Wednesday, April 18, 2012

7 Petala Cinta

Malam tadi ana dan housemate menonton 7 Petala Cinta. Hati terpanggil untuk menonton setelah mendengar rungutan dari kawan2 dan juga pelajar2 ana tentang filem ni. Sebetulnya jujur dari hati melihat poster iklan filem ini saja ana dipagut rasa sedih..kenapa? Hijab muslimatnya....kenapa berpurdah tapi tudung tidak melepasi dada?

Setelah ana mula menonton cerita ini..terpana seketika dengan beberapa adegan dlm filem ni yang tidak terjangka di fikiranku, sedih sekali...bila pembikin filem tidak betul2 menitik beratkan Islam...bermacam-macam kesilapan ditemui. Mungkin pada pembikin filem mereka merasakan hal ini remeh, tapi pesanan ana..jika sayangkan Islam, peliharalah ia dan jgn menghalalkan sesuatu yang haram.Jika tidak tahu, bertanyalah pada ahlinya..tentang purdah, tentang pergaulan lelaki dan perempuan, tentang majlis pertunangan...nak buat sesuatu biarlah dengan ilmu, supaya kita tidak mendatangkan fitnah atas perbuatan kita.

Jika ingin mengetengahkan cinta Islamik, ketahui bukan itu cara bercinta sebenar.Dalam Islam cinta antara lelaki dan perempuan itu hanya setelah akad. NO LOVE UNTIL AKAD..tiada bicara cinta sebelum nikah supaya manis bercinta itu dapat dikecapi sepenuhnya setelah akad.

Ana listkan sedikit apa yg boleh dibaiki di masa akan datang..

  1. Lengan dan kaki itu juga aurat bagi wanita, tutuplah ia dengan baju berlengan panjang dan stoking.
  2. Jika berpurdah, tutuplah sebaik2nya wajah dan menampakkan mata sahaja. Sempurnakan tudung melepasi dada. Selalunya muslimat berpurdah tidak memilih warna pakaian yang terang benderang. Malu itu sifat mukminah, malu utk menarik perhatian hatta melalui warna pakaian yang terang.
  3. Majlis pertunangan dalam Islam tidak digalakkan utk dihebahkan. Paluan rebana dimainkan di majlis perkahwinan bukan pertunangan.
  4. Pergaulan antara pasangan bertunang. Tak perlu ada dating2. Tidak perlu mesra2 begitu..
  5. "Assalamualaikum, cinta," "Waalaikummussalam, rindu". Bicara cinta yang membuai rasa ini jika dilantunkan sebelum nikah ia mengundang dosa, tapi jika dilantunkan oleh pasangan suami isteri ia mengundang pahala. Berbezakan? ucapan yang sama dan situasi berbeza.
  6. Janganlah ada adengan sentuh2 atau pegang2 jika bukan mahram sekalipun berlakon sebagai ayah dan anak, adik dan abang kerana hakikatnya di luar atau di dalam filem hukum Allah tetap sama. Haram tetap haram, Halal tetap halal.

Ana bukan mencari kesilapan dlm filem ini, cuma ingin sama2 perbaiki. Jika kita dapat menghasilkan filem Islamik yang sebenar2nya tentu indah kan?. Setakat ini, filem Islamik yang ana kagumi adalah KETIKA CINTA BERTASBIH. tiada sentuhan antara pelakon lelaki dan wanita. Dan bicara @ dialognya byk memberi nasihat.Siapa kata jika tiada adengan sentuh2 lakonan tak nampak real? Timbanglah perbuatan dengan iman...bukan dgn kehendak hati. 


p/s: Maafkan salah silap bicara ana...

0 comments: