“
Su, telefon la Ayah Chu, Along dah bagitahu dia pasal Su,” tangan yang tadi
membelek-belek buku di kedai buku Syabab terhenti.
“
Ayah Chu nak cakap ape dengan Su? Nak marah Su ke? Tamau la Su telefon,” balas
Sufi perlahan.
“Bukan lah, bila Along cakap Su taknak balik masa kenduri
Akid nanti, Ayah Chu nangis. Dia kata suruhlah Kak Su balik jugak,” jawab
Along.
Ahhh!!
Kesiannya Ayah Chu. Sufi faham pesakit stroke seperti Ayah Chu sangat sensitif.
Cepat mengalir airmata jika ada sesuatu yang menyentuh hatinya. Bukanlah Sufi
tak teringin balik bersama-sama keluarga lain memeriahkan kenduri anak sulung
Ayah Chu itu, tapi kejadian yang menimpa Sufi masih baru…tersangat baru…Sufi
perlukan masa menguatkan hati sebelum berdepan dengan keluarga Sufi..tentu banyak
persoalan akan di tanya.. dan tentunya Sufi tak mahu menjawabnya. Sufi taknak
nanti airmata mengalir menggantikan suara yang tersekat. Sufi tak mahu keluarga
Sufi tahu Sufi sangat terkesan dengan kejadian itu. Sufi tak mahu mereka
melihat Sufi dalam keadaan sedih. Sufi cuma mahu mereka melihat Sufi
senyum…bagaimana ya Allah?
Bukannya
sebelum ni kakak-kakak dan abang-abang Sufi tak pernah memujuk supaya balik
tapi pelbagai alasan Sufi berikan. Sufi sebenarnya perlukan masa untuk
bersendirian. Sufi nak rawat hati. Sufi nak muhasabah diri Sufi. Sufi tahu Sufi
banyak silap. Tapi bila Ayah Chu harap sangat Sufi balik..tak mampu nak
kecewakan dia. Ayah Chu sayang Sufi macam anak dia dari kecil lagi. Manjakan
Sufi sama seperti Akid dan Laili. Tambahan sejak ibu ayah Sufi dipanggil
menghadap Ilahi, Ayah Chu dengan Ummi lah banyak memainkan peranan ayah dan ibu
pada kami adik beradik.
“Ayah
Chu, bukan Kak Su taknak balik, Kak Su dah apply cuti tapi bos belum approve,
kalo bos approve nanti Kak Su cepat-cepat beli tiket,” ujar Sufi ketawa
mengekek memujuk ayah Chu. Berlagak gembira di depan semua orang. Itu
perlu…bibir semanis madu, luka di hati siapa tahu.
“
Kak Su sabar ye atas apa yang berlaku…,” ujar Ayah Chu.
“
Kak Su okay je..tade masalah la ayah Chu,” oh tuhan…..bibirku masih
ketawa…sedang hatiku telah menangis…Ya Allah…Sufi tak kuat la nak balik
kampung…. L macam mana ni ya Allah…hibanya…
Sufi
meninggalkan kedai buku yang menjadi tempat kegemarannya itu…tiada satu buku
pun yang Sufi beli hari itu. Kenapa? Kerana melihat buku-buku yang mulia itu,
Sufi malu…Sufi rasa malu sangat nak angkat wajah Sufi sekali pun di hadapan
buku-buku tersebut…terasa diri Sufi tidak layak menyentuhnya sedang Sufi selalu
buat khilaf.. bukan Sufi tak belajar, bukan Sufi tak baca kitab-kitab agama,
bukan Sufi tak gi kelas agama, tapi kenapa Sufi masih khilaf? Dan kenapa saat
Sufi khilaf ada yang terus menjauhi Sufi? Nape tak bagi ruang Sufi betulkan
diri Sufi? Terlalu besarkah salah Sufi sampai dibuang begini?
Sufi…pandanglah
segalanya dari Allah yang menimpakan segala sesuatu yang menyebabkan retaknya
hatimu, sakitnya hatimu, kerana dia tahu hanya saat begitu engkau akan akrab
padaNya….
Sufi
rasa nak pergi jauh-jauh…tapi kemana? Sedang diri cuma seorang perempuan.
Keluarga Sufi cukup risau, Sufi bertindak bukan-bukan bila Sufi mematikan
telefon seharian masa hari kejadian. Memberitahu jangan kacau Sufi…Sufi
tertekan. Tapi esoknya Sufi menelefon mereka kembali dengan suara ceria (ceria
kepuraan J)…Sufi kata jangan risau, Sufi tak kemana-mana…Sufi
macam biasa…pergi usrah, pergi kuliyyah kat masjid, pergi riadah di taman
tasik, pergi kedai buku…Sufi okay! Jangan risaukan Sufi…sambil ketawa Sufi buat
lawak…tiada pulak pokok tauge paling tinggi nak panjat pastu terjun…hehe…kenapa
Sufi suka ketawa? Sebab Sufi tak suka orang tahu rasa hati Sufi sebenar..Cuma
Allah tahu..betapa tercalar hati ini….mengusung duka sendiri.
Malam
itu..Sufi termenung lagi di buaian besi. Tanpa sedar airmata mengalir. Ya Allah
masihkah sudi menyayangi Sufi di saat orang lain membenci Sufi? Ya Allah
palingkan wajah Sufi dari segala bentuk kenikmatan dunia. Ya Allah cukupkan
Sufi dengan cinta Mu agar Sufi tidak mengharapkan cinta manusia lagi. Bagaikan
melukut di tepi gantang begitulah Sufi rasa. Sampai hati dia...angkat Sufi tinggi-tinggi, bawak Sufi mendaki harapan, kemudian dia hempas Sufi kuat-kuat...sakitnya....
Ku susuri malam ini yang tidak
berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi ku mengusung duka
ini diiringi
Kisah janji dimungkiri
Sia-sia ku mencintaimu, setia padamu,
percayakanmu, sebak dadaku, retak hatiku luka jiwaku dihiris pilu…..(petikan
lagu Beribu Sesalan)
2 comments:
kat gunung kinabalu kan? bila sampai sane?
tahun lepas...cantik sgt...
Post a Comment