- Walimah yang tiada persandingan dan memperuntukkan wang untuk menyediakan makanan yang sedap (mengikut kemampuan) kpd jemputan yang ramai yg terdiri dari pelbagai tahap. Menjemput ramai org di sini dgn niat mengikut anjuran Islam iaitu memberi makan kpd org ramai dan bkn memberi tayangan persandingan.
- mengalunkan bacaan quran @ selawat @ nasyid2 yg mendamaikan sebagai hiburan di walimah.
- mengasingkan tempat duduk Muslimin dan Muslimat mengikut kemampuan.
- tiada upacara membatalkan air sembahyang ke, menabur beras kunyit, tepung tawar dan sbgnya (kalo tepung pelita elok ada sbg pencuci mulut, sedap tu!)
- pengantin lelaki dan perempuan memakai pakaian yang cantik bg membezakan dr org yang dtg tetapi menutup aurat dgn sempurna dan tiada solekan yang tebal. Inai hanya dipakai oleh pengantin perempuan.
- Tidak membebankan pengantin lelaki dengan wang hantaran yg byk. Ikut kemampuan, takde pun takpe yg wajib ada ialah mas kawin. Barang hantaran jg tidak disyaratkan 9 dulang atau brp pun...kalo nak kasi sebagai hadiah silakan, takde pun majlis tetap jalan....sebab kita perlu memudahkan urusan perkahwinan jgn merumitkan dgn menda2 remeh yang hanya akan membuatkan pasangan terpaksa menangguh pernikahan hanya krn tak cukup duit utk bunga telur, brg hantaran dll. Maka sebab tu ramai pasangan masih berhubungan tanpa akad di luar sana. Nak kawin zaman moden ni susah.
- Kan best kalo yang menyambut di khemah pengantin dari mula tetamu datang sampai ptg itu ialah pengantin sendiri. itukan majlis dia, jadi pengantin yg memberi layanan pada tetamu yg makan. semua org boleh kenal pengantin. tak perlu mencari pengantin yg sibuk bergambar...
- makan beradab takyah pun takpe. kalo nak juga makanan di meja pengantin sama je ngn tetamu punya..takyah double standart... (org dulu2 rasanya camni la)
Sunday, June 6, 2010
sambungan "Walimah mcmmana pilihan hati anda?"
Posted by kalam_khadeeja at 4:12 PM 1 comments
walimah mcmmana pilihan hati anda?
- kenduri yg cuma menjemput org2 tertentu. yang ternama, org miskin dilupa2kan...org kg nak dtg pun segan...yelah wat kat hotel berbintang2. ingat yer..."seburuk2 makanan ialah makanan walimah yang mana diundang hanyalah org2 kaya sahaja dan yang miskin tidak diundang. dan barangsiapa yang tidak memenuhi undangan maka dia telah berbuat durhaka dgn Allah dan Rasul" (Hadis Riwayat Abu Hurairah)
- adanya DJ yang memutarkan lagu2 yang bermacam2 dan ada pulak siap karaoke sampai mlm. abis suma dr anak dara sampai mak dara, dr yg muda sampai yg bercucu masing2 nak tunjuk bakat menyanyi.
- khemah main duduk jelah lelaki ke pompuan ke...bercampur2.
- Melebihkan wang pada tempahan pelamin dan persalinan pakaian yg pelbagai jenis (mahal gak tu, ada ribu2). Maklumlah katanya kawin sekali je seumur hidup...tapi itu bkn alasan utk membazir kpd benda yg tak dituntut. sedangkan jemputan/undangan skit je takut tak cukup duit....
- Majlis persandingan yg ada tabur beras kunyit, menepung tawar sebagainya(amalan yg khurafat)...pengantin bkn ayam...xyah la bg beras..
- pengantin bersolek berlebihan ada yg kena nipiskan bulu kening oleh mak andam(ingat tu slh satu dosa besar) dan pakaian yg ketat dan jarang.(raja sehari xjaga aurat xpe agaknya...isk!)
- Hantaran menjadi kewajipan lak, pastu wang hantaran mesti ikut tahap si gadis....adess..!!!berlumba2 sape lebih mahal...sian suami dia..berpeluh2 kumpul duit siap ada yg hutang2 lg...
- pengantin sibuk bergambar2 sampai org nak kenal mana pengantin pun susah. kalo nk jumpa gak kena menyelit di celah2 jurukamera. Abis tujuan walimah tu utk kenalkan pengantin pada org ramai, camne nak kenal. Last2 tetamu blk je bila abis mkn, jumpa emak pengantin cukup ...
- makanan meja pengantin lebih istimewa...sian org yg xdpt duduk sama pengantin...tgk jelah lauk dorg yg best2 tuh...kalo nak jd la pengantin, tak pun jd mak pengantin...huhuhu..kalo anak yatim atau org yg tak mampu yg tgk camner?sampai hati...
- haaa...last2 sebelum ana nak tido, ngntuk ni...pengantin lelaki pun nak jg berinai, xdpt suma, 3 jari pun nak...aduh...nape berhias menyerupai wanita? Rasulullah larang tuh...takyah inai la da cukup macho...
Posted by kalam_khadeeja at 12:28 AM 0 comments
Friday, June 4, 2010
sentuh pun jangan
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
bila perkara mungkar tidak lagi dipandang keji
bila muda mudi tiada malu dalam hati
bila pesta konsert jadi suapan hari-hari
bila bercinta bercouple alasannya fitrah insani
bila ustaz mengajar diberkas digari
bila hukum manusia disanjung dan dipuji
bila hukum tuhan dicerca dimaki
bila bala tuhan mula menjejak bumi
bila bala berupa maksiat serata negeri
bila bala berupa gelapnya hati-hati
bila kes buang bayi dah jadi isu basi
bila bala berupa nikmat duniawi
itulah istidraj dari tuhan rabbul izzati
biar leka sesat hingga ke mati
Posted by kalam_khadeeja at 7:11 PM 0 comments
Thursday, June 3, 2010
housemate ana yg disayangi...
"ok" kata nurul.
"nurul nak gi beli apa kat pasar malam?" soal ana.
"nak beli jagung....nak tak?" soal dia memandang ana mcm serius je.
"nak! nak!!" sahut ana girang..jagung kegemaranku...
"pegi beli sendiri!" balas nurul sambil mengejek.
"Hiiiiiiiiiii....benci lah" ana meninggalkan nurul yang mmg suka permainkan ana.
"erm...nak jagung rebus ke jagung bakar?" tanya nurul lg membuatkan hati ana kembali berbunga.
"nak jagung bakar" tak jd nak merajuk.
"bakar lah sendiri" balas nurul tersengih.
"hishhh...dia ni kan..baik takyah tanya! geram! geram!" ana melangkah ke bilik mandi. malas melayan gelak nurul yg berjaya mengenakan ana.
*********
"nurul kirim beli minyak motor bleh? tanya ana pd nurul.
"ada botol ke? botol mineral tak boleh tau!" ujar nurul
"ada kat depan tu, td nurul beli minyak pakai botol mana?" peluang ni...otak ana menangkap sesuatu.
"pakai botol mineral, pastu org kat stesen minyak tu kasi botol lain. dia kata botol mineral tak boleh" cerita nurul.
"pakai botol mineral?" terletus gelak ana kat nurul.
"bukan org la, lin yg gi beli" cubaan membela diri oleh nurul.
"takpe kirimkan gelak ni utk lin" ana masih lagi gelak....
"saje je... tak puas ati pasal jagung la tu" nurul muncungkan mulut.bengang.
kekeke...usikan berbalas. seri!

tapi biasa la nurul mmg suka mengusik ana. lepas tu dia mesti bw blk apa yg ana pesan. hehe...dapat mkn jagung bakar.Alhamdulillah!
begitulah ana dan nurul, walaupun ana setahun lebih tua. selalunya dia yg memanjakan ana, bukan ana yg memanjakan dia. mungkin sebab dia anak sulung dan ana anak bongsu. kesimpulannya dia sgt suka mengusik ana. tp itu yg menceriakan rumah sewa yg kami huni berdua ni...semoga Allah memelihara ukhwah antara kami...
Posted by kalam_khadeeja at 10:58 PM 0 comments
Friday, May 28, 2010
ilmu....
ana suka nak bercakap tentang ilmu je skang ni, sebab secara kebetulan pada ana tapi mmg itu yang Allah aturkan pun. Ana byk mendengar tentang pentingnya ilmu.
mula2 pg ahad, dalam usrah keluarga, baba menyebutkan kepentingan menuntut ilmu untuk membantu kita beriman kepada Rukun Iman dengan lebih sempurna. sesudah usrah, kami yang perempuan ke kuliyyah muslimah di surau annur. juga di sebut ttg ilmu.
ok, skit ana nak kongsi ttg apa yg ana dapat
Tujuan kita menuntut ilmu
- mengesahkan amalan kita. dari ibnu Ruslan, "setiap amalan tanpa ilmu adalah ditolak".
- menyahkan elemen yang tak baik (selalu muhasabah diri dgn adanya ilmu)
- mengenali hak kita (hak sbg hamba, hak sbg manusia,hak sbg anak...dll) Jika kita mengikut je tanpa ada ilmu dalam sesuatu itu akan sesat...ada citer cth...beruang dan kucing...(nak dgr citer kena YM ngn ana)
- meringkaskan kehidupan (mcm cth dalam post ana bertajuk Islam itu mudah tp kita yang complicatedkan)
Kat sini ana sertakan lirik nasyid CAHAYA ILMU..yang dinasyidkan oleh pelajar2 ana semasa majlis ihtifal dalam post ana yg bertajuk Nasyid Ihtifal. Ana mmg suka lagu ni..suma lgu yg dorang nasyid la ana suka.hehehe..
Ilmu ibarat cahaya
menuntutnya satu ibadah
begitulah kata pujangga
jadikannya sebagai teman
Ilmu itu satu tuntutan
Suruhan dari Ilahi
jagailah wahai teman
moga hidup dirahmati
Tanpa ilmu umat binasa
Pesanan Rasulullah pada umatnya
Sayangilah ilmu di dunia fana
sebagai jambatan menuju ke syurga
Marilah menuju kecemerlangan
Jangan diendahkan sebarang tomahan
untuk menjadi umat cemerlang
kukuhkan semangat perjuangan Islam
Bersihkan jiwa ikhlaskan hati
Penuhkan ilmu penguat jiwa
Membentuk peribadi mulia
Bangkitlah Islam menuju kejayaan
jangan endahkan sebarang tomahan
Untuk menjadi umat yang cemerlang
kukuhkan semangat perjuangan Islam
Supaya tidak menyesal kemudian
Posted by kalam_khadeeja at 1:26 PM 0 comments
ilmu+amal=iman
Ermm..menyentuh soal Al-Quran dan ilmu Tauhid.
Allah SWT menyebut dalam Al-Quran bahawa antara sifat mukmin yang hakiki ialah yang bertambah imannya jika kepadanya dibacakan ayat-ayat Allah
"sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kpd mereka ayat-ayatNya nescaya bertambah-tambahlah iman mereka(kerananya) dan kpd tuhanlah mereka berserah diri(bertawakal)" Al-Anfal 8:2
Jadi di sini dapat disimpulkan orang yang gerun kepada Allah hanyalah ulama' <----Dalam minggu ni 2 kali ana mendengar ucapan yang sama. Mula2 di kuliyyah surau An-nur ahad ari tu oleh Dr Zulkiflee Ahmad al- Bakri. Dan kali ni dr Ustaz Sayuti. Untuk menjadi yang ulama tentunya ia berkait dengan ilmu. Dan ilmu berkaitkan dengan amal. perkara ini la yang dibahaskan apakah yang lebih dahulu. ilmu,amal atau iman? tapi yang kita tahu iman dan amal takkan bertambah tanpa pertambahan ilmu. jadi pembinaan generasi mengkaji Al-Quran perlu kerana dari situ mulanya khazanah ilmu. rata-rata antara kita membaca Al-Quran, bukan memahami apatah mengkaji. Berlumba mengkhatam Al-Quran tanpa sempat meneliti ayat2 Allah. Kerana itu generasi kita makin goyah. tak perlu serangan bersenjata. serangan minda saja tak mampu kita tangkis lagi. Ilmu+Amal=Iman

Iman...
Bila berat badan turun atau naik kita mula memberi perhatian. hampir setiap hari naik ke mesin penimbang untuk periksa berat badan. bagi yg nak menambah berat badan mcm ana ni, :) mula la sibuk memikirkan mkn, yang nak kurangkan berat badan fikirkan menu diet. dan kita pun melakar jadual pemakanan harian. Arghhh...kita selalu begitu dgn menda yang wujud secara zahir. Cepat kita ambil perhatian. tapi kalo soal Iman yang tak npk dan tak dapat nak ditimbangkan makanya kita tak ambil tahu. Iman bertambah ke berkurang ke tak perasan pun. aduh!
jom sama2 kita concern kat iman melebihi yang yg kita npk. kalo bisa kita buat jadual
" Vitamin Hati". Kita rangka cara-cara nak menambahkan iman. semoga kita tergolong dalam golongan org gerun hatinya apabila mendengar ayat-ayat Allah. Ameen.

Posted by kalam_khadeeja at 8:32 AM 0 comments




