Friday, July 2, 2010

Rumah Terindah..

Tersenyum manis tuan rumah menyambut saya di muka pintu. lalu mempersilakan saya masuk. Tatkala kaki saya melangkah masuk ke rumah teres dua tingkat itu, hati ini bagai disapa satu angin damai..Subhanallah! indahnya rumah ni. Selama saya hidup 25 tahun, inilah pertama kali saya melihat rumah yg begini. Hiasannya mengagumkan.

Apa yang dihias? di segenap ruang dinding dan sudut rumah dihiasi rak buku. Buku-buku yang sangat banyak itu kemas tersusun. Nampaknya orang di dalam rumah ini memuliakan ilmu. Saya dijemput duduk. Bukan sofa mewah seperti biasa saya lihat tapi cuma set kerusi kayu jenis lama. Juga kemas di letak berhampiran pintu masuk. Tiada satu permaidani ni pun di rumah ini. Lantainya di alas tikar buluh membuatkan rumah itu kelihatan bersih tersusun. di satu sudut pula terdapat meja mkn kayu.

Dan mataku juga tidak menemui sebarang hiasan yg biasa ada di almari kaca dan tiada bunga2 berpasu pun. Televisyen juga tiada di ruang tamu. membuatkan ia terasa damai tanpa bunyi bising. Rupanya televisyen di letakkan di bilik. supaya senang mengawasi waktu menonton anak2.

Bagai tak percaya kerana rumah ini pemiliknya bukanlah org biasa. Pemiliknya seorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan. Dengan pendapatannya dia sangat mampu menghiasi rumahnya dengan perabot-perabot mahal dan mememiliki kereta mewah. Namun kereta yang dipakainya cuma kereta nasional biasa. Adakah tuan rumah ini kedekut orangnya? tidak! tidak sama sekali malah sy juga belum pernah jumpa orang yang begitu pemurah seperti pasangan ini.

Rupanya pasangan sehati sejiwa ini punya prinsip. kedekut untuk diri sendiri, tapi pemurah dengan orang lain. apa maknanya? biar berkira-kira bila berbelanja untuk kepentingan diri, disekat-sekat. Tapi bila untuk orang lain apa lagi org susah, mereka sangat pemurah. Duit mereka sentiasa ada untuk membantu orang lain. Apabila ditanya kenapa rumah ini dihiasi sgt sederhana? kata mereka Rasulullah dulu rumahnya tidak pernah mewah. Itu pemimpin umat.
Kita ni sape je. Apalagi kalo memikirkan orang2 yang tak mampu, nak beli baju baru pun kami rasa terbantut. Orang lain susah, kami bermewah2. tak patut. Itula sedikit luahan mereka.

Betul la, jika dilihat sekarang , kita diajak mengikut sunnah Rasulullah. Namun jika dilihat rumah kita, dihias bagai istana. Selalu saya menghadiri majlis ilmu, orang yang dari bidang agama, yang bercakap soal agama pun kdg2 sgt mewah rumahnya.
Abdul Rahman bin Auf, sahabat nabi yang sangat kaya yang umpama bila diangkat batu, ada emas itu pun tidak pernah menikmati hartanya. semuanya disedekahkan. ulama-ulama dahulu, tokoh2 Islam takde yang bermewah2 pun. bukan mereka tidak dihadiahi harta yang byk, tp mereka memmilih untuk hidup sederhana, dan harta yang didapatinya diagih pada yang memerlukan.
Ahh!! zaman skang mana ada orang susah! betul? anda susah selusuri di kampung2? di felda2? masih ramai! benar masih ramai yang memerlukan.

Tak salah menghias rumah tapi jgn sampai berlebihan. Rumah yang perlu disediakan ialah rumah yang selesa, bersih, kemas, dan cukup keperluan asas. apa yang tidak perlu dan tidak digunakan tak patutla kita simpan. kerana apa? kerana setiap barangan itu akan menuntut haknya nanti.

saya memandang biasa orang tak berada yang berpada-pada menggunakan harta, saya juga dalam kapal org tak berada. tapi saya cukup kagum dengan orang kaya yang bijak menggunakan hartanya. Kerana setiap sen yang di keluarkan itu akan disoal dalam salah satu hentian dalam perjalanan kita melepasi titian sirat. (insyaAllah sy akan post tajuk 7 Tol di Titian Sirat).

Sifir mudah...org miskin yg pemurah sebenarnya kaya, orang kaya yang kedekut sebenarnya miskin, orang kaya yang pemurah dialah paling beruntung dan kaya.

inilah rumah yang perlu dihias. dan hiasannya adalah dr amalan kita sekarang.














p/s : Jika dulu ada rasa kagum melihat rumah orang berhias cantik2, berperabot mahal2, pakai keta besar, pakaian berjenama....teringin nak juga..tapi sekarang, tak lg...sy lebih damai, lebih suka melihat rumah yang dihias sederhana...sederhana segala sudut..rumah, kereta, pakaian...urm...

0 comments: