Wednesday, October 6, 2010

kenangan sedih PMR....2009


Hari ni hari kedua Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) berjalan...erm, tahun ni ana masih menjadi warden yang menjaga pelajar di 'Asrama Sementara' yang setiap tahun diwujudkan di SERI SEMI ABIM Sg Ramal untuk memberi tumpuan pada pelajar form 3. Tapi apa yang berbeza tahun ni ana cuma jadi warden memandangkan ana bukan lagi cikgu di sekolah tu..cuma menolong bila diperlukan... jadi siang ana bekerja malam ana jadi warden..

Kisah PMR 2009 tiba2 menjelma...satu kisah sedih buat ana...


Suasana di perkarangan sek men Islam ABIM ceria pada petang itu...biarpun masing-masing sedang menghadapi PMR tapi waktu petang tetap diisi dengan riadah.. suara pelajar lelaki bermain bola riuh kedengaran...adakala ketawa, bersorak...ah! budak-budak ni sangat kreatif, jika tiada bola, apa saje yang boleh disepak suma jalan. tak kirala gumpalan kertas2 terbuang, atau tutup botol mineral pun dibuat bola..asalkan boleh disepak..geeee....ana dan pelajar perempuan pulak lebih suka berjalan-jalan sekitar sekolah atau pun main bola jaring...indah suasana tu.

Pada malam tu, masing-masing mula menumpukan perhatian kembali, yelah esok adalah paper Guru kelas/bonda/warden/guru sains mereka yang garang tapi baik hati ni...hihi :) haa senang kata esok paginya paper matapelajaran Science. Malam tu ana bagi tip2 terakhir...masing2 sibuk bertanya soalan.

Keesokan paginya...ana paling kecut kot..pelajar yang nak periksa, ana yang cuak..mcm hari2 sebelumnya ana mengiringi pelajar2 ke dewan. Pengetua, ustaz Nazzil, Ustaz Shairul, Ustaz Awang, ana sendiri...suma bersama2 di luar dewan berkumpul bersama2 dan wakil pelajar membacakan doa sebelum masuk dewan.

Pagi2 paper 1 Science...ana terus menunggu di luar dewan..cg2 lain masing ada kelas, alhamdulillah jadual ana pada ari tu tak byk..boleh la ana terus di depan dewan tu melihat pelajar ana menjawab. sesekali ana ke surau yang berhampiran. Selesai peper 1, pelajar makan tghhari dan bersolat zuhur...masa tu ana menyemak sikit-skit jawapan yang mereka jawab...ada yang beria2 nak tahu adakah jawapan mereka betul atau tak, ada yang buat derkkk je...takut menghadapi kemungkinan.

Selepas rehat, peperiksaan science paper 2 dimulakan..setelah menunaikan solat zuhur ana kembali duduk di kerusi di bawah payung bulat depan dewan...sendirian menemani pelajar2 ana. Ana mula membaca Al-Mathurat dan surah Yassin sambil sesekali menjeling ke dalam dewan. Sedang asyik meneliti ayat2 Allah itu tiba2 handset ana berbunyi, suara abang ana kedengaran. " Mak tak sedar, Asiah tgh cuba kejutkan mak.Kak Long on da way tu nak balik tengok mak," ujar abang.

Emakku mmg dah lama terlantar sakit dan baru seminggu ana datang kembali ke sekolah setelah sebulan menjaga mak di kampung.
'Ya Allah semoga segalanya selamat,' doa ana tak putus...ana memandang ke arah pelajar2 ana yang masih tekun menjawab subjek yang ana ajar...ana menerus kan bacaan yassin untuk ibuku dan pelajar2 ku...
Sebaik sahaja ana selesai membaca doa, abang menelefon lagi.

" Kemas la barang, kita balik. Mak dah takde.." suara abang dalam sebak.
'Innalillahi wa inna ilahi rojiun...' sekejab lutut ana tak bermaya. Terjatuh di tepi meja batu...Ana bangun balik menggapai beg tangan. Ana berlari ke bangunan sekolah..mencari kawan ana untuk meminta menggantikan ana sebagai warden. Airmata ana tahan dari mengalir...Ana kembali ke dewan peperiksaan. Beberapa orang guru sudah mula berkumpul. Ana masih tersenyum pahit menahan sebak. Ucapan takziah dan sabar diucapkan oleh rakan2 guru. Pengetua sekolah, Teacher Ketina menghampiri ana, masa tu ana bagai tak mampu menahan sebak. ana memeluk erat pengetua. Kala itu airmata ana laju mengalir. Petang itu juga ana meninggalkan sekolah, meninggalkan pelajar2 ana yang masih menghadapai PMR.

Sekujur jasad ibu ana terbaring di ruang tamu. Kata kak long, mak disahkan meninggal lepas zuhur masa sedang tidur. Mak meninggal asbabnya paru-paru dan jantung yang gagal berfungsi kerana kandungan air yang masuk ke dalam badan byk. Doktor da pesan mak tak boleh minum air melebihi 950 ml sehari.





Mak dah ikut ayah....tinggal la ana...Ya Allah cucuri la rahmat ke atas ibubapa ku...
menulis ttg ini sahaja, airmata ana mengalir...ana rindu mak, saat2 menjaga mak yang terlantar...ana rindu saat berbual berdua dengan mak, ana rindu saat mak marah2 , ana rindu suma saat dgn mak...










4 comments:

zeyqa said...

teacher... :(

kalam_khadeeja said...

nape zeyqa? kenangan terindah masa PMR kan?

Nasuha Suha said...

teacher, sabar la.. jgn citer mcm ni.. sedih. Allah sayang kn mak teacher. sbb tula dia ambik dulu dr kita..

kalam_khadeeja said...

tecer ok jeh...cuma tulis sbg kenangan...sbb ari tu jaga dak2 ni pmr..so automatik teringat korang dan kenangan kita...