Wednesday, January 12, 2011

Bertambah umurku...



Beberapa minit lagi sebelum berakhir tarikh 12 januari 2011

ana nak jugak post entry pada tarikh
yang menginjakkan ana ke usia 28 tahun
...
tua sudah kan?
usia bertambah....
iman+amal+ilmu+akhlak?
bertambah atau tidak ya Rosliza?

selamat ulang tahun kelahiran buat

smg melalui usia yg diberkati.... (ucap utk diri sendiri...hehe)

terima kasih Allah,
kerana masih mengizinkan daku yg kotor ini menyedut oksigen milikMu...

masih mengizinkan kaki ini menapak di bumi Mu...
terima kasih untuk segala nikmat anggota dan organ yang Kau pinjamkan...
terima kasih utk setiap saraf dan salur darah yang sentiasa aktif berkerja...
terima kasih utk segala nikmat yang kau berikan tanpa hadir bil hujung bulan tak mcm bil letrik dan bil telefon
(tentu daku sukar membayarnya jika suma ni dicaj)

terima kasih tak terhingga atas nikmat ISLAM, IMAN, dan segalanya...



maafkan daku ya Allah
jika tanpa sedar aku mengabaikan organ2 pinjaman mu

maafkan daku ya Allah
jika aku pernah membiarkan anggotaku melakukan perkara yg Kau tidak sukai

maafkan daku ya Allah
jika tidak ku aktifkan saraf2 ini ke arah mengingatiMu

maafkan daku
jika adakala aku lebih banyak merungut dari bersyukur...

maafkan daku ya Allah....



0 comments: