Laju
bas membelah sunyi lebuhraya karak…Sufi melemparkan pandangan ke luar
tingkap..susunan bukit bukau mendamaikan jiwa…tompokan awan menghasilkan pelbagai bentuk cantik. Tak sudah Sufi
memuji keindahan alam ciptaan sang Kekasih. Indah lakaran cintaMu untuk tatapan
buah hati di muka bumi…
Sufi
masih mencari makna bicara Ilahi untuk dirinya…dia kembali menatap buku di
tangan. Terpaku seketika dengan perbicangan ulama besar Malik bin Dinar, Hassan
al Basri, saudara al Balkhi dan Rabi’ah al Adawiyah
Hassan
al Basri: orang yang tidak sabar menanggung cubaan Tuhan, maka belum lagi
dianggap benar dalam perakuannya.
Rabi’ah”:
Ini adalah tipu daya
Saudara al Balkhi: Orang yang belum bersyukur atas cubaan
Tuhannya, ia belum dianggap benar dalam pengakuannya
Rabi’ah:
Adalagi yang lebih baik daripada itu
Malik
bin Dinar: Orang yang belum merasa sedap menerima cubaan Tuhannya ia belum
dianggap benar dalam pengakuannya.
Rabi’ah:
Ada lagi yang lebih baik daripada itu.
Ketiga
ulama: Kalau begitu katakanlah kepada kami bagaimana yang anda maksudkan itu.
Rabi’ah:
Orang yang masih ingat dan merasakan cubaan yang sedang menimpanya, belumlah
lagi dikatakan yang terbaik. Yang terbaik ialah orang yang lupa segala-galanya
kecuali Allah ketika cubaan itu datang, seperti lupanya wanita-wanita mesir
bahawa tangan mereka telah luka ketika menyaksikan kecantikan Yusuf.
Kesimpulannya
penilaian tahap keikhlasan bagi seseorang itu berbeza. Ada yang mengatakan
ikhlas itu bila seseorang itu sanggup bersabar dengan ujian, ada yang mengatakan
ikhlas itu bila mensyukuri ujian tersebut, ada yang mengatakan merasa sedap
dengan ujian itu adalah ikhlas. Namun paling tinggi menurut Rabi’ah ialah
apabila segalanya hilang kecuali hanya peyaksian kepada Allah..kerana cinta
terlalu mencintai Allah sehingga lupa apa yang sedang dialami…
Termenung
Sufi mengenangkan dirinya…usahkan tahap ikhlas ke empat seperti yg dikatakan
Rabi’ah, yang pertama sahaja dirinya tidak mampu mencapai…Astaghfirullahal azim…
Dan
perjalanan itu mengajarnya erti sebuah pengabdian…
0 comments:
Post a Comment