Wednesday, February 8, 2012

Kasih Ibu....

Kelmarin, Sufi terlewat pulang, hati kecil Sufi tiba-tiba bimbang dimarahi ibu..sejenak Sufi termenung, ibu kan dah takde...takde sape yang ambil tahu pasal Sufi lagi..kenapa Sufi lupa? dan saat itu seluruh hatinya dipenuhi rasa sayu...

Bibir Sufi mengalun lembut lagu Kasih Ibu sambil menahan sebak...akhir-akhir ni rindu pada arwah ibu semakin membuak. Lantas Sufi bingkas membuka almari..Sufi mencapai cincin pemberian arwah ibu lalu disarungkan ke jari manisnya..rindunya ibu...cincin ini hadiah dari ibu 12 tahun yang lalu...ibu...
Sufi rindu ibu...airmata gugur perlahan-lahan..

Mungkin juga kerana memikirkan sepanjang cuti ini Sufi sendirian di rumah sewa. Sedangkan kawan-kawan serumah yang lain pulang ke kampung, bertemu ibu ayah masing-masing..

Ahh..usahlah bersedih Sufi, masakan kamu merasakan sendirian sedangkan Allah setiap masa bersamamu?




Lembut ku kenang kasihmu ibu

Di dalam hatiku kini menanggung rindu
Kau tabur kasih seumur masa
Bergetar syahdu oh di dalam nadiku

Sembilan bulan ku dalam rahimmu
Bersusah payah oh ibu jaga diriku
Sakit dan lelah tak kau hiraukan
Demi diriku oh ibu buah hatimu

Tiada ku mampu mambalas jasamu
Hanyalah doa oh di setiap waktu
Oh ibu tak henti kuharapkan doamu
Mengalir di setiap nafasku

Indah Bercanda Denganmu Ibu
Di Dalam Hatiku Kini Selalu Merindu
Sakit Dan Lelah Tak Kau Hiraukan
Demi Diriku Oh Ibuku Wahai Ibu



Allahummaghfirli waliwalidayya 

Warhamhumma kama robbayaniy shoghiro











1 comments:

budak penjara said...

kalau laki tu bertanggapan solehah tu pendiam..semoga dia dapat isteri yg pendiam lah..

kalau ak, ak x suka isteri ak pendiam.. so isteri bergantung pada suami jugak lah..klu suami nk isteri dia bnyk cakap, dia kena patuhi arahan suami dia la..bukan ke syurga isteri bawah tapak kaki suami..

lagi 1, x slh pompuan nk cakap bnyk..tapi kena di fahamkan..CAKAP BANYAK x sama dengan BERCAKAP SUARA KUAT.. ye suara wanita aurat.. tapi maksud ak di sini bercakap banyak di dalam keluarga.. bukannya bertepik melolong di khalayak ramai..

harap kamu leh jelas.. sory la..ak x arif lam ilmu agama.. leh tanya ustaz2 yang alim.. wallahua'lam