Saturday, August 2, 2008

Tunduklah wahai hati…!



Lidah yang tiada bertulang ini suka benar mengadu domba. Di isi pula dengan mencela dan menuturkan nista. Siapa yang dituju? Siapa lagi kalo bukan saudara sendiri? Saudara yang paling rapat…iya saudara seIslam. Daging saudara diratah?

Kita barangkali lupa, bila di amuk nafsu amarah yang sukar dipadam dilengkapkan lagi dengan perasaan dendam lalu saudara itu yang menjadi pusat kita lemparkan kemarahan. Mengata dan meghina dengan rasa bangga. Ahhh…!!kita lupa lagi…lupa lagi pada Allah yang Maha Mendengar. Lupa pada malaikat kiri dan kanan yang setia mencatit.

Manusia mudah lupa…benar ungkapan itu. Tapi apa punca membuatkan kita tega – teganya mendabik dada hingga tiada lagi timbul soal hormat menghormati, tiada lagi timbul menjaga maruah saudara yang kita cela itu…mengapa ya? Mungkin diri sudah disaluti keyakinan yang tinggi..rasa serba tahu, hingga lupa barangkali saudara yang kita cela itu jauh lebih baik dari kita.

Duhai hati…tunduklah kembali…engkau milik Allah, lidah juga milik Dia…tapi lidah mu itu kau tidak hiasi dengan zikir malah kau selaputi dengan kata dendam hingga hati saudara mu yang juga milik Allah itu terluka. Terguris…kejamnya kau dalam menguruskan lidah dan hati mu sendiri…puncanya dari hati yang tak mahu tunduk pada kelebihan yang Allah pinjamkan pada mu.

Lalu tidakkah engaku sedar berapa banyak penyakit hati yang engkau ada? Ghibbah? Riak ? Takabbur? Ujub?...jika begini keadaan hati ini ke mana peginya amalan yang dikerjakan? Belum melepasi langit pertama aja sudah dilempar semula oleh malaikat menjaga ghibbah…aduh…wahai hati tunduklah…!!!

“Allah tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan) secara terus terang kecuali orang yang dizalimi, dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (Surah An-Nisa’:148)

Dan apa yang membimbangkan hati yang terluka kerana dizalimi itu akan mengadu kepada Pemilik hati. Kerana doa orang yang dizalimi itu akan diberi perhatian oleh Allah..maka waspadalah kita jgn sampai kata2 kita mengundang luka di hati insan lain. Kerana kita semua milik Allah maka tidak layak untuk kita saling bertingkah..

Dan khadeeja ini menulis hanya untuk memperingati diri sendiri tentang hati dan lidah…ya Allah tuntunlah hati dan lidah pinjaman Mu ini agar tidak jatuh dr landasan Mu..Amin..

0 comments: