Tuesday, January 10, 2012

Duhai Allah

Apakah daku kini kehilangan hak untuk berbicara tentang Mu duhai Allah?
Aku bukanlah insan yang terpilih...


Kerana cinta, aku kembara
Bagai camar melintas laut
Mencari pohon untuk berteduh

Kerana cinta, aku kembara
Ikut lagu,bisikan hati
Mendamba kasih paling setia

Puisi ini tercipta lantas tak kesampaian
Hajat meronakan gelora rindu ku kepadamu

Ingin sekali aku ungkapi
Isyarat jiwa dengan sempurna
Biar kau mengerti, biar kau sedari
Perasaanku yang memujamu

Jadi rintik-rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu

Tengok diri mu iza-khadeeja

Ambillah Masa UnTuk Memahami HaTi Dan Perasaan Kawan, Kerana Dia Juga Seorang Manusia; Dia Juga Ada Rasa TakuT, Ada Rasa Bimbang, Sedih Dan Kecewa ,Dia Juga Ada Kelemahan Dan Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai KekuaTan. KiTa SeLalu MelihaT Dia KeTawa, TeTapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak SeTabah Yang KiTa Sangka.
 
 aku selalu mengharap orang memahami diri ini, pernahkah diri ini memahami orang lain?
aku selalu mengharap ada sahabat memberi kekuatan saat aku terasa lemah. apakah aku menguatkan orang lain di saat dia lemah?
aku selalu mengharap teman susah dan senang, adakah aku ada bersama di saat temanku susah dan senang?
di saat segalanya tidak seperti yang diharapkan aku sering menunding jari pada orang lain...kenapa aku tidak melihat diriku? EGO? itulah manusia...apakah aku tergolong dalam golongan EGO?
pentingkan diri sendiri, tidak mahu menyelami hati orang, malas menyesakkan kepala dengan masalah teman rapat, yang kita tahu mahu gembira sahaja...tanpa sedar kita telah mendera hati sahabat kita...
Bersyukur..."jika seseorang itu tidak mampu bersyukur dengan yang sedikit dia tidak akan mampu bersyukur dengan yang banyak' kenapa hati ini selalu meminta2?
Bersyukur dengan apa yang dimiliki, insyaAllah akan Allah tambahkan lagi nikmatNya...dan aku mahu menjadi sentiasa bersyukur dengan apa yang kumiliki...
bicara ini sekadar peringatan buat diri, betulkan dirimu khadeeja sebelum perbetulkan orang lain...lengkapkan dirimu khadeeja sebelum tanpa sedar kau mengharap kesempurnaan pada orang lain...setiap masa pandang sahaja dirimu yang penuh kekurangan. HIDUP INI BUKAN UNTUK MEMINTA, TETAPI HIDUP INI UNTUK MEMBERI...

Friday, January 6, 2012

Bagaimana kamu memandang diri kamu?



"Jika kamu merasakan perlu untuk membuat pilihan di antara dua ; orang ini mengatakan mereka dalam kebenaran, dan orang ini juga mengatakan mereka dalam kebenaran, maka lihatlah akhlak mereka. Di mana adanya akhlak yang mulia, di situ adanya agama. Di mana adanya akhlak yang mulia, di situ juga adanya ilmu."
 
 
Bagaimana pula dengan akhlak kita ye?
p/s: terima kasih to kembatolo, entry ni sebenarnya dia yang punya...ana ciplak..tp ia byk manfaat..terima kasih ya..

mimpi

Hari ini ana ingin bercerita..lama berdiam, belog pun bersarang...sejak akhir2 ni ana diasak rasa gementar..otak asyik berfikir sampai adakala ana terlupa benda2 penting, contohnya terlupa bawa tag card datang kerja, terlupa amik kunci rumah, terlupa pakai helmet, terlupa tutup suis iron (owh ana terpaksa buat muka tak bersalah bila housemet ana tanya, akak tak tutup suis iron ye td? haha sgt bahaya!), terlupa bawak masuk helmet dalam umah (akibatnya helmet ana dicuri..sob3!!tau la helmet ana trendy orange tp kalo nak minta laa..huhu)...

jadi ana pun minta laa adik (hosmet ana la tu, namanya Zamiah) cerita lucu2 dan gembira kat ana utk hiburkan hati ana..apa jadik? huh! tak lucu pun dia citer...adesss!!hehehe....

dalam mencari damai di hati, ana merindui Rasulullah...indahnya jika Rasul yang Mulia itu sudi berkunjung dalam mimpi ana lagi...rindunya nak tatap wajah baginda lagi...nak dgr kata-kata hikmah dr mulut baginda...tapi siapalah ana..mata yang berdosa ini manalah layak menatap wajah yang mulia itu...sampai tertido ana menyebut2 nama Rasul tercinta..tapi yang ana dapat ialah mimpi ke bumi Madinah...indahnya...!!ana jejakkan kaki ke bumi barakah itu..indahnya...!!tapi....tiba2.." akak bangun lah, dah pukul berapa ni" huhu..adik ni betullah...kot ye pun nak kejut jgn la taim mimpi gi Madinah..huhuhu...antiklimaks betul laa...

gambar ni sepertinya dalam mimpi ana..hehe

rindu ini entah bagaimana hendak diluahkan padamu ya Rasul...

Thursday, November 24, 2011

Impianku...

Teringat masa ana menjaga arwah emak yang terlantar sakit di Hospital Besar Kota Bharu 3 tahun lalu...sambil memotong-motong epal untuk emak, ana bertanya dengan wajah yang penuh angan-angan :) 
" mak, boleh tak nanti, ja nak duk kat Madinah?, Ja nak dok dekat dengan Rasulullah..."
" Bila mak dah tak ade, pergi la ja, nak dok Madinah pun, lagi mak suka, " jawapan mak membuatkan ana tersenyum meleret...ahhh emak!! mak sahaja yang faham hati anaknya yang seorang ini..


Ana tak tahu bila, bagaimana, semua ini akan berlaku..sebab ana perempuan, mana boleh nak bermusafir sendirian...semua tu impian ana...ana terlalu sangat mencintai Rasulullah..terlalu!! satu2nya lelaki ajnabi yang ana cintai dan kasihi sejak ana kecil...



ana amat merindui bumi Makkah dan bumi Madinah..pernah ana sebut rindunya nak ke sana...ada orang mengatakan
"pernah pergi ke?"
"tak" jawab ana.
"perkataan rindu itu sesuai untuk orang yang pernah pergi je," katanya
OBJECTION!!! nope!! ana tak setuju! rindu itu satu perasaan yang sukar ana luahkan...mmg tak mampu untuk ungkap dengan perkataan sekalipun ana berulang kali menyebut rindu..sesiapa berhak punya rasa rindu kerana bumi Makkah dan Madinah itu sangat istimewa...


Setiap kali mendengar sahabat2 ana mahu menunaikan umrah..bercucuran airmata ana. Hari tu, adik angkat ana berpeluang ke sana...sebaik pulang, adik ana ini bercerita keindahan bumi Makkah dan Madinah..macam2 yang dia cerita..indahnya...kami sama2 menangis bila tiba cerita sedih ttg perang uhud dan sebagainya..Pulang dari bertemu adik angkat ana, rindu ana makin tak tertahan...terlalu rindu...semoga Allah sampaikan ana ke sana. Dan malam itu Allah pujuk hati ana, ana di bawa ke sana walau cuma dalam dunia mimpi...tiba di bumi Madinah dan Makkah...perkenalkan ana dengan bumi Madinah dan melihat indahnya kaabah walau dari kejauhan.....tak mengapalah...pujukan Allah terlalu manis...

Dan sehingga hari ini..kerinduanku pada Rasulku, pada bumi barokah tersangatlah kuat...ana akan terus menunggu saat dipertemukan dengan kekasih yang paling dirindu...



Friday, November 11, 2011

Kemaafan sebuah dendam terlerai


Dan tidaklah sama kesannya dan hukumnya perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan yang ditunjukkan kepadamu dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah sahabat karibmu.
(Surah Fushilaat : 34)
Seorang sahabat yang telah melakukan kesalahan telah mengatakan kepada sahabatnya,

“Aku memohon maaf kepadamu kerana kata-kata itu.”
Sahabatnya seraya berkata,

“Tidak mengapa ya saudaraku, aku memberi maaf apasahaja kesalahanmu, kerana hakikatnya manusia memang memerlukan kemaafan lantaran ketidaksempurnaannya. Tiada sebab untuk aku menahan kemaafan kepadamu.

Maka, sahabat yang tadi berkata pula,

“Terima kasih ya saudaraku, begitu jugalah aku memaafkan segala kesalahanmu terhadapku.”
Mulia Seorang Pemaaf
Rasulullah s.a.w bersabda :

Wahai Uqbah mahukah engkau aku beritahu akhlak bagi penghuni dunia dan penghuni akhirat yang paling mulia? (mereka) ialah ;
  1. Menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskannya
  2. Memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu
  3. Memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayaimu
Begitu indah dan tenangnya tatkala memberi kemaafan. Ketenangan itu akan menyusup masuk ke seluruh urat nadi sehingga ke hati orang yang beriman.  Meskipun, adakalanya, kemaafan sukar dilepaskan kerana luka dihati masih terkesan.   Tetapi ajaibnya, ketenangan akan serta merta hadir sebaik sahaja ucapan ‘‘kamu diberi maaf”.  Itulah hidayah Allah SWT.
Tetapi, janganlah melepaskan maaf dengan bersyarat atau memaafkan kesalahan sesorang ibarat menegakkan besi yang bengkok.  Bukankah apabila menegakkan besi yang bengkok, kesan bengkokan pada besi tetap ada?  Sebaliknya, berilah kemaafan ibarat menukar kain yang kotor kepada kain yang baru.

Can forgive, can’t forget - Istilah paling tepat untuk menghuraikan bidalan menegakkan besi yang bengkok.

Can forgive, let’s forget
– Istilah yang paling sesuai untuk bidalan menggantikan kain yang kotor kepada kain yang baru.

maaf

Adakah kita termasuk dalam golongan yang suka memberi kemaafan? Siapakah yang benar-benar menikmati kemanisan kemaafan tersebut?


Mungkin kita boleh berhenti seketika dan berbincang persoalan-persoalan ini. Mungkin selepas ini kita akan merasainya suatu perkara yang besar walaupun sebelum ini kita merasakannya suatu yang remeh.
Ada seorang sahabat yang Rasulullah SAW tunjukkan sebagai ahli syurga, hingga sahabat-sahabat lain mula sibuk menyelidiki apakah keistimewaan sahabat itu hingga ditunjukkan oleh Baginda Rasul sebagai ahli syurga. Akhirnya diketahui bahawa amalan sahabat itu macam biasa saja berbanding sahabat-sahabat lain. Cuma satu perkara yang telah mengangkatnya sebagai ahli syurga adalah bahawa dia sentiasa memberi kemaafan kepada orang lain. Setiap kali sebelum terlelap mata, dia akan memaafkan semua kesalahan orang lain kepadanya, tak kira siapa.

         Nah... sekarang ini adakah kita masih merasakan persoalan memberi kemaafan ini suatu yang remeh?
Mungkin nampaknya agak mudah untuk kita berikan kemaafan kepada sesiapa saja yang pernah melukakan hati, menyakiti hati dan perasaan kita, atau berlaku kasar kepada kita. Adakah ianya semudah itu? Pernahkah kita dicaci maki oleh seseorang dengan kata-kata yang terlalu kesat sehinggakan kita begitu tersinggung, lalu keesokan harinya kita bertembung dengannya tanpa disengajakan dan kita pun mengukir senyuman yang ikhlas dari hati kita tanpa sedikitpun kepura-puraan? Kalau pernah begitu, saya ingin ucapankan setinggi-tinggi tahniah kerana anda memiliki kekuatan jiwa dan seorang yang gagah atau perkasa jiwanya pada pandangan Allah SWT kerana Rasulullah SAW pernah menggambarkan orang yang gagah itu adalah orang yang boleh menahan kemarahannya ketika dia marah.

Jadi untuk memberi kemaafan sebenarnya memerlukan kekuatan; kekuatan iman dan kekuatan jiwa. Kekuatan iman kerana hanya apabila kita benar-benar yakin dengan apa yang akan Allah berikan baru kita sanggup lepaskan apa yang kita ada. Hanya apabila kita benar-benar yakin dengan janji-janji Allah, barulah kita memaaafkan orang lain. Kita perlukan kekuatan jiwa kerana hanya seseorang yang kuat jiwanya serta berjiwa besar akan memandang yang kecil itu kecil dan menghargai sesuatu yang besar. Sememangnya memberi kemaafan mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah SWT dalan banyak ayat-ayat Al Quran dan hadith Rasulullah SAW.

Mungkin kita hanya nampak janji-janji Allah di akhirat nanti. Bagaimana pula semasa kita masih hidup, apa yang akan kita dapat dari kemaafan yang kita berikan itu?
Sebenarnya hasil dari kajian pakar-pakar psikologi, sebahagian besar daripada masyarakat hari ini menghadapi tekanan jiwa yang begitu tinggi. Hinggakan daripada kajian tersebut mendapati ramai yang berumur antara awal 30an hingga penghujung 50an mengalami penyakit-penyakit yang berkaitan tekanan jiwa dan perasaan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Satu hakikat yang mungkin menyebabkan timbulnya masalah hari ini adalah kerana manusia membesar tanpa kasih sayang dan jiwa kemanusiaan. Dalam suasana hari ini memang banyak perkara yang boleh menyebabkan kita marah dan terasa hati. Saya dapat melihat, terutamanya di kalangan remaja hari ini yang kekosongan jiwa kemasyarakatan; para staf membanting tulang bekerja namun tiada rakan yang hargai; kerana manusia lain hanya pentingkan hajat-hajat mereka dan apa yang mereka cari, nilai kebersamaan tidak terbina, nilai individualistik menjadi ikutan.