Tuesday, August 23, 2011

Pelajar yang kuhormati

Salahkah guru menghormati pelajar? terbalik pula kan? hehe...saling hormat menghormati...ingin ana kisahkan ialah tentang bagaimana ana mengagumi seorang pelajar ana...melihat peribadinya membuatkan ana tanya-tanya siapakah ibunya...erm...begitu kuat ye pengaruh didikan ibubapa...seperti kata orang arab
" Tidak perlu kau ceritakan siapa anak kamu, melihat dirimu aku sudah mengetahui siapa anak kamu "..
banyak perkara yang buat ana kagum dengan dia..cuma takleh la citer semua..3 tahun mengajar dia tak muat la page ni...jadi ringkaskan mana yang ana penting untuk fokus kali ini.
Kali ni fokus pd pemakanan. Cerita ni semuanya beberapa tahun yang lepas semasa ana bergelar guru..

Insiden 1
satu petang sambil melihat pelajar2 sekolah rendah berebut2 membeli di koperasi sekolah, pelajar yang berusia 15 tahun ini menyoal ana...
"cikgu tahu kah yang semua aiskrim kat Malaysia ni non muslim yang buat?"

"iye kah? maknanya tidak halal?"
"Itulah halal haramnya tidak diketahui secara sahih...sebaiknya tinggalkan saja" ujarnya selamba.

ohhh....ana memang penggemar aiskrim. Barangkali dia selalu nampak ana menikmati aiskrim petang2 di bangku panjang sementara kelas tuisyen bermula.
"Hati-hatilah memilih makanan dan minuman. Banyak yang syubhah dan memudaharatkan. Contohnya Milo," tambahnya lagi
"Haaa? Milo pun? saya ni dari dulu minum Milo je, abis nak minum apa lagi?"soalku dengan nada susah hati.
"Cikgu...bukan main banyak lagi minuman halal dan baik yang Allah sediakan kat bumi ni, cikgu boleh kata takde..,"sambungnya sambil tersenyum.
Gulppp!!!Ayat menusuk jiwa!Terkena sebiji ke mukaku...

Mulai saat itu aku mula memikirkan perihal syubhah dalam makanan..jika sebelum ini asal ada tanda halal kat paket makanan semua ok...ohh tidakk!!Jahilnya aku..


Insiden 2
Ana menemani sahabat ana Ustazah Aini ke kantin untuk menyerahkan report kad kepada ibu pelajar ana tersebut. Ibunya tidak dapat menghadiri Hari Muzakarah tempoh hari. Ana tak melepaskan peluang bersua muka dgn orang yang ingin ana kenali.

Melihat ada markah yang kurang memuaskan hati, ibunya bertanya pada pelajar tersebut di hadapan kami
" adik makan apa kat sekolah? Ada beli apa-apa yang tak baik ke kat koperasi?"soal ibunya tegas.
"Banyak makanan kat koperasi. Biasanya adik beli kerepek," jujur dia menjawab.
"Adik tau kan Saidina Umar, kalo di hidangkan 10 jenis makanan halal di hadapan dia, dia cuma pilih satu yang paling baik,"bicara ibunya membuatkan ana sedikit sebanyak mendapat gambaran bagaimana didikan yang diterima pelajarku ini di rumah.


Insiden 3
Ana melangkah masuk ke rumah yang penuh sederhana itu..dan menghulurkan sedikit kek coklat yang ana beli di gerai jiran ana. Hari ini ana mula join usrah dgn ibu pelajar ana.
"Maaf tanya, cikgu beli kat mana kek ni?"
"Saya beli kat gerai depan rumah saya, nape ye?"

"Bukan apa, kami selalunya hati-hati membeli kek atau makanan kat luar, tengok siapa yang jual, akhlaknya, bahan yang diguna" Ibunya menerangkan.
Ana me
ngangguk-angguk..Betapa dia amat berhati-hati dengan setiap suap makanan yang bakal masuk ke mulutnya dan anak2...
kini ana faham makanan mempengaruhi akhlak.
Dan bemula saat ana menanam tekad menjaga sebaik mungkin urusan pemakanan...tidak mengapalah sukar sedikit, tampak leceh...jika bersabar atas ketiadaan demi menjaga agama Allah, insyaAllah akan diganti dengan yg lebih baik.. langkah pertama ialah mencari ilmu...ilmu tentang pemakanan...dan sehingga kini ana masih mencari ilmu tentang pemakanan..



Sabda Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam-; "Sesiapa menjaga dirinya dari melakukan perkara yang syubhah (yang samar antara halal atau haram), sesungguhnya ia telah menyelamatkan agama dan kehormatan dirinya. Sesiapa melakukan yang syubhah, dibimbangi ia akan terjatuh ke dalam yang haram"
(HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari an-Nu’man bin Basyir –radhiyallahu ‘anhu-).

dulu ana tahu hadis ni tapi tak beramal dengannya...ish3!!!suka ambil mudah....
okay la dah pjg sgt rasanya...nanti sambung lg bab pemakanan ni...tataaa.wassalam..


0 comments: