Sunday, October 31, 2010

Ku mencintai MU sedalam dalamnya....

JIka aku menyembahMU kerana takutkan nerakaMu, maka campak lah aku ke dalam neraka Mu, Jika aku menyembahMU krn syurgaMU, maka campaklah aku dari syurga MU, jika aku menyembahMU semata-mata keranaMU, kerana cintaku padaMU, maka janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajahMu yang abadi.....

Ya Rabbi sudi la pandang diri ini....




Saturday, October 30, 2010

No Love Until Akad




dulu...dah lama dah ana pernah terbaca satu kata2 best

"Sebaik mana pun , sesolehah mana pun dia atau sesiqah mana pun seorang wanita itu
dia bukanlah wanita solehah yang sakinah yang dijanjikan Allah sebagai penyejuk mata dalam Al Quran selagi mana dia mempunyai hubungan tanpa akad dengan lelaki bukan mahram"

kata2 ni buat ana terpaut..indah!
semakin ana tanamkan azam utk tidak menjalinkan hubungan dgn mana2 lelaki
dan ana mula sebarkan pd pelajar2 ana
kempen jauhi couple...couple itu haram!
kami tampal poster di papan kenyataan BADAR



usah gusar menanti
dia pasti datang
sesuai dengan tahap iman di hati...

jadi kalo mahu yang soleh
solehahkan diri
Yakinlah dengan jodoh yang ditetapkan Ilahi
Tak perlu menagih cinta terlarang yang dimurkai

duhai ibu, sabar ye
anak mu ini barangkali belum cukup solehah
makanya si soleh yang dinanti
belum sudi hadir

sabar bu,
anak mu ini mahukan pernikahan yang dimulai dengan berkat
bukan dengan di ngorat2
biar si soleh itu dtg dengan ilmu
cintanya pada Ilahi menawan hatiku
akhlaknya wangi membuah pesona


sabar bu,
mmg cita2 ku membina keluarga muslim bahagia
menyelami indahnya hidup bersyariat
dalam Islam menjadi semakin asing di mata manusia
izinkan kami menjadi gurraba' selagi berhayat

usah gusar menanti
dia pasti datang
utk membawaku pergi
jangan bimbang
datang dia sesuai dengan iman di hati...


p/s: nape entry kali ni jiwang? heheh...sbb ramai yang susah hati lihat ana tak kawin lagi.. lalalala...

Friday, October 29, 2010

MeReKa..!!!

Tengah asyik menabur roti utk si ikan2 yang demok2 tu
Tiba2 datang la mereka berdua
Seiringan menuju ke arah ana dan nadia
"Haaa...dtg pun"...kata nadia

Mereka berdua turut memeriahkan suasana jamuan roti itu
Seronok melihat mereka mencuri roti2 milik ikan2 comel tu
best amat tgk ikan2 tu lompat2
Blussshhh!!!! terpercik air kolam kat kami...terjerit kecil kami dibuatnya...hik3!
Mereka berdua kelihatan sgt bahagia.
Kemana sahaja pasti bersama
Tak lengkap kot kalo sendiri...
Yelah Allah mmg takdirkan setiap makhluk ciptaannya ada pasangan masing2 (ermmm..)
Ahh...cemburu menampar dinding hati
Mesra amat mereka..
Romantik gitu...
Apa yang mereka bualkan tak dpt la nak dgr

Lalu mereka berdua mula meninggalkan kami..
Barangkali tak mahu terus menganggu ikan2 yang sedang terlompat2 menyambut roti dr kami
dan mereka pun pergi..
jangan lupa singgah lagi tau!!
Haaaa nak tau sape mereka?
Yang bisa membuat ana cemburu...mereka adalah....tu kat bawah nii....




ni laaa dua ekor swan yang selalu ada kat Tasik Mines...akrab amat mereka ni..selalu berdua...cemburu tau!!! atau nak yg lebih jelas camni la rupanya...


apalah ana ni dengan swan pun nak cemburu kan? hik3!lalalalala.....

Thursday, October 28, 2010

ikan, kucing, burung


Ari ni ana nak gi tengok ikan lagi.....lalalalala. Gi ngn nadia...sambil tgk ikan sambil citer perancangan masa depan...wacehhh...kita ni mcm2 angan2 kan? nak bina keluarga muslim laa, nak apply kehidupan bersyariat, nak didik anak sendiri la....hihi..mcm2 lak. tapi calon belum gak jumpa lg..takpelah merancang dulu...sambil tu kita tuntut la ilmu...jangan susah dik mungkin pada pandangan Allah bakal zaujan kita tu sedang dipersiapkan Allah dengan ilmu yang baik sebelum dia temui kita...so kita pun kena ambil langkah yang sama, penuhkan ilmu di dada sbb cabaran hidup berumah tangga zaman skang lagi besar.

Nabi kata didiklah anak mengikut zaman mereka. Maknanya kalo anak2 kita canggih2 dgn teknologi, kita takleh buta teknologi, nanti susah nak kawal mereka. erm...eh, dah terlajak citer...ok balik ke pangkal jalan.


Ana ni mmg suka amat dengan ikan. Dulu masa jadi guru kelas 3 Ibnu Bathuttah a.k.a Villa Syahdu, kami create satu tempat kat belakang utk letakkan akuarium kecik...kami bela ikan..Ana nama kan taman kecik tu sebagai " Raudhatul Mahbuddah" iaitu taman kasih syg khas utk ikan kami yg namanya Bobo dan Bubu....pastu bila Bobo dan Bubu mati akibat lompatan jarak jauh ke lantai kelas, terpaksala ana memujuk ketua kelas beli ikan yang baru...hihi. Sian Syuk, penat layan cikgu dia yg suka ikan ni...beli jugak la walau pun dia tak suka bela ikan...alah dorang ni kata je tak suka tp bila ikan ada siap buat dialog lg utk ikan bercakap. Mcm cikgu taktau..hehe.

Kisahnya izati lak bila ikan kesayangan kami mati dia siap gi kuburkan dekat depan kelas..hah? depan kelas ada kubur? tak2!! sebenarnya rahsia ni tak ramai yang tahu...heheh...kat depan kelas tu ada pasu bunga besar amat...pasu kesayangan YTP...kat situ la izati kebumikan jenazah ikan2 kami...mcm2 haiwan singgah ke kelas kami...maklum la kami ni pengasih...acehhh!! kucing nak tgh sarat pregnant pun singgah bermastautin jab kat kelas kami...baiknya student Cikgu Rosliza ni kan siap sediakan kotak dan si cikgu nya ni lak bawakkan makanan kucing..lalalala....pengetua tak marah pun. lalalala..






pastu ada satu hari tu, ana ternampak sekor burung terdampar kat kaki lima bilik guru...alalala...cian, burung tu cedera. nak angkat ana ni penakut sebenarnya. Tiba2 hasif lalu...alhamdulillah. hasif bawak burung tu naik ke kelas..kami rawat burung tu...so kelas kami lengkap...ada manusia, ada ikan, ada burung, ada kucing...hik3!sib baik tak bela beruang ke, singa ke....hehe..

ok...itu citer lama2...skang ana nak siap2. jab lagi rehat ana nak gi dok tepi tasik Mines lagi ngn nadia...bawak kerepek..kongsi ngn ikan..bersembang ttg siapa dia?



p/s: siapa dia pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul (mcm pernah npk ayat ni kat blog mana ek? hik3)

Tuesday, October 26, 2010

hepi :) lalalala




ari ni nak post hepi2...hik3! tak perasan lak ana suka post sedih2...lalalalala, bukan sengaja...tp kebetulan.hik3!



Jika anda sangka ana ni penyedih orangnya...bermakna anda silap...ana ni hepi go lucky, kalo kenal ana ni peramah...hihi...(terpaksa puji diri sendiri). Yelah kalo ada ana kat department ana ni mesti happening je...tak cayer tanya anis, pae, hana, zila dan pokcik! geee...:)



tambahan pulak kitaorg ni tengah melakukan Jama' Gelak...mesti tak pernah dgr kan? Jama' Gelak ni bermaksud menghimpunkan gelak2 akan datang pada satu masa...hehe...nape kami buat begitu? ini adalah krn bermulanya November, rakan2 department kami yg selama ni bermastautin di floor 1 akan dinaik tanggakan utk bersama2 kami di floor 3...jika terjadinya keadaan demikian kami tidak lagi berupaya gelak byk2 setelah ramai kaum adam di floor 3 ini...tambahan pula bos2 pun mesti akan ikut naik (ala-ala ayat karangan)...ohhh itu sgt mendebarkan....jadi sebelum kami suma geng2 ID ni menukar perwatakan kepada workaholic sepenuhnya...kami kena gelakacholic dulu...(bleh pakai ke formula ni? jgn ikut ye kekawan gelak byk sgt tak baik, nanti ilmu tak lekat. kami gelak bila rasa nak senaman muka je..geeee :)



oklah...kami geng2 Instructional Design (amboi nama penuh lak, jarang sebut ni...taim camni je ingat nama pekerjaan masing2...) insyaAllah akan berusaha sedaya upaya menjadi pekerja yang workacholic walaupun kami sedar kami mmg begitu (aiyaakkk perasan lagi...ish!)




takmo gelak2 lagi....(ye ke? hihihi...tgklah camne...) kami bukan ape suka epi2...tanak sedih2...kang kalo tensen sgt, ada gak yang dok nyanyi tepi tasik mines tu (bak citer hana la..hihi)...tak pon tensen sgt+ keja banyok jadi camni....(oh tidakkkk...tak sanggup ana tgk rakan2 ID sekalian jd camni...heeee...)




p/s: entry ari ni adalah kerana mu anis...(waceeehhh)

Sunday, October 24, 2010

kelemahanku...kelebihanMU ya Allah...



Hari ni ana masih di melaka, selesai menguruskan sesuatu semalam...kelmarin dan semalam ana risau sgt. tak putus2 berdoa smg segala berjalan lancar. kita merancang Allah jua merancang. tentunya rancangan Allah lebih indah tanpa kita ketahui. Ditakdirkan tiada satu teman pun yg boleh menemani ana dlm menyelesaikan urusan ana. Dan dalam perjalanan ana tak putus2 berdoa..masa dalam bas, ana mendongak ke langit melalui tingkap...kala ini ana benar2 sedar yg sememangnya ana cuma punya Allah dalam hidup ana. Hanya pelukan Dia yang bisa menenangkan ana, hanya sapaan Dia yang mendamaikan ana.

seperti kata kak ngah ana, ja pandai2 la uruskan diri sendiri...lepas mak dan ayah takde baru ana kenal erti bergantung sepenuhnya pd Allah...masyaAllah...

Ana diuji dgn sesuatu yang ana tau itu kelemahan ana...patut la Allah tidak mengizinkan kawan2 ana menemani ana, rupanya Allah ingin ana hadapi sendiri saat kekalutan itu. mujur la airmata ana tak mengalir..ana pun tak tahu nape kalo terlalu malu, airmata ana yg akan mengalir dulu.

Pernah ana terpaksa menyelesaikan satu masalah pelajar. Masalah yang agak sulit dan perlu dibincangkan dgn ketua biro agama. Apa yang jadi? ana tak mampu nak berkata2 dgn baik...ckp tersekat2, gelisah, pusing sana sini...ana cb utk bincangkan hal pelajar yang ana rasa terlalu sukar utk dikongsi dgn kaum adam..akhirnya krn terlalu menahan rasa malu...airmata ana mengalir...mujurlah ketua biro memahami apa yang ana rasa dan dia memudahkan perbincangan...alhamdulillah...

byk benda yg ana malu dan ada kala ana diusik keluarga sbb sikap ana....insyaAllah ana cb kurangkan sikit rasa itu...cuba berlagak selamba utk hal2 yg selama ni ana rasa sgt sensitif. contohnya ana sedang melatih diri utk makan disuap...dulu ana tak pandai nak suap org apatah lg nak terima bila ada yg ingin meyuapi ana makan
..subhanallah malunyer!! tapi skit2 ana belajar suap2 org...suap sahabat2 ana tanpa mereka pinta...sbb kalo diminta suap mesti ana jd kaku..pelajar pompuan yg rapat ngn ana marah ana sbb ana tak pandai menerima suapan dr mereka...maafkan cikgu sayang...cg masih berlatih...teramat la malu. ana pun taktau nape benda camtu pun nak kena malu...dah org suap, sambut jelah!! senang je...mmglah...tapi...Allah je tahu betapa ana rasa malu diperhatikan masa ana disuap....malu amat...


rosliza seorang yg sedang berusaha menyelambakan diri dalam sesetengah bab....seperti org lain yg boleh selamba....segalanya dalam redha Allah...jika Allah redha ana begini, biar la, jika Allah redha ana berubah insyaAllah ana berubah...ada orang kata insyaAllah ana akan jumpa bakal suami berlainan sifat dgn ana...(tp jgn la tak tahu malu lak sifatnya...bahaya lak..hehe)

Friday, October 15, 2010

Lelaki miang + Lelaki cam pompuan + Lelaki baik


Hari ni ana rasa berkobar-kobar nak citer pasal 3 jenis lelaki yang ana jumpa siang tadi...al kisahnya, masa rehat td ana dan nadia ke sri serdang. Niat asalnya nak beli pin no utk permohonan kpli kat BSN...tapi sampai je kat BSN dah tutup kaunter...rehat kot. So sedikit kecewa ana kuar dari bank terus dapat kan nadia yang tgh tgk2 no celcom kat kedai berhampiran...di sini la ana terjumpa jenis lelaki pertama...

Lelaki Miang...



"kak, cantik la no nih...nak la!," nadia separuh terjerit gembira melihat no yang tidak disangka2 nya. Ish! bukan no ekor...no tepon...ana tersengih sambil melihat no yang ditunjuk nadia.
Tiba-tiba...
"beli la kalo cantik...amik je..nanti sy bayar," seorang lelaki berpangkat pakcik menyampuk...tauke kedai kot muka nak sama je ngn lelaki kat kaunter ni. Ana berkira-kira dalam hati.
nadia akhirnya beli no tu tapi...pakcik tu tak habis2 lagi...
" sy nak no dia," ujar pakcik tu memandang nadia. Eh apehal pakcik ni..gatalnya...belum sempat kami cabut, lelaki tu dtg menhampiri nadia..
"apa dah no td? kata cantik, bak la nak tgk..."
Nadia cepat2 memberi kotak celcom tu kat ana sebelum lelaki tu melihat no telefon.
" akak...takut laaa,"
"biar abg byr," ujar lelaki gatal + miang + ulat bulu tu...WHAT??!! Abang? eiiii yarkkk!! ah layak pggl pakcik ada hati ngaku abg...kalo isteri dia dgr, menangis kot. Pastu lelaki tu pergi setelah usaha mengorat tak berhasil.
" uncle sape lelaki tu?" soal kami pada tauke kedai.
" laaa.. kamu olang tarak kenal ka? uncle ingat itu majikan u olang....," jawab tauke tu.
" bukan la kami pulak ingat dia kawan uncle jaga kedai ni," balas kami..
" itu olang aaa, bukan sembarangan.. itu chief inspektor tau...selalu dtg pakai eskot...,"cerita tauke tu bersungguh2..
Laaaa....chief inspektor ke macam tu? malangnya malaysia ada chief inspektor yang gatal amat... gatal mcm ni...heeeee......


Lelaki cam pompuan



lepas siri ngeri dgn lelaki miang, ana dan nadia cari kedai makan og Islam.. ana yang lapar. Nadia steady je. Akhirnya jumpa la medan selera...ana pun memilih kedai yang nampak bersih. ada la jugak...tp hati masih berat. taktau nape...ana amik nasi berlauk ikan. ana berjalan ke kaunter bayaran dan pesan fresh oren. di kaunter ada sorang pakcik sedang jaga. setelah buat bayaran ana mula angkat pinggan ke meja. tiba2 ana dgr pakcik tu ckp kat kawan dia yang sedang berdiri.
"relaks la dulu, org solat jumaat pun tak kuar lagi," pakcik yg lagi sorang kembali duduk..
Ana tergamam! hari ni jumaat!! abis pakcik2 ni tak gi solat? siap jaga kedai sambil goyang2 kaki. Ya Allah!...Ana meletakkan pinggan dan memandang sekeliling... patutla ana lupa hari ni jumaat sbb takde beza. di kedai tu ramai lelaki yg sedang mkn...lelaki muslim!
" akak tak sedap hati nak mkn dari kedai org yg tak solat jumaat. Jab akak call mama" ujar ana pd nadia. Ana cepat2 call mama ana..

" Assalamualaikum mama, nak tanya..boleh tak kita mkn kat kedai org yang tak gi solat jumaat," tanya ana.
" tak boleh, bersubahat!," ujar mama.
Allah!!ana da terbayar dah...
" jom la nadia kita pegi," kata ana
" abis tak jamah langsung?" tanya nadia.
" taknak...hati tak sedap," kami terus meninggalkan kedai tu...

Nape la lelaki malaysia yang beragama Islam ni makin nak jadi pompuan...pompuan je takyah solat jumaat, dorg pun sibuk nak ponteng jugak...tak malu langsung...cari rezeki tatkala Allah suruh gi beribadah...jgn ditanya kenapa anak muda ramai yg teruk2 sbb yang tua langsung tak boleh jd teladan dalam beragama...

Lelaki baik

perut ana berkeroncong...ana beli sekotak susu dan roti di kedai runcit sbg ganti. lalu kmi bergerak pulang. Semasa di dalam bas, agak ramai org jadi sy dan nadia terpaksa berdiri. kami berdiri berhampiran gadis2 cina. tiba2 dua org lelaki arab bgn dan meminta kami duduk di tempatnya...Ya Allah ada lelaki yang baik dan gentleman rupanya..tp syg bukan rakyat malaysia yang prihatin begitu. Setelah duduk...ana berfikir, kenapa seramai2 gadis yang berdiri kami yang disuruh duduk? krn dia lelaki muslim...dan kmi muslimah...alhamdulillah....