Monday, August 9, 2010

Kita cari yang terindah....

Ramadhan menghampiri…weeeeee…tak sabar nak hadapi imtihan di Universiti Ramadhan Antarabangsa (URA)…dah buat persediaan? Yelah nak peksa ni..kena studi…studi bab Ramadhan supaya peksa kita kali ni cemerlang.

Ana nak kongsi sedikit citer tentang ramadhan…Selama ana mengenali Ramadhan sejak ana kanak2 riang ria, ada 2 kali ana rasakan melalui Ramadhan terindah.

Haaa…yg 1st masa ana bekerja sbg jurujual di Butik Sentuhan Jelita yg terletak depan Sogo…haaa…mesti ramai yg agak kenal dgn butik pakaian muslimah ni kan? ,masa tu tahun 2006. Sebagai jurujual, gaji ana mmg ciput je , jadi kenalah berjimat cermat yang amat..kalo nak tau dlm ramai2 adik beradik ana la paling boros…tp kalo kat tempat keja ana la paling jimat..hua3…Bab mkn mmg ana berkira..hari2 bw bekal. Tapi kalo bab surat khabar takleh la..kena gak beli setiap hari..baru tau perkembangan dunia.
Bila masuk Ramadhan, ana teruskan jimat..berbuka puasa dengan nasi sejuk lebihan sahur dan sekerat ikan goreng dan kicap…haaa…itu la makanan berbuka ana hampir setiap hari sepanjang Ramadhan. Duit xcukup kalo berbelanja byk2. tiket tren saje dah brp...jd xle manjakan perut...Bekerja di butik pd bulan Ramadhan tentunya ramai sgt pelanggan. Ana terpaksa berdiri tanpa duduk sampai lewat malam. Mengigil2 kaki dibuatnya…tp itula puasa paling indah. Sebab ana betul2 berpuasa dari makanan yg sedap2. kalo dulu ana berpuasa, time siang jelah tahan lapar, bila malam makan abis2. lauk berbuka lagi byk dari bilangan org. air saja sampai 2-3 jenis. Ish3!! Belum masuk moreh lagi..ish3! ana ni teruk3!

elakkan mkn banyyookkk camni!

Lepas puasa tahun 2006, ana tercari2 puasa indah. Bila bekerja sebagai guru di ABIM, ana cuba untuk menghayati puasa spt itu lg..tp tak dapat, ada kala ana tewas dengan pujukan hati utk berbuka dgn juadah yang lazat.

Akhirnya, ana dapat merasai kembali keindahan puasa pd thn 2009. buat sekian lama, sejak 10 tahun ana tidak melalui Ramadhan bersama ibu ana. Tapi tahun lepas ana dapat berpuasa sebulan di samping ibu tercinta. Namun ibu yg sangat uzur tak mampu berpuasa. Ana sendirian juga berbuka dan bersahur ditemani ibu yang terbaring di katil. Dan bila sendirian tentunya juadah berbuka ana sgt simple. Itu yg ana inginkan.
Berpuasa sambil menjaga ibu yg terlantar kesakitan meninggalkan kenangan termanis buat ana. Hampir keseluruhan puasa ana bersahur dan berbuka di lantai hospital. Cuma seminggu sebelum raya doktor izinkan mak keluar dr hospital. Erm…kisah mak di hospital ana citer dlm entry lain la…tak mampu nak citer pjg2 kali ni…air terjun dr mata nak kuar lak…huk3..sgt byk kenangan jaga mak di wad…

haaaa..camni kira oklah ni...

Apa2 pun pasal kaitan dengan Ramadhan terindah ni kita sama2 cari yuk! Masing2 punya nilaian apa yg indah mengikut rasa masing2…

Kalo di pihak ana di namakan Ramdahan terindah bila

1. Kita dpt berpada2 dengan makanan. Sebab mmg kita nak hayati saat2 kelaparan. Bukan bermewah2 dgn juadah dr pelbagai bazar Ramadhan. Kalo bleh taknak langsung ke bazar Ramadhan.
2. Dapat menunaikan terawih sebaik mungkin walau sgt sibuk dgn tugas.
3. Dapat Qiamulail walau di mana berada.
4. Dapat tadabbur Al-quran. Menghayati maknanya bukan berlumba2 utk khatam sedangkan tidak mengetahui makna ayat. Biar lambat asal bermanfaat.
5. merasai nikmat Lailatul Qadar
6. Berpuasa seluruhnya...seluruh anggota...
7. rasa sedih dan sayu saat Ramadhan meninggalkan kita (apakah rasa itu ada di hati ini?)

ok itu je dapat fikir takat ni…kalo ada tambahan, kongsi2 la yer…smg Ramadhan ini yang terindah…. Salam ramdhan cemerlang dan indah...

0 comments: