Sunday, June 6, 2010

sambungan "Walimah mcmmana pilihan hati anda?"



Kali ni kita lihat pula walimah yang jarang2 atau hampir tiada untuk kita tgk...

  1. Walimah yang tiada persandingan dan memperuntukkan wang untuk menyediakan makanan yang sedap (mengikut kemampuan) kpd jemputan yang ramai yg terdiri dari pelbagai tahap. Menjemput ramai org di sini dgn niat mengikut anjuran Islam iaitu memberi makan kpd org ramai dan bkn memberi tayangan persandingan.
  2. mengalunkan bacaan quran @ selawat @ nasyid2 yg mendamaikan sebagai hiburan di walimah.
  3. mengasingkan tempat duduk Muslimin dan Muslimat mengikut kemampuan.
  4. tiada upacara membatalkan air sembahyang ke, menabur beras kunyit, tepung tawar dan sbgnya (kalo tepung pelita elok ada sbg pencuci mulut, sedap tu!)
  5. pengantin lelaki dan perempuan memakai pakaian yang cantik bg membezakan dr org yang dtg tetapi menutup aurat dgn sempurna dan tiada solekan yang tebal. Inai hanya dipakai oleh pengantin perempuan.
  6. Tidak membebankan pengantin lelaki dengan wang hantaran yg byk. Ikut kemampuan, takde pun takpe yg wajib ada ialah mas kawin. Barang hantaran jg tidak disyaratkan 9 dulang atau brp pun...kalo nak kasi sebagai hadiah silakan, takde pun majlis tetap jalan....sebab kita perlu memudahkan urusan perkahwinan jgn merumitkan dgn menda2 remeh yang hanya akan membuatkan pasangan terpaksa menangguh pernikahan hanya krn tak cukup duit utk bunga telur, brg hantaran dll. Maka sebab tu ramai pasangan masih berhubungan tanpa akad di luar sana. Nak kawin zaman moden ni susah.
  7. Kan best kalo yang menyambut di khemah pengantin dari mula tetamu datang sampai ptg itu ialah pengantin sendiri. itukan majlis dia, jadi pengantin yg memberi layanan pada tetamu yg makan. semua org boleh kenal pengantin. tak perlu mencari pengantin yg sibuk bergambar...
  8. makan beradab takyah pun takpe. kalo nak juga makanan di meja pengantin sama je ngn tetamu punya..takyah double standart... (org dulu2 rasanya camni la)
ok, kenapa kita perlu ambil perhatian pada walimah dan berusaha mencari walimah yang berkat di sisi Allah bkn yg hebat di sisi manusia. kerana berkat perkahwinan itu bermula dari situ. Islam tak pernah menyulitkan kita, kita yang suka menyulitkan keadaan. kalo sulit masa nak kawin lepas kawin lg sulit...nak settle hutang piutang tu. ok jom pilih sama2 manakah yang kita mahu...

1 comments:

Nasuha Suha said...

assalamualaikum...

pernah seorang hamba Allah ni bertanya kepada seorang hamba Allah yang bakal mengadakan walimah tentang isu ni..

lalu hamba Allah tu pun kata...
"semua ni memang dah biasa,,nk buat macam mana..adat pun kena ikut jgk.."

payahkan manusia zaman sekarang...