Saturday, March 24, 2012

Yang amat kurindui


Tempat yg paling digemari utk Sufi kunjungi ialah kedai buku Syabab. Biarpun tidak membeli apa2 buku, namun menghabiskan masa dgn meneliti buku2 yang ada di situ cukup mengasyikkan. 

Entah mengapa pulang dari kerja hari itu hati Sufi diusik sayu. Duhai Sufi, jika rasa ini adalah asbab dari manusia ia barangkali sia-sia, alihkan lah rasa sayu dan rindu ini kepada yang lebih menghampirkan cintamu pada Allah..apakah penawarnya? lalu Sufi terpandang Biografi Agung Rasulullah saw. Membelek sahaja buku ini airmata mahu menitis...rindu pada Rasulku ini kembali membuak... 

Selesai membayar harga buku, Sufi memilih suatu sudut di Foodcourt PKNS. Menekuni sirah Rasul tercinta, mengagumi akhlak terpuji seorang Al-Amin, menatap indah barang peninggalan baginda membuat Sufi asyik...Jam mengnjak ke waktu Isya', Sufi pulang...pulang setelah menemui penawar hati geringnya...

2 comments:

al-'Amadulil Islam said...

semoga Allah sentiasa memudahkn segala urusan tecer...

kalam_khadeeja said...

time kasih aiman