Thursday, November 29, 2012

Makanan Sihat Cara Saya


Hari ini saya nak cerita pasal makanan sihat..bila usia menginjak tua ni, baru nak sedar yg makanan berkhasiat tu penting…selalu dok belajar Rasulullah  saw seorang yg menjaga makan dn cara makan. Sbb tu takde masalah obesiti kalo kita betul2 ikut kaedah Islam ajar.

Saya pun mengooggle la makanan sihat…rupa-rupanya cara pemakanan orang jepun juga menghampiri kaedah Islam. Ada la yg tak Islamnya seperti mkn ikan atau sotong mentah. Yang tu kita takyah ikut.
Yang saya tertarik ialah, Jepun menitik beratkan apa yg dimakan..sbb tu kita tgk orang Jepun kurus-kurus..mereka makan nasi dan lauk2 yg direbus atau dibakar. Dan makan mereka agak tawar. Mereka suka rasa asli lauk tersebut tanpa byk perasa tambahan .Orang jepun ni jugak mmg gila sayur.

Kebanyakan makanan kita pulak bergoreng dan berlemak. Kita terbiasa makan makanan yg cukup rasa pedas+masin+manis…semua nak kena ada.Sebab tu kita bulih tgk beza saiz badan orang Jepun dgn orang Malaysia.

Wanita jepun yg berusia 70 tahun pun masih relaks je panjat gunung…kita ni, umur 30 je da mula menjemput pelbagai penyakit.

cantikkan? tp sy takdelah hias cantik camni..
tak pandai..hias ikut suka je..
Mereka biasanya makan apa yg diingini tetapi dalam kuantiti yg sedikit. Tak mcm kita, kalo belasah mmg tak ingat. . (Rasulullah saw pun tak ajar kita mkn byk)..Orang jepun juga akan menghias cantik makanan mereka supaya bila makan mereka dapat menikmati kecantikan makanan dan secara tak langsung mereka akan mengunyah dgn perlahan utk penghadaman yg baik. Jadi mereka akan cepat kenyang (kan mmg Rasulullah suruh kita kunyah 40 kali..kita tak ikut, tp org jepun lak ikut.)

So, mulai skang, saya mula biasakan makan makanan yg simple dan kurang rasa. Lebihkan sayur bila makan…bawak bekal ke opis dan elakkan makan makanan luar. Pagi tadi sempat masak sup sayur yg simple dan daging grill gaya jepun...mmg simple la..pastu penuhkan lunch box dgn sayur...lalala.
Selamat makan makanan sihat khadeeja! (opss..tak dapat snap gambar lunch box saya sbb hanset sy tade camera..hehe)

Tuesday, October 2, 2012

Hari-hari terakhir di MACIT Content

Ku lalui hari-hari terakhir di department content..pasni aku akan ke MACIT Training pulak...nape? sbb tak larat dah nak tgk pc lama2...so lepas ni jawatan akan bertukar, dari Instructional Designer kepada Training Executive.

Sekarang siapkan sisa2 kerja. Tapi byk sgt kenangan sebagai ID. setakat balik lewat malam, atau tak balik rumah langsung demi menyiapkan Storyboard tu mmg biasa. Telinga pulak kena tebal utk mendengar setiap komen dari client. Ada masa terlalu tak tahan penat dan stress, mengalir jugaklah airmata ni..dan akhirnya aku mohon undur diri..rasanya ku ingin ubati hati..tak berjaya menjadi guru, biarlah aku kerja yang membolehkan aku keluar ke sana-sini..kan?

And one thing that i'm gonna be miss, pasni dah takleh kacau Anis..tade lg org yg suka gaduh ngn dia...aman la skit dia tanpa gangguan dr aku kot..hehe..tggu la jiranku di department baru pulak yg bakal kena kacau ngn aku..ngeh3!..

Thursday, September 27, 2012

Pink Masjid Putrajaya

Siang tadi, aku ke Shah Alam. Teman Fiqah cari tudung untuk majlis perkahwinan dia. Dan aku la yg terlebih excited. Macam masa Iffah kawen, aku jgk yg paling tak sabar tggu majlis. Masa kitaorg jalan2 kat PKNS, aku terjumpa jubah warna 'pink Masjid Putrajaya'.Macam nak terlompat keluar jantung aku. Bukan apa, warna kain, jenis kain, dan potongan jubah tu sama seperti yang pernah aku lakarkan untuk majlis tak jadi aku dulu..ia kosong tanpa sebutir manik pun. Indah sekali...seperti dalam bayanganku..


Warna ni la yg aku dok suka amat tu


Aku belek2 jer jubah tu, kalo ikutkan hati nak jer beli. Tapi gaji pulak blm masuk..Beli je la kan? simpan...senang nak kawen baju dah siap..heheh..berangan la Cik Sufi oii...Tapi jujurnya aku mmg suka sgt warna dan kain jenis tu..Smg Allah mengizinkan aku utk memakainya pada majlis ku nanti..bila..dgn siapa, Allah lebih mengetahui..biar Allah yg tentukan, kerana Dia lebih Mengetahui tentang hambaNya ini...:)

Saturday, September 22, 2012

Terbangnya hatiku bersama terbangnya kamu

Tatau apa yang ku rasa...masa Hanan melangkah masuk meninggalkan kami, aku rasa macam hati ini ikut sama...ahhh....mmg tak dapat nak menangis..terlalu sedih..kehilangan kawan baik. Kawan berjalan, kawan bercerita...kawan menangis...

Aku mmg rapat sgt dgn Hanan..persahabatan kami unik...aku guru, dia pelajar..tapi kami jd sahabat...semua rahsia kami kongsi..dialah penyimpan mohor besar rahsia2 ku...dari sekecik2 perkara hingga sebesar2 perkara kami kongsi...lepas dia pegi...aku rasa mcm blur...blurr sgt...

Lin telefon masa aku di airport..
"you jangan sedih sgt tau," pesan Lin berulang kali.
jangan lah pesan gitu, hampir nangis dibuatnya....

Aku menjadi akrab dgn Hanan. Lepas mak ayah takde..aku mmg byk luang masa dgn Hanan je. 5 tahun nak berjauhan dgn dia..mmg blur la...

Hai ikal, si Arai ini tertinggal dalam mengejar cita2....entah bila Allah akan sampaikan aku ke sana....

"Masa muda masa yang berapi-api' (Haji Rhoma Irama)

Bermimpi la kawan...Tuhan akan memeluk mimpi2 mu....

Wednesday, August 29, 2012

too tired!!

sufi rasa tak larat sgt2!
 malam ni sufi nak angkat bendera putih...
saya terlalu penat la en boss...
dan semangat sy sudah tiada...
sy tak mampu nak kreatif lagi utk design SB ni...







sy penat...penat sgt ya Allah...
penat kerja untuk manusia yg zalim...

Sunday, August 26, 2012

Habibati



"Assalamualaikum ya habibati"
...wahhhh damainya ucapan itu...
selepas membaca msg tu, aku tersenyum senang....
msg dari org yg kusayang dan dia menyayangi ku tentunya...
bagaimana dapat aku rasakan kasih sayangnya?
hampir setiap minggu dia akan call utk berkongsi cerita
minta pandanganku setiapkali punya masalah
memberitakan padaku bila ada khabar gembira
dan dia sgt manja denganku...
kerana apa?
kerana aku umminya..

pelikkan seorang wanita yg blm berkahwin punya anak berusia 16 tahun.
itulah anakku..yang menyayangiku
yang menggelarkan aku ummi sejak 6 tahun lalu
sejak aku mengenalkan diriku sbg gurunya
anakku ini sgt istimewa
akhlaknya penuh halus
dan yang masih tidak ku fahami 
bagaimana diriku yg serba kekurangan ini  
seolah bertapak istimewa di sudut hatinya
setiapkali anakku memuji2 umminya ini
aku jadi malu...malu pada Allah...
kerana Allah yang Maha Baik menampakkan kebaikan ku dan menutup keaibanku

anakku ini sering bertanya
Ummi, sudah ketemu Walid?
lalu aku ketawa
tidak mudah anakku, tidak mudah...
ummi mu ini tidak punya apa2 yg istimewa utk menjadi zaujah sesiapa

skang baru kufaham betapa indahnya menjadi ibu
sekalipun aku tidak pernah melahirkan dia
tp layanannya padaku seolah2 aku ibunya
dan pesananku padanya
"Jadi ulama' utk ummi ye..."
teringin kulihat dia sbg seorang yg faqeh dalam agama bila dia besar nanti.


ni gambar hiasan comelkan kecit2 pakai serban..

indahnya bila digelar ummi...

Terima kasih wahai Allah, 
pinjamkan aku kasih sayang seorang anak
sekalipun aku belum dipilih untuk memiliki kasih seorang suami...



Friday, August 24, 2012

jammed dan keretapi

Alhamdulillah...aku selamat tiba di stesen Kajang pg ni...pening2 jugak kepala ni..tapi bestla jugak naik tren...tido je keja..mmg Allah sediakan satu seat je utkku..maklumlah masa beli tiket cuma satu seat koc tempat tidur je ada kosong...terima kasih ya Allah.

tapi semalam hampir2 aku ketinggalan keretapi..yelah dengan penuh yakin aku ngn kak long mentafsirkan jam 19.06 tu sbg jam 9.06 mlm...pandai sungguh kami mengira sistem 24 jam kan?hik3!! dah la dua2 pernah jd cikgu math..mmg bijak...hehe..ntah cemana aku leh salah kira..

abg kamal dan kak rah masih lg siap2..nak hantar aku..tp sbbkan aku kata tren kol 9 drg lepak2 la dulu..yang aku lak...masa dah siap mandi2 tu aku cuba kira balik..19.00 tu jam brp..aik...bila aku kira kali ni dia jadi jam 7.00 pulak..aku ulangkira lagi...ishhh betullah jam tujuh. Alamak!!skang dah kol 5 ptg..aku ada 2 jam utk sampai ke stesen wakaf baru...nak mati aku ni! aku terjerit2 panggil kak rah dan abg kamal...

"abg kamal, ja salah kira, bukan pukul 9 tp pukul 7...abislahh...." cemas gila masa tu.
Apalagi kami semua mcm lipas kudung...kak rah dan anak2 dia suma kalut angkut brg2 drg...aku pun main belasah je bersiap..bedak?perfume?semua tu lupakan jelah..tak sempat ni..kritikal!!

Jammed!!byk betul jammed..mmg kat kelate terkenal dgn raya jammed...cuak sgt, abg kamal lak ingat2 lupa jln ke stesen, tersalah jln lg...akhirnya...kami sampai di stesen 10 minit sebelum pukul 7...Alhamdulillah....

lepas naik tren, aku terus solat jamak takdim maghrib, isya'..solat je kat katil..nak gi surau mmg jauh nak lintas koc...lepas solat aku main2 laptop dll..pastu tido....wahhh..lama rasanya tido dlm tren ni...asyik2 terjaga, blm pagi2 jugak...tp best la koc ni...privasi la..tutup je tirai, kita dgn dunia kita la...baguslah utk muslimah..nk tido ada tirai..

ok, hari ni dah bleh start wat keja..nak submit isnin ni..sempat ke?blm puas raya dah kena sambung keja....huhuhu..