Thursday, November 18, 2010

Ratu Gemuk

Berita dalam kosmo kelmarin, 60% dari rakyat malaysia mengalami obesiti...urm...penyakit suka makan di kalangan orang malaysia mmg pelik.

punca obesiti ni senang je,

  • takde had masa makan (sampai lewat mlm masih kat kedai mamak)
  • tak ikut adab2 makan yg disarankan Rasulullah saw
  • tak puas hati kalo tak dpt makan sedap2.
  • Main aci belasah suma makanan sedap.Kurang amik perhatian tahap halal dan baik sesuatu makanan yang masuk ke perut.
Kita selalu susah hati jika makanan tak sedap..suka complaint2...sdgkan Ulama'2 memilih hidangan yang kurang sedap. sbb ia makan itu sekadar alas perut supaya tidak terganggu kehidupan harian.

Kita meletakkan makanan sebagai priority...kalo isteri masak tak sedap di marah2 ,di tengking2!

kalo mak masak sejenis lauk je, semua tak semangat nak makan

Kalo gi umah orang, orang hidangkan makanan yg tak special kita kata dia kedekut atau pemalas

kalo banyak duit, kita suka mencuba dan menjelajah kedai2 makan yg ada di Malaysia

Ingat, Banyak makan melemahkan badan dan membuat kita rasa berat untk beribabadat

makanan itu umpama ubat. Ubat kepada penyakit lapar. Jadi makan bila lapar sahaja. Sebab ubat ni jika makan bila suka boleh membawa kesan mudharat pulak.




Adab2 makan yang perlu dijaga

  • Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Cara duduk yang begini adalah utk mengelakkan kita makan byk dengan mengimbangi komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.cubalah yer..
  • baca bismillah
  • makan dengan tiga jari dan jilat jari setelah mkn
  • tidak bersandar ketika makan
  • mengambil makanan dengan suapan yang kecil ("akak, suap skit tapi cepat bukan suap besar2 dan cepat2, itu gelojoh" teguran ibu padaku yang kalut menyuap nasi nak gi keja katakan..)
  • Makan dari tangan yang banyak itu berkat (makan berjemaah)
  • biarkan makanan yang baru dimakan selama 4 jam untuk dihadam barulah boleh diambil makanan lain.
  • Berhenti sebelum kenyang (ingat ye Rasulullah tidak pernah makan kenyang roti gandum hingga 2 hari berturut2, kita? lapar skit kalut dah kan?)

Itu adalah sebahagian adab2 makan yang disarankan Rasulullah saw. Nak lebih lanjut? sila baca Syamail Muhammad (promote buku nih!! hehe)






Ana cuba bayangkan jika semua penduduk Malaysia ni makan cara yang diamalkan Rasulullah saw semasa menikmati hidangan...duduk penuh sopan, makan penuh adab dan tertib, tinggalkan tempat makan dengan baik. Subhanallah, tersusun dan teratur hidup Rasulullah saw. Tentu rakyat kita susah nak dapat penyakit obesiti dan penyakit2 lain kan? Jom la kita jadi seperti Rasulullah saw...





0 comments: