“
jom makan kak, mama masak lauk sedap hari ni,” ajak Hanis, adik Sufi.
“tamau
la, akak takleh buka mulut. Ada luka kat gusi paling hujung,” ujar Sufi
perlahan. Benar… sangat perit rasanya, hendak buka mulut untuk bercakap pun
susah apatah lagi hendak mkn. Ohh..untuk minum sahaja Sufi terkial-kial sbb
sakit saat hendak menelan.
“Allah
selalu uji Sufi tang mulut sbb mulut sufi selalu ckp benda yang sia-sia kot,”
tambah Sufi
“Allah
menyayangi mu,” balas mama tersenyum.
Tiga
hari sebelum tu, Sufi doa minta Allah elakkan mulut Sufi dari bicarakan sesuatu
yang tidak baik. Lepas tu terus kena sakit ni. Sekarang Sufi kena diam dan
senyum je. Lepas jumpa doktor, katanya ada infection pada gusi paling hujung..oh
sebabnya blm boleh dipastikan, mungkin jugak kesan makanan atau terkena berus
gigi.
Sehingga
hari ini Sufi jadi pendiam…sunyi skit opis ni tanpa suara Sufi yang suka
mengusik orang (macam tu ke Sufi? heheh). Ok..kenapa Sufi pilih ceria?
1.
Kerana
apakah kita menunjukkan kegembiraan kita saat kita sihat sama seperti kita
menunjukkan sakit kita saat kita sakit?
2.
kerana
menceriakan dan mengembirakan orang lain juga suatu kebajikan.
3.
Kerana Sufi
tak suka jika ada orang bermasam muka kerana Sufi, terguris rasa dengan Sufi.
4.
Kerana wajah
Sufi kalau tak diringi senyum dan ceria orang takut nak dekat, sbb muka Sufi
muka serius. Jadi cemana nak sampaikan dakwah jika org takut nak dekat dgn kita
hanya kerana kita diam dan macam bagus… taknak bercampur dengan orang dan
memandang orang lain tak bagus je.
Dalam
muhasabah diri, Sufi tanya kawan sebelah Sufi. Apa pandangannya tentang Sufi?
Terlalu peramah dan byk ckp kah?
Katanya,
tidaklah selalu…ada masa Sufi periang ada masa Sufi pendiam.
Sufi
tanya lagi pada sahabat lain, apakah Sufi suka bercakap bukan2?
Katanya
Sufi banyak bercakap dgn orang yang dia rapat, yang dia selesa utk bergurau dan
bercerita. Jika di depan orang yang tidak dikenali atau khalayak, Sufi tidaklah
byk bercakap kecuali yang perlu. Ini tidak bermakna Sufi hipokrit, tapi itu
namanya menjaga adab.
Okay..apa2
pun untuk mengenali diri Sufi bukanlah 3 hari, mahupun 3 minggu, mahupun 3
bulan…dan jika tidak mengenali, usahlah terlalu cepat menghukum kerana jalan
yang dilalui setiap manusia itu berbeza. Sangat kejam jika menghukum orang lain
melalui teori sempit kita. Berlapang dada lah dalam menilai orang lain dan
bukanlah kita yg layak menghukuminya kerana Allah lebih mengenali setiap hati
hambanya…
Sufi
ingat satu kata, jika seseorang itu ikhlas untuk bersama kita, dia tidak akan
dijauhkan Allah dari kita…gaduh mcm mana pun, berbeza pendapat macam mana pun,
byk mana pun kekurangan kita, jika IKHLAS di hati, dia akan tetap di samping
kita sambil tersenyum dan sama2 memperbaiki diri dalam menuju redha Ilahi.
Boleh
jadi orang yang kamu pandang jelek dan buruk itu adalah lebih baik di sisi
Allah berbanding kamu…
Jadi
laluilah jalanmu Sufi tanpa luka di hati, lalui jalan merebut pandangan
Ilahi…cinta Allah buatkan si Sufi lupa segala…lupa…
0 comments:
Post a Comment