Wednesday, February 29, 2012

anak-anak ku...


Hujung minggu ni ana ke Kompleks Kebajikan Rukaiyah (KKR) lagi insyaAllah…rindu sangat dengan anak-anak kat sana…melihat wajah mereka hati ni pelbagai rasa..yang paling ana kecewa bila penghuni paling kecil, yang berusia tujuh tahun dihantar ke sana dengan alasan ibunya tak larat nak jaga sebab nakal sangat...kasihan, usia macam tu sepatutnya bersama keluarga tapi kanak-kanak comel itu terdampar bersama anak-anak lain di rumah anak yatim ini.

Nakal sangat kah si kecil ini? Melalui apa yang ana lihat, dia kanak-kanak normal yang manja. Maknanya bukanlah hyperaktif atau autisme. Tidaklah terlalu lasak, cuma nakal anak manja yang akan mengamuk jika tak dapat apa yang diinginkan..

Sahabat ana, hanan boleh tahan bijak menggunakan kaedah psikologi untuk memujuk anak kecil ini. Syabas hanan! Jika ibunya cepat beralah dalam mendidik anak yang dilahirkan sendiri, biarlah kita yg didik...

Persoalan di sini,
  1. Patutkah seorang ibu berbangga jika anaknya menjadi insan yang berjaya & soleh tapi dari hasil didikan cikgu atau orang lain.?
  2. Patutkah seorang ibu kecewa jika setelah puas berusaha mendidik namun anaknya tidak berjaya menjadi seperti yang diharapkan?
Yang ana tahu, mendidik anak itu tanggugjawab yg perlu ditunaikan pada anak. Suatu saat nanti si ibu akan ditanya tentang hak ini..apakah telah ditunaikan sebaiknya atau sekadarnya sahaja. Allah tidak akan persoalkan si ibu berjaya mendidik atau tidak, tapi Allah akan lihat apakah si ibu berusaha atau tidak.

Erm...ana sambung lagi...

kak nedy sibuk kacau kukan&kukun (arnab anak2 kami)


lepak-lepak jew...
kak nedy dan kak hanan bergelak kutawe...

action la kunun...hehe

apa kes ni mencangkarung 3 orang ni?

2 comments:

al-'Amadulil Islam said...

kirim salam abg aiman kat diorg, semua.....assalamualaikum...

kalam_khadeeja said...

insyaAllah esok kalo tecer pegi...