Sunday, January 9, 2011

tajuk hari ini ialah bosan...

anda bosan? sila angkat tangan jika anda sedang mengalami rasa bosan yang amat....haha

alhamdulillah...tak ramai yang angkat tangan, taktau la sbb mmg tak bosan atau sbb malu kat kawan sebelah tetiba angkat tangan depan pc...heheh...

erm...ungkapan lazim

"bosan betul lah hidup ni"

pernah tak kita dengar ungkapan camni? atau kita sendiri pernah tercakap..opssssss!!

ok mengikut kitab Al-Hikam (hikmah nombor brp , ana lupa pulak)
orang yang merasa bosan dengan hidup ialah orang yang jiwanya kosong dan tidak mempunyai matlamat hidup

alamak!!kita ke tu? sedangkan Allah mengirimkan kita sebagai khalifah di bumi ini. orang2 yang sedar diri dia khalifah akan sentiasa sibuk memenuhi masa dengan mencari redha Allah seperti menghadiri tempat2 yang baik, menghubungkan silaturrahim, mencari ilmu dan sebagainya..

kata ustaz zulkifli ahmad ari tu,
tanda-tanda jiwa kosong ialah bila seseorang itu mula menambahkan aksesori..
tak kisah la aksesori apa pun, aksesori pakaian, kereta, rumah atau apa saja yang agak2 mcm takde hala tuju je perbuatan tu...



err....mmg cantik tapi....

sebab org yang jiwanya terisi tak sempat nak fikir aksesori suma tu, cuma sibuk uruskan urusan dunia utk bekalan akhiratnya...(alamak mcm dushhh2!!! je rasa kat muka ni...termenung2 pikir kata2 ustaz ni..)

Jadi duhai tuan punya blog kalo terasa nak beli apa2 tu pikir perlu ke tak..kalo dah ada lebih kurang sama dan elok lg guna jelah yang lama..umah ke keta ke takyah la hias lebih2...rumah rasulullah yang pemimpin segala umat pun sangat2 sederhana...malu kan kita terover pulak...kenderaan Rasulullah pun unta je. pakaian rasulullah? lagi la sederhana...

itu je dulu , sama2 kita isi masa dengan manfaat agar jiwa tak kosong dan kita tidak merasa bosan...


0 comments: