Tuesday, August 23, 2011

Pelajar yang kuhormati

Salahkah guru menghormati pelajar? terbalik pula kan? hehe...saling hormat menghormati...ingin ana kisahkan ialah tentang bagaimana ana mengagumi seorang pelajar ana...melihat peribadinya membuatkan ana tanya-tanya siapakah ibunya...erm...begitu kuat ye pengaruh didikan ibubapa...seperti kata orang arab
" Tidak perlu kau ceritakan siapa anak kamu, melihat dirimu aku sudah mengetahui siapa anak kamu "..
banyak perkara yang buat ana kagum dengan dia..cuma takleh la citer semua..3 tahun mengajar dia tak muat la page ni...jadi ringkaskan mana yang ana penting untuk fokus kali ini.
Kali ni fokus pd pemakanan. Cerita ni semuanya beberapa tahun yang lepas semasa ana bergelar guru..

Insiden 1
satu petang sambil melihat pelajar2 sekolah rendah berebut2 membeli di koperasi sekolah, pelajar yang berusia 15 tahun ini menyoal ana...
"cikgu tahu kah yang semua aiskrim kat Malaysia ni non muslim yang buat?"

"iye kah? maknanya tidak halal?"
"Itulah halal haramnya tidak diketahui secara sahih...sebaiknya tinggalkan saja" ujarnya selamba.

ohhh....ana memang penggemar aiskrim. Barangkali dia selalu nampak ana menikmati aiskrim petang2 di bangku panjang sementara kelas tuisyen bermula.
"Hati-hatilah memilih makanan dan minuman. Banyak yang syubhah dan memudaharatkan. Contohnya Milo," tambahnya lagi
"Haaa? Milo pun? saya ni dari dulu minum Milo je, abis nak minum apa lagi?"soalku dengan nada susah hati.
"Cikgu...bukan main banyak lagi minuman halal dan baik yang Allah sediakan kat bumi ni, cikgu boleh kata takde..,"sambungnya sambil tersenyum.
Gulppp!!!Ayat menusuk jiwa!Terkena sebiji ke mukaku...

Mulai saat itu aku mula memikirkan perihal syubhah dalam makanan..jika sebelum ini asal ada tanda halal kat paket makanan semua ok...ohh tidakk!!Jahilnya aku..


Insiden 2
Ana menemani sahabat ana Ustazah Aini ke kantin untuk menyerahkan report kad kepada ibu pelajar ana tersebut. Ibunya tidak dapat menghadiri Hari Muzakarah tempoh hari. Ana tak melepaskan peluang bersua muka dgn orang yang ingin ana kenali.

Melihat ada markah yang kurang memuaskan hati, ibunya bertanya pada pelajar tersebut di hadapan kami
" adik makan apa kat sekolah? Ada beli apa-apa yang tak baik ke kat koperasi?"soal ibunya tegas.
"Banyak makanan kat koperasi. Biasanya adik beli kerepek," jujur dia menjawab.
"Adik tau kan Saidina Umar, kalo di hidangkan 10 jenis makanan halal di hadapan dia, dia cuma pilih satu yang paling baik,"bicara ibunya membuatkan ana sedikit sebanyak mendapat gambaran bagaimana didikan yang diterima pelajarku ini di rumah.


Insiden 3
Ana melangkah masuk ke rumah yang penuh sederhana itu..dan menghulurkan sedikit kek coklat yang ana beli di gerai jiran ana. Hari ini ana mula join usrah dgn ibu pelajar ana.
"Maaf tanya, cikgu beli kat mana kek ni?"
"Saya beli kat gerai depan rumah saya, nape ye?"

"Bukan apa, kami selalunya hati-hati membeli kek atau makanan kat luar, tengok siapa yang jual, akhlaknya, bahan yang diguna" Ibunya menerangkan.
Ana me
ngangguk-angguk..Betapa dia amat berhati-hati dengan setiap suap makanan yang bakal masuk ke mulutnya dan anak2...
kini ana faham makanan mempengaruhi akhlak.
Dan bemula saat ana menanam tekad menjaga sebaik mungkin urusan pemakanan...tidak mengapalah sukar sedikit, tampak leceh...jika bersabar atas ketiadaan demi menjaga agama Allah, insyaAllah akan diganti dengan yg lebih baik.. langkah pertama ialah mencari ilmu...ilmu tentang pemakanan...dan sehingga kini ana masih mencari ilmu tentang pemakanan..



Sabda Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam-; "Sesiapa menjaga dirinya dari melakukan perkara yang syubhah (yang samar antara halal atau haram), sesungguhnya ia telah menyelamatkan agama dan kehormatan dirinya. Sesiapa melakukan yang syubhah, dibimbangi ia akan terjatuh ke dalam yang haram"
(HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari an-Nu’man bin Basyir –radhiyallahu ‘anhu-).

dulu ana tahu hadis ni tapi tak beramal dengannya...ish3!!!suka ambil mudah....
okay la dah pjg sgt rasanya...nanti sambung lg bab pemakanan ni...tataaa.wassalam..


Friday, August 19, 2011

Kafan buat ku...


kafanku sudah siap ditenun lalu bagaimana daku punya masa untuk bergelak tawa terpaut dengan pesona dunia?
Jika ditanyakan orang2 soleh mengapa mereka tidak berhibur?

Maka mereka menjawab
Bagaimana kami hendak berhibur jika
mati dibelakang kami,
kubur dihadapan kami,
Neraka memburu kami
&
Allah pemerhati kami



Tuesday, August 16, 2011

Mengapa bukan saya?




14 Ogos 2011/14 Ramadhan 1432

Sufi menangis tersedu-sedu apabila impiannya selama ini direalisasikan Allah tapi bukan pada dirinya tapi pada orang lain...
Mengapa bukan saya?
jerit hati Sufi...
bingung dia mencari jawapan bahasa milik Ilahi yang sukar difahami olehnya seorang hamba yang terbatas akalnya...


15 Ogos 2011/15 Ramadhan 1432

Dalam indah dhuha, mengigil tubuhnya menahan takut...
bimbang jika di akhirat nanti Allah tidak sudi memandangnya...
Apakah kerana Allah tidak memandangnya lalu doanya tidak makbul?
dahsyatnya jika Allah tidak memandangnya di dunia dan
lagi dahsyat jika Allah tidak memandangnya di akhirat.

Oh Tuhan!!...

Setelah itu Sufi terbaca satu artikel berkenaan doa yang paling afdhal di bulan Ramadhan. Rasulullah SAW tercinta berpesan doalah mohon keampunan.




Sedangkan Sufi tau dia sibuk meminta yang lain...
Keampunan itu yang perlu...
sedangkan Aisyah yang telah dijamin syurga pun diajar utk berdoa dengan doa ini...
apatah lagi Sufi yang penuh dosa...
baru Sufi faham,
bagaimana doa nak makbul jika dosa belum terampun,
bagaimana doa akan makbul jika hati penuh lumpur...

Ampunkan Sufi ya Allah kerana seolah2 mendesak ditunaikan hasrat hati...


16 Ogos 2011/16 Ramadhan 1432

Selesai bersiap-siap untuk ke ofis pagi tu, Sufi melabuhkan punggung di sisi ibunya yang asyik membelek Quran dan tafsirnya...
Ibu mengambil peluang test kefahaman tajwid Sufi...
oh!!ada beberapa tempat yang Sufi terlupa...
ibu kata jangan biar kita khatam dengan bacaan yang salah..tambahan lagi dalam Ramadhan ni, semua berlumba2 nak khatamkan Quran.


Pastu ibu tanya Sufi apa yang Ibnu Attailah Assakandari maksudkan dengan " Janganlah memohon apa yang kamu mahu tapi mohon apa yang telah ditetapkan untukmu"


Sufi terdiam...
nak jawab tapi tidak pandai pula rasanya nak menyusun ayat...


Akhirnya ibunya menjawab bagi pihak Sufi , maknanya...
tak perlu minta dengan Allah apa yang tidak ditetapkan untuk kita...
contohnya...
Allah dah tetapkan kita solat, maka doalah kita dapat solat dengan sempurna,
Allah dah tetapkan kita kerjaya ni, doalah kita jadi pekerja yang ikhlas yang rajin..
bukan kita doa nak kerja lain pulak...

opsssssssss!!! Sufi garu tempat tak gatal nampaknya...
faham sekarang...
semua tu berkaitan dengan konsep syukur...
bila kita merasa cukup dengan apa yang ada bukankah itu namanya syukur...
bila syukur Allah akan tambahkan lagi nikmat yang kita tak duga...
bukannya macam Sufi buat sekarang meminta terus apa yang diimpikan selagi tak dapat...
itu namanya tamak...
tamak itulah yang akan merosakkan agama...

Jawapan pada persoalan mengapa bukan saya sudah dijumpai....


Syukur-Redha-Ikhlas-Tawakal, Itulah bicara Allah pada seorang Sufi...

17 Ogos 2011/17 Ramadhan 1432

Semoga segala selamat...selamat tinggal...

Wednesday, July 13, 2011

patuk ayam dan teliti di cermin



solat bukan main laju...ekspress bkn main mcm Rangkaian Keretapi Laju Taiwan...
zup zap zup zap siappp!!
solat laju macam ayam patuk padi tanpa menghiraukan tamakninahnya...
bacaan bukan main laju...




tapi selesai solat..
bleh plak dok mekap2..
teliti satu persatu..
dah siap mekap wajah,
pakai lak tudung..
belit cantik2...
hurmm...
waktu depan cermin lebih lama dari depan Allah..
erkkk!!


ingat,
Solat yg tidak sempurna akan dilempar semula ke muka kita seperti kain buruk.

Thursday, July 7, 2011

keldai ikut-ikut


sama tak mereka? sbb mereka kembar seiras...hehe

dua ekor keldai yang comel sedang berjalan dengan bersusah payah di tengah-tengah padang pasir yang panas terik.

keldai A di hadapan bawak kantung barang berisi garam. keldai B di belakang bawak kantung barang berisi buku
.

dalam kedahagaan dan kepanasan mereka melintasi oasis..apalagi keldai A tu terus mendapatkan air utk menghilangkan dahaga..bila merasakan air itu sangat nyaman keldai A terus melompat masuk ke dalam oasis bersama kantung garamnya...keldai B pada mulanya ingin meneruskan perjalanan tanpa singgah ke oasis tu. dia jalan je sambil tengok keldai A berendam...bila keldai A bangun abis semua garamnya telah hancur..tinggallah kantung kosong yang ringan...

melihat kejadian tersebut keldai B terus brek emergency dan gostan ke belakang dan terus terjun ke dalam oasis...namum sangkaannya mendapat kantung yang kosong tidak kesampaian...malahan semakin berat bebannya setelah buku2 di dalam kantung tersebut basah....ohhh sungguh kasihan!!

itulah jangan main ikut je apa orang buat kalau tiada ilmu..sangat lah bahaya...

Tuesday, July 5, 2011

Redha dan Qanaah


Anak: Mama, masa mama berhenti keja dulu, gaji baba berapa?

Mama: Masa tu gaji baba seribu lebih dan kami ada 4 orang anak dan hidup di kota metropolitan, cukup je..alhamdulillah..

Anak : Wahhh…camane mama yakin cukup?

Mama: Kalau kita redha dengan keadaan itu, maka Allah akan cukupkan…yakin pada Allah..kalau berkaitan dengan rezeki makan-minum ni..mama tak pernah risau. Sebab setiap kita dah ditetapkan ada rezeki masing-masing. Dan Allah takkan membiarkan hambanya mati kebuluran.

Anak: tapi tu 10 tahun dulu, kos hidup tak tinggi lagi.

Mama: Sebab tu mama kata, kuncinya REDHA dan QANAAH…bila kita redha dan yakin dgn rezeki yang Allah aturkan, maka akan datanglah rezeki tu dari jalan yang kita tak sangka2. Dan Qanaah iaitu merasa cukup dengan apa yang ada. Memang tak mudah utk redha, semuanya perlu ada ilmu. Dengan ilmu kita akan belajar untuk tundukkan hati..supaya tidak tertawan dengan pesona dunia..

Anak: tak susahkah hidup dengan tersekat-sekat untuk memiliki sesuatu?

Mama: Bersabar atas ketiadaan itu insyaAllah akan diganti dengan lebih baik suatu masa nanti..Dulu mama bersabar atas ketiadaan…itu yang dituntut, lalu Allah ganti dengan kesenangan sekarang…Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusanya baik, apabila mendapat nikmat kesenengan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.

Sabar adalah sifat mahmudah yang amat penting dalam kehidupan manusia. Sabar membawa kepada kebahagian, sabar akan membawa kepada ketenangan dan sabar membawa redha Allah s.w.t. Apabila seseorang mencapai redha Allah s.w.t maka itulah hakikat kebahagian yang hakiki.

Anak: Lalu mama tak rasa cemburu kah dengan orang lain? Yang punya kehidupan lebih sempurna?senang..mahu dapatkan apa pun tak menjadi masalah…

Mama: itukah tujuan hidup kita di dunia? Merasa senang sepanjang masa dan takutkan derita? Sedangkan harta itulah yang sebenarnya menjadi beban buat kita…kamu tahukan, mama selalu katakan bahawa hati-hati dengan hartamu, setiap sen yang kamu beli, yang kamu belanjakan semua tu akan disoal..maka berbahagia la menjadi orang yang tidak berharta…Abdul Rahman bin Auf, sahabat nabi…menjadi orang terakhir dari kalangan sahabat yang dapat masuk ke syurga krn terlalu byk hartanya yang perlu dihisab.

Lagipun anakku, Rasulullah pernah berdoa ingin dibangkitkan bersama orang2 yang miskin..lalu kenapa kamu berduka cita menjadi golongan yang dicintai Rasulullah? Rumah rasulullah apakah semewah rumah kita? Baginda tu pemimpin umat..kalo mahu boleh sahaja baginda bermewah..Banyak contoh yang dapat kita contohi dalam hidup berzuhud…imam syafie tu, pernah membawa pulang harta yg dihadiahkan kepadanya tapi dimarahi ibunya…cukuplah duit untuk sara diri buat mereka berdua bukan harta yang dicari...

Rabiatul al-adawiyah…makannya Cuma roti dan air…kerana apa? Jika dia mahu kekayaan bukankah dia boleh berdoa minta kekayaan? Doa seorang wali dimakbulkan..tapi apa yang dia doa?

“Ya Allah, palingkan lah daku dari segala bentuk keindahan dunia”

Anak: airmataku tak mampu dibendung lagi mama, kenapa di hatiku masih punya keinginan kuat pada duniawi…

Mama: seusiamu dulu, mama cuma punya 2 helai jubah dan tudung labuh untuk dipakai setiap hari. Satu dibasuh dan pakai satu…tapi itu sedikit pun tidak mendukacitakan mama…ayuhlah anakku…jangan jadikan dunia tujuan hidup mu…

Anak: lalu mama, tidakkah kita berpeluang membantu orang yang susah? Bukankah jika kita senang kita dapat mencari pahala untuk bersedekah?

Mama: sayang, siapa kata tidak mampu..semuanya dengan izin Allah..bukankah mama kata tadi, redha dan ikhlas…Allah akan cukupkan…masa dengan gaji baba seribu lebih tu pun, mama mampu menabung, bagi pada atuk, dan ada peruntukan khas untuk bersedekah.

Dan ingat, belum tentu kalau kamu senang, kamu membuat peruntukan untuk bersedekah…susah atau senang bukan alasan untuk kita tidak dapat berbuat kebajikan..segalanya atas izin Allah dan cara kamu mengatur perbelanjaan mu…usah dambakan seperti orang lain miliki…kerana belum tentu cara hidup yang kamu dambakan itu Allah redhai..bersyukur dengan apa yang dimiliki, insyaAllah Allah akan tambahkan lagi nikmat padamu..

Anak: baik mama…akak akan cuba..

Mama: Rezeki makan, pakai usah la dirisau..itu mmg Allah dah janjikan…yang Allah tak janjikan ialah syurga dan neraka…jadi itu yang patut dirisaukan..rezeki iman, rezeki taqwa, rezeki ilmu dan amal, rezeki untuk sentiasa taat padaNya…itu yang perlu kamu bimbangi…ye sayang…doakan itu.

Mama ceritakan semua ini kerana kasihku…positiflah dengan kehidupanmu…bersangka baik dengan Allah dalam segala hal…kerana Allah berada dalam sangkaan hambaNya…

Anak: terima kasih mama..

Monday, June 13, 2011

nak pilih

sepatutnya ana kena berusaha gigih siapkan content script untuk MARA...esok kena submit, tapi bila asik pandang nombor2..mata ni naik berpinar lak..



seksa jugak nak siapkan content script untuk addmaths ni..

weekend ni ada review dgn pihak MARA...
hah?weekend?
alaaaa...

ana tak tahu kenapa sekarang ni setiap pagi nak gi keja ana lalui dengan tensen...
kalo dulu tak sabar2 nak gi keja
ana sekarang tgh pikir nak apply keja baru laa
SR....sape tau apa tu SR?
hehehe...rahsia...





ok...skang macam ni, mana yang lebih memberi manfaat?
bekerja keras di pejabat?

atau

bekerja keras di rumah sendiri?

Buat pilihan yang tepat...hehehe..
merepek je ari ni...sbb kepala pusing...
okey sambung keja balik
graph tak lukis lagi, ayat tak betulkan lagi,soklan tak tambah lg...alohaaa...



p/s: sebenarnya ana nak pilih yg no 2 tu...hehehe cuma blm jumpa majikan yang sesuai