Monday, September 5, 2011

Ukuran kejayaan


masuk U and grad



kerjaya hebat

kereta bagus


banyak gadget


rumah penuh perabot



Apakah ini ukuran kejayaan seseorang insan? Tak salah memiliki tapi jangan sampai dirimu tertipu dengannya..bukan semua ni tujuan hidup, bukan ini ukuran yang dicari...manusia....sangat suka mengukur melalui kebendaan...penting sangat kah suma ni? Allah Yang Maha Adil itu cuma menilai melalui satu iaitu Taqwa!

Ramai orang lebih bimbangkan anaknya tak pandai belajar, tak dapat masuk U, nanti apa orang kata, tade masa depan...berapa ramai yang risau anaknya jadi soleh ke tak?kejayaan yang sebenar ialah kejayaan ketika meniti titian sirat...apakah kita berjaya? itu yg patut kita risau..

bandingkan ye...

Si A: memiliki semua yang ada di atas yang sibuk membina kerja dan keluarganya..

Si B: tiada satu apa pun di atas, belajar sampai SPM je..tapi dia dok umah, berbakti pada mak ayah dan jadi hamba yang solehah, tidak pernah terlalai dengan dunia mewah, tak pernah terleka dengan fesbuk, twitter dan berblog...kerana dia sendiri tidak mengerti apa itu ipod, ipad semua tu...

Jadi kat sini siapa yang lebih banyak mengumpul saham kejayaan akhirat? si A atau si B? jadi usah memandang rendah sesama manusia...boleh jadi orang yang kamu cebik itu akan kaya dan kamu akan fakir di akhirat nanti...

Dunia ini tempat aku bermain dan makan roti, nanti aku akan kembali ke tempat ku, negara akhirat (bicara Rabiatul Adawiyah)

2 comments:

Unknown said...

kalau kite kejat dunia kite takkan penah rase cukup.. :)

kalam_khadeeja said...

benar..kita akan jadi tamak..