Tuesday, April 5, 2011

A dan B

Gadis A

  1. kaya
  2. cantik
  3. bijak
  4. baik/beragama
  5. anak yang dijaga dgn baik oleh ibubapa (segala keperluan dipenuhi kewangan, kenderaan, keselamatan)
  6. punya keluarga yg sempurna
  7. jarang merasa susah
  8. selalu dapat miliki apa yg diingini

Gadis B

  1. dari keluarga susah
  2. muka kampung (tak cun sgt la)
  3. bijak la jugak cara dia (takat level dia)
  4. baik/beragama
  5. yatim piatu (berdikari mencari keperluan sendiri, tiada ibu ayah utk mengawasi, utk membantu )
  6. dari kecil membesar dgn kesusahan
  7. jarang memiliki apa yg diingini

soalan

1. Apa hikmahnya Allah terus memberi kesenangan pada gadis A sedang kesusahan berantaian pada gadis B?

2. Jika timbul rasa cemburu pada hati gadis B pada gadis A, cara utk dia hilangkan cemburunya bagaimana?

Saturday, March 19, 2011

pilihan....



Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

dalam perjalan balik dari kuliah Dr Zul pagi td, radio dalam kereta memutarkan lagu Suratan atau Kebetulan...mendengar lirik lagu ni, hati sy terdetik, bukankah dalam Islam adanya istiqarah?

baru saja Dr Zul menyentuh sedikit berkenaan dgn istiqarah, menurut beliau, kita ni terlalu asing dgn istiqarah...jarang sgt lakukan istiqarah, sepatutnya kita kena melazimi istiqarah...jika selalu istiqarah dan baca doa istiqarah yg Rasulullah sarankan, insyaAllah tiada sesalan pada kita setelah sesuatu keputusan diambil. Biarpun keadaan selepas keputusan diambil tidak semanis yg disangka, tapi semua itu lah ujian yang melengkapkan kita sbg hamba Allah.

Istiqarah secara tidak langsung mendidik hati kita utk bersikap redha dan tawakal sesuai dgn doa istiqarah yang menyerahkan keputusan pada pilihan Allah, mengajar kita untuk tidak memilih mengikut rasa suka yang semata2 dari kita.

Doa istiqarah yang indah tinggalan Rasul tercinta







Wednesday, March 2, 2011

Doa Mathurat

Align Center

Ya Allah kurniakan kami

Lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut nama Mu,

Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu,

Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu,

Ya Allah kurniakan kami

Iman yang sempurna,

Hati yang khusyuk,

Ilmu yang berguna,

Ya Allah kurniakan kami

Keyakinan yang benar-benar mantap,

Ya Allah kurniakan kami

Cara hidup yang jitu dan unggul,

Selamat dari segala mara bahaya dan petaka,

Kami mohon kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain

Berikan kami iman yang sebenarnya hingga kami tidak lagi gentar atau mengaharap orang lain selain dari Engkau sendiri.

Kembangkan lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami

Jangan ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri,

Walaupun sekelipmata atau kadar masa yang lebih mudah

Dan perkenankanlah.

Selawat dan restu Allah untuk jujungan kami Muhammad, Nabi yang mulia kepada keluarga baginda dan para sahabat baginda amnya.

Saturday, February 12, 2011

ntahhh....




rasa macam skang ni jarang sgt buat entry. bukan taknak buat...setiapkali nak start menulis je dtg rasa kosong...taktau nape...byk jugak menda nak dikongsikan terutama isi2 kuliyah tapi tu la, mood menulis hilang sejak dua menjak ni...

Puhhhh....!!!rajin laaa...rajin laaa....


entah laa...walau sebanyak mana pun perkara yg ada dalam kepala utk dikongsi, tapi di hati ana skang cuma ada satu ayat




tapi takpe sy nak menjelajah mencari pemadam, nak padam ayat negatif tu...ayat tu tak sepatutnya ada dalam perkongsian ilmu...rugi la ana kalo tak kongsi ilmu yg dapat, sbb ilmu ana takkan bertambah kalo tak kongsi ngn orang....

nanti nak cari pemadam camni boleh?




peksa lambat lg jadi bleh la sy amik pemadam ni, takyah berebut2 ngn budak2 SPM ke PMR ke...hehe...






Monday, February 7, 2011

Ma'a Taufiq wannajah fil imtihan ^_^

hari ni adik ana menduduki exam, semoga dipermudahkan menjawab dengan baik.
cepat la balik, daku merinduimu, ding dong!!


masa nak cari gambar untuk di upload dalam entry ni ana jumpa satu gambar
ni dia






Ma'a taufiq wannajah fil imtihan
dan ayat di bawahnya
" Apakah mereka mengira mereka akan dibiarkanhanya dengan mengatakan kami telah beriman, tapi mereka tidak diuji?"

Sesuatu terlintas di fikiran...
Hidup ini sememangnya ujian
dan kata2
Ma'a taufiq wannajah fil imtihan
boleh juga diucapkan untuk kita yang sedang mengalami ujian hidup

untuk diri ana dan adik ana juga.... ^_^






Saturday, January 29, 2011

Fobia dgn En Singa yang aktif!!

Tadi masa kuar dari surau The Mall, ana , nadia dan hanan nak turun...sekali tgk ada tarian singa di tingkat bawah..baru mula....alamak!!!

" saya takut dgn singa tu," ujar ana kat hanan...dia senyum je...
"betul saya takut," ana mula r
esah.





Nadia ajak kami ke tingkat bawah sbb kawan dia dah lama tunggu...adess...mula2 ana bole lagi jalan..sampai tingkat 2, singa 2 ekor tu ada kat depan...apa lagi...ana macam tak cukup tanah lari...mcm nak terjun eskilator pun ade...nadia dan hanan paggil ana..tapi mmg fokus ana masa tu cari tempat perlindungan dari bertembung dgn singa2 tu (waaahhh cara crita mcm singa betul je kan? padahal singa tipu2 je..ada org dalam tu)...bukan ana taktau ada org..tauuuu....tp dah takot nak wat camne...

pastu nadia dan hanan pulak tunjuk satu butik suruh ana masuk menyorok sbb brgkali drg baru perasan mmg ana takut betul2...kelam kabut ana masuk duduk belakang baju2...aduii...kelakar pon ada bila ingat ana mengigil pegang baju2 tu, sambil airmata mula ngalir...

lepas tu nadia panggil, dia kata dah takde..ana pun kuar laa..bila kitaorg jalan je, bertembung sekali lg kat tangga..apa lagi laju ana lari turun tangga...aaaaa.....sampai bawah ....rasa lemah longlai je lutut..

erm...teruk juga fobia ana kat en singa2 yg suka menari ni kan? ana pun taktau nape takut sgt..yg pasti ana tak suka bila singa tu aktif sgt, terlompat2 mcm nak terkam org, pastu mata besar kedip2..eeee...ngeri!

pernah dulu, masa kat MP melaka..singa2 tu nakal, makin ana lari makin dikejarnya..tu yg sampai skang fobia ngn lion dance...tak suka!!pelik kan? takut menda tipu2 camtu...tp itu lah hakikatnya..hehe...pernah je ana dgr org takut ngn badut, kira ok lah ana takut ngn singa mainan ni...ada geng laa...hehe

Tuesday, January 18, 2011

bersyarat dengan Allah

Malam tadi mengantuk sangat, siap-siap nak tido tiba-tiba irama lagu Yang Terindah berbunyi di handset ana...erm...ada msg masuk...dengan berusaha mengangkat kelopak mata, sebelah je...sebelah lagi sayang nak angkat...biar tido sebelah mata...heheh..msg dr adik ana..

" Cuba merenung sendirian, ternyata kita sentiasa bersyarat dengan Allah.
Kita bagi syarat,hanya waktu tertentu kita taat, hanya orang-orang tertentu kita hormat.
Kita bagi syarat, hanya solat tert
entu waktunya kita tepat.
Kita bagi syarat, hanya ketika susah kita berdoa penuh mengharap.
Seolah-olah Allah hamba dan kita berkuasa.

Cuba fikirkan kalaulah Allah bagi syar
at kepada kita,

Kalau solat khusyuk, baru dapat rezeki,
Kalau bersedekah, ba
ru dapat melihat,
Kalau solat malam tak tinggal, baru kaki dapat berjalan,
Apalah akan jadi pada kita jika ki
ta gagal penuhi syaratNya?

Mata ana yang tadi nak simpan buat tido terus terbuka luas..
ana tekan reply buat adi
k ana dan taipkan LIKE!....
msg yang membuat ana berfikir....
Ana pun selalu begitu, tanpa sedar bersyarat dengan Allah
sedang Allah memberi terlalu banyak tanpa syarat.
Selalu kecewa jika apa yang diidam belum tertunai

sedangkan nikmat yang Allah kasi mac
am mata ke, organ ke,
adakala ana tak jaga dengan baik,

yelah sampai rabun mata pinjaman Allah ni ana gunakan
(kena pakai
spek),
itu pun tak pandai la
gi nak bersyukur.



Cinta Allah


Allah dah bagi macam2,
tapi nak kita nak tunjukkan syukur kita payah sangat
Nak taat pada Allah pun berkira
Sedangkan kita dilahirkan untuk taat padaNya...