Friday, October 15, 2010

Lelaki miang + Lelaki cam pompuan + Lelaki baik


Hari ni ana rasa berkobar-kobar nak citer pasal 3 jenis lelaki yang ana jumpa siang tadi...al kisahnya, masa rehat td ana dan nadia ke sri serdang. Niat asalnya nak beli pin no utk permohonan kpli kat BSN...tapi sampai je kat BSN dah tutup kaunter...rehat kot. So sedikit kecewa ana kuar dari bank terus dapat kan nadia yang tgh tgk2 no celcom kat kedai berhampiran...di sini la ana terjumpa jenis lelaki pertama...

Lelaki Miang...



"kak, cantik la no nih...nak la!," nadia separuh terjerit gembira melihat no yang tidak disangka2 nya. Ish! bukan no ekor...no tepon...ana tersengih sambil melihat no yang ditunjuk nadia.
Tiba-tiba...
"beli la kalo cantik...amik je..nanti sy bayar," seorang lelaki berpangkat pakcik menyampuk...tauke kedai kot muka nak sama je ngn lelaki kat kaunter ni. Ana berkira-kira dalam hati.
nadia akhirnya beli no tu tapi...pakcik tu tak habis2 lagi...
" sy nak no dia," ujar pakcik tu memandang nadia. Eh apehal pakcik ni..gatalnya...belum sempat kami cabut, lelaki tu dtg menhampiri nadia..
"apa dah no td? kata cantik, bak la nak tgk..."
Nadia cepat2 memberi kotak celcom tu kat ana sebelum lelaki tu melihat no telefon.
" akak...takut laaa,"
"biar abg byr," ujar lelaki gatal + miang + ulat bulu tu...WHAT??!! Abang? eiiii yarkkk!! ah layak pggl pakcik ada hati ngaku abg...kalo isteri dia dgr, menangis kot. Pastu lelaki tu pergi setelah usaha mengorat tak berhasil.
" uncle sape lelaki tu?" soal kami pada tauke kedai.
" laaa.. kamu olang tarak kenal ka? uncle ingat itu majikan u olang....," jawab tauke tu.
" bukan la kami pulak ingat dia kawan uncle jaga kedai ni," balas kami..
" itu olang aaa, bukan sembarangan.. itu chief inspektor tau...selalu dtg pakai eskot...,"cerita tauke tu bersungguh2..
Laaaa....chief inspektor ke macam tu? malangnya malaysia ada chief inspektor yang gatal amat... gatal mcm ni...heeeee......


Lelaki cam pompuan



lepas siri ngeri dgn lelaki miang, ana dan nadia cari kedai makan og Islam.. ana yang lapar. Nadia steady je. Akhirnya jumpa la medan selera...ana pun memilih kedai yang nampak bersih. ada la jugak...tp hati masih berat. taktau nape...ana amik nasi berlauk ikan. ana berjalan ke kaunter bayaran dan pesan fresh oren. di kaunter ada sorang pakcik sedang jaga. setelah buat bayaran ana mula angkat pinggan ke meja. tiba2 ana dgr pakcik tu ckp kat kawan dia yang sedang berdiri.
"relaks la dulu, org solat jumaat pun tak kuar lagi," pakcik yg lagi sorang kembali duduk..
Ana tergamam! hari ni jumaat!! abis pakcik2 ni tak gi solat? siap jaga kedai sambil goyang2 kaki. Ya Allah!...Ana meletakkan pinggan dan memandang sekeliling... patutla ana lupa hari ni jumaat sbb takde beza. di kedai tu ramai lelaki yg sedang mkn...lelaki muslim!
" akak tak sedap hati nak mkn dari kedai org yg tak solat jumaat. Jab akak call mama" ujar ana pd nadia. Ana cepat2 call mama ana..

" Assalamualaikum mama, nak tanya..boleh tak kita mkn kat kedai org yang tak gi solat jumaat," tanya ana.
" tak boleh, bersubahat!," ujar mama.
Allah!!ana da terbayar dah...
" jom la nadia kita pegi," kata ana
" abis tak jamah langsung?" tanya nadia.
" taknak...hati tak sedap," kami terus meninggalkan kedai tu...

Nape la lelaki malaysia yang beragama Islam ni makin nak jadi pompuan...pompuan je takyah solat jumaat, dorg pun sibuk nak ponteng jugak...tak malu langsung...cari rezeki tatkala Allah suruh gi beribadah...jgn ditanya kenapa anak muda ramai yg teruk2 sbb yang tua langsung tak boleh jd teladan dalam beragama...

Lelaki baik

perut ana berkeroncong...ana beli sekotak susu dan roti di kedai runcit sbg ganti. lalu kmi bergerak pulang. Semasa di dalam bas, agak ramai org jadi sy dan nadia terpaksa berdiri. kami berdiri berhampiran gadis2 cina. tiba2 dua org lelaki arab bgn dan meminta kami duduk di tempatnya...Ya Allah ada lelaki yang baik dan gentleman rupanya..tp syg bukan rakyat malaysia yang prihatin begitu. Setelah duduk...ana berfikir, kenapa seramai2 gadis yang berdiri kami yang disuruh duduk? krn dia lelaki muslim...dan kmi muslimah...alhamdulillah....


4 comments:

Anonymous said...

hahaha...gelak guling2 tgk pict monyet tuu..hahaha

kalam_khadeeja said...

seswai ngn pokcik yang gatal...tergamam dgn sikap berani pokcik tu..tak kira depan org...tak tahu malu..kalo org muda menggatal dah biasa tgk, ni org tua...eeeiiiii yark!!

Anonymous said...

logik x kalau nak kata dpt tempat duduk itu rezeki di hari jumaat yg mulia setelah berjuang ke jln Allah iaitu dgn meninggalkann kedai mkn tersebut =D kuasa Allah sapa yg tahu kan

-anta-

kalam_khadeeja said...

ntah la anta, cuma ana rasa terkilan skit sbb tgglkan je tanpa sempat ckp apa2 kat tuan kedai..kira iman plg lemah mengutuk dgn hati je tak gi tegur depan...