Tuesday, March 6, 2012

makan kat luar v/s masak

Sebab tak mau makan kat luar

  1. kedai makan selalu kotr...cthnya kedai depan opis saya…kat tepi jalan dan longkang menjijikkan, tikus mati mmg selalu jd penyeri kat belakang kedai…tak faham kenapa masih ramai yg berselera nak makan kat situ.
  2. sayur, telur, mee, kueteaw, bawang dan segala bahan masakan blm tentu di basuh…takkan nak biar makanan tak berbasuh masuk perut..makan benda kotor hati jd gelap.
  3. pinggan mangkuk dan ada sesetengah tenpat sayur dan lauk2 diletakkan atas lantai yang berair dan tempat tikus, lipas berlalu lalang.
  4. makanan yang dijual tidak bertutup (kalo kat gerai pun sama)..syaitan seronok kencing berak kat makanan tu. Habuk, debu dan asap kotor pun melekat2 kat makanan. Lalat bukan main seronok main singgah2.
  5. Kedai yg ada muzik, kesannya pada molekul makanan…jadi buruk kalo pasang lagu yg pelik2..sbb tu kita susah nak jadi baik..sbb makanan yg masuk rupa tak baik..
  6. entah sape yang masak, mamak ke, indon ke...kalo yang islamik takpelah juga, berzikir2 sambil masak..tapi takde pulak yang cam tu kan ?




Ok…cara elakkan makan kat luar
  1. Bawa bekal ke opis
  2. Bangun seawal kol 4 pagi utk siapkan bekal
  3. Masak sebelum tido dan panaskan sebelum gi opis
  4. Tahan lapar je
  5. Puasa sunat
  6. Kesimpulannya, kena berusaha masak utk bawak bekal, walaupun malas...kena jugak rajinkan diri..

Lauk simple pun takpe, asalkan masak sendiri..paling tak sempat,  goreng telur dengan kicap pun jadi je.apa la yag nak disibukkan dgn makan sedap, sedangkan rasulullah pun selalu tak berasap dapurnya..jarang sekali Rasulullah makan daging..kita ni je kalo tade ayam tak sah..

Ada yang tak senang bila kita teliti menjaga makanan…nampak cerewet…org yg rela makan telur goreng dan kicap lebih dikatakan cerewet berbanding dgn org yg makannya mahu sedap selalu..tak tahulah cara sesetengah orang berfikir..belasah je makan apa terjual kat kedai tanpa mengira syubhah, kebersihan, berkat sesuatu makanan itu dikatakan tidak cerewet…tapi org yang cb menjaga pemakanan yang dibimbangi mempengaruhi akhlak dikatakan jumud..tidak kufahami lagi org bijaksana masa kini..lain benar dgn pemikiran ilmuan dahulu…

Jika seseorang itu benar2 wara’ dia akan cukup menjaga segala sudut…Islam bukan hanya pada ibadah solat dan menutup aurat…Islam itu cara hidup..cara makan, cara muamalat, kebersihan..semualah…

Pesan Imam Syafie,” pilihlah makanan yang baik dan halal, kerana ia membuatkan syatan gerun”..tekunilah cara imam kita menjaga pemakanan…malu rasanya dgn sikap ‘main belasah’ kita yang terus-terusan berpegang pd jangan lah teliti sgt, Islam itukan mudah..sebenarnya nafsu menguasai…masih mahu memanjakan tekak kita dgn sesuatu yg lazat …

Jaga makan...jaga makan...jaga makan...di saat dunia makin hancur dgn hentaman kerosakan akhlak remaja, tiada siapa kah yang mahu kisahkan, kaitkan pemakanan dgn akhlak?

0 comments: