Thursday, October 20, 2011

minimumkan pengambilan makanan luar...


Oh duhai diriku, 
Beringatlah jangan pernah benarkan makanan yang syubhah singgah di perutmu.
Jangan biar yang syubhah mengalir di segenap salur darahmu.
Belajarlah bertegas dengan dirimu dalam perihal makanan..
Jangan ikut-ikutan...
Tapi berpegang dengan Al-Quran dan hadis, insyaAllah lebih teguh jati diri. 
Usah terpengaruh dengan manusia.

kenapa kita perlu sangat warak dalam soal pemakanan?
makanan akan memberi kesan pada
  • iman
  • akhlak
  • otak
  • organ
Ambil sahaja kisah terdahulu, 
  • bagaimana tegasnya ibu Imam Syafie menjaga pemakanan anaknya.
  • bagaimana Abu Bakar memuntahkan kembali susu yang diminumnya dr bila mengetahui ia dari duit zakat.
  • bagaimana Umar Al Khattab memilih gadis yang warak dalam menjaga halal haram sebagai menantunya dan dari situ akhirnya lahirlah warisannya yang hebat iaitu Umar Abdul Aziz.
  • bagaimana Umar Abdul Aziz merampas epal dari mulut anaknya kerana ia datang dr wang baitulmal.
Namun tak dinafikan dalam keadaan negara maju ni, pelbagai jenis makanan yang ada..kalau dulu mungkin tiada junk food, fast food semua tu..tapi sekarang semua tu lah yang menjadikan kita perlu lebih mujahadah dalam menjaga makanan...



Langkah2 nak jaga pemakanan

  1. Berdoa bersungguh-sungguh semoga Allah menjaga kita dari makanan yang tidak diredhai.
  2. Cari ilmu tentang pemakanan.
  3. Pilih bahan mentah di kedai Muslim 
  4. Baca label kandungan bahan
  5. Ambil tahu siapa pembuat bahan makanan, bahan apa yang diletakkan, cara proses.
  6. Masaklah di rumah dengan bahan yang diyakini
  7. Kalau nak makan kat luar pun, pilihlah restoran yang kita tahu dan yakin akhlak pemiliknya
  8. Letak tangan kat hati, dan rasa kalau rasa tak sedap hati usahlah makan makanan tu.(yang ana selalu buat kalo pilih makanan kat luar)
  9. Jangan jadikan nafsu makan sebagai keutamaan, jadikan redha Allah sebagai pencarian

Sukarkah? ada orang akan kata, abis tu semua tak boleh apa yang boleh?
Jadi, makan sahaja apa yang boleh kenapa mahu makan apa yang tak boleh?

Ana juga masih belajar untuk semua ni..jom sama-sama yukk!!  ^_^
p/s: tengah berusaha siapkan journal makanan yang halal dan haram..journal ni penting untuk masa depan..buat rujukan anak-anak ana nanti...^_^ (yolah tu...berangan2 journal tak siap2..ish3!)




0 comments: