Saturday, November 20, 2010

Unlimited Budget From Allah...




Pagi semalam, mama merungut2 pada ana sebab ana terlepas lagi usrah keluarga.
"Dia yang minta usrah setiap sabtu dan ahad, dia yang tak dtg," kata mama.
Hehehe....ana diam je, sbb mmg ana yg salah. Sape suruh letakkan kepala blk lepas subuh mestilah terlelap...teringat pula kata-kata
' orang yang cemerlang itu tidak tidur selepas subuh'

alamak, ana tak cemerlang semalam sbb terlelap sampai waktu syuruk. ish!!

ok untuk menenangkan hati sendiri, ana bertekad nak dengar dengan tekun kuliyyah Al-Hikam Dr Zulkiflee Al Bakri kat Masjid Nilai (sape2 berkesempatan dtg la setiap sabtu jam 8.30 pagi)...jadi antara isi yang ana nak kongsi sedikit di pagi yg damai ni ialah

Meminta Sesuatu atau Bergantung Kepada Allah Semata-mata

Semua yang kita dapat adalah dari Allah...betul tak? Manusia? itu asbab sahaja...kalo sakit, doktor itu cuma asbab.

"Setiap yang ditakdirkan Tuhan pasti berlaku"

Jadi buat apa kita nak minta dengan manusia. Nak apa2 minta la terus pada Allah. Manusia ni kalo kita meminta pada dia, dia cepat merungut...nanti timbul pulak soal balas jasa la, soal ikhlas tak ikhlas...dah la manusia ni bukannya byk kemampuan...

Bergantung kepada makhluk umpama orang dalam penjara meminta pertolongan kepada orang dalam penjara (yang lemah minta pada yang lemah)

Jadi...minta la dengan Allah sepenuhnya...Allah lagi suka jika makhluk dia meminta dengan Dia terus. Sebab budget Allah untuk kita unlimited...Allah Maha Kaya! kan?


Ok ada beberapa unsur yang memberi kita kekuatan
  1. kebenaran (jika di pihak yg benar tentu kita tak gentar walau kita kecik)
  2. pasak dengan iman
  3. bergantun pada Allah
  4. Selalu bertaubat
jika kita menghadapi musibah, carilah unsur2 di atas utk kita merasa kuat..


itu jelah pagi ni, ana nak kena gi usrah...jumpa lagi ...wassalam ^_^



0 comments: