Wednesday, March 2, 2011

Doa Mathurat

Align Center

Ya Allah kurniakan kami

Lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut nama Mu,

Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu,

Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu,

Ya Allah kurniakan kami

Iman yang sempurna,

Hati yang khusyuk,

Ilmu yang berguna,

Ya Allah kurniakan kami

Keyakinan yang benar-benar mantap,

Ya Allah kurniakan kami

Cara hidup yang jitu dan unggul,

Selamat dari segala mara bahaya dan petaka,

Kami mohon kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain

Berikan kami iman yang sebenarnya hingga kami tidak lagi gentar atau mengaharap orang lain selain dari Engkau sendiri.

Kembangkan lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami

Jangan ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri,

Walaupun sekelipmata atau kadar masa yang lebih mudah

Dan perkenankanlah.

Selawat dan restu Allah untuk jujungan kami Muhammad, Nabi yang mulia kepada keluarga baginda dan para sahabat baginda amnya.

0 comments: