penduduk Malaysia ni makan cara yang diamalkan Rasulullah saw semasa menikmati hidangan...duduk penuh sopan, makan penuh adab dan tertib, tinggalkan tempat makan dengan baik. Subhanallah, tersusun dan teratur hidup Rasulullah saw. Tentu rakyat kita susah nak dapat penyakit obesiti dan penyakit2 lain kan? Jom la kita jadi seperti Rasulullah saw...





Monday, November 15, 2010

NiLAi CinTa...




Terlintas kat kepala ana ari tu, masa ustaz Farid Ravi enak menyampaikan ceramah berkenaan korban...(sempat lagi berangan), ana rasa unik sgt la Islam ni...lautan manusia berkumpul di bumi barokah Makkah setiap masa..tak pernah putus....suma sibuk mencari cinta Allah...nilai cinta yang tak mampu nak ditafsirkan dgn huruf atau nombor...
Tgk la gambar kat atas tu...ramai sgt kan?bestnya....rasa rugi sgt sbb tak berada di kalangan mereka...rugi kan? kan? isk!!haaaa...takle tulis byk2 entry ni...nanti mata kabur, tak npk nak tgk pc..(kalo ada air dlm kelopak mate camno nak clear tgk pc kan?)....cuma satu je ana nak ungkap!


I LOVE U, ALLAH!!!Sangat3!!!






HambaMu ini datang pada MU

Tuntun la kami kemana pergi

aku tersesat di jalan ini

Tak tahu lagi arah kembali

Sudilah Engkau mahu peduli...


Ya Ilahi ya Tuhanku

Hamba Mu ini menuju Mu