Tuesday, November 9, 2010

jom khatam sesama...



Ari ni ana dan nadia tak jadi bagi ikan makan
Kami masih di tepi tasik
Tapi ari ni kami cuba menghadamkan isi kandungan
Kitab Tarbiyatul Aulad Jilid 1

Erm...kitab ni mmg bagus utk dijadikan panduan
cara mendidik anak mengikut acuan Islam
Memang disarankan amat2 lah pada sesiapa yg sudah layak mendirikan rumah tangga

kami? ehhh...walau pun kami blm berumah tangga
kami nak khatamkan dulu
haaa...baru mantap! kan nadia?

Kitab lengkap bermula dari pemilihan jodoh,majlis, sampai la nak didik anak yg dah remaja
suma ada...nak tgk hasilnya?
Haaa...tgk adik Muhammad Al Hafiz tu
ibubapa dia didik dia berpandukan kitab ni la

Nadia ni, yang bestnya dia cintakan ilmu
pantang ajak buka kitab atau buku2
laju aje...tu yang td sampai terover lak kami lepak tepi tasik
tgk2 jam 1.35 ptg
bukan main kusyuk cik adik nadia baca isi kitab
ana pulak tongkat dagu sambil terangguk2 tanda faham...(bukan tanda ngantuk ye..)

Jadi ana nak seru ni pada sahabat2 suma
Jom kita khatam kitab pendidikan anak2 dalam Islam
sebelum kita bersama pasangan kita mengemudi rumah tangga
nanti bila anak2 dah mula faham
boleh buat usrah keluarga
terangkan isi kitab utk anak2 pulak...

ok...sape nak join ana dan nadia terokai isi tarbiyatul aulad ni
jemputlah dtg ke tepi tasik Mines
belajar sambil tgk ikan
tgk ikan sambil belajar
hehehe....



Haaa....nampak tak kami berdua kat bawah terowong ni? npk tak?
Ni la..port kami bagi makan ikan kalo tak de urusan dgn en bantal...(kalo kami tade di sini selalunya kmi di surau...hahaha...cuba teka watpe? mesti la tido...hehehe)









Monday, November 8, 2010

Wednesday, May 19, 2010Kisah Ibrahim Nasser - Muhasabah Nikmat Sihat dan Lapang Bersama








Ibrahim Nasser mengidap sejenis penyakit yang menyebabkan dia terlantar di katil dan hanya mampu menggerakkan kepala dan tanganya. Pernafasannya pun memerlukan kepada non-invasive positive-pressure ventilatory support.Mungkin dia mengidap penyakit motor neurone disease ataupun cerebral palsy (tekaan penulis). Memandangkan Ibrahim memerlukan tracheostomy, dia hanya dapat berhubung menggunakan laptop, menaip kata-kata yang ingin dia tuturkan.
Ibrahim hanya mampu menggunakan internet dan laptop untuk berhubung dengan dunia luar. Dia amat menginginkan untuk bertemu dengan Sheikh Nabil al-Wadi, seorang ulama dari Kuwait. Dia selalu mengikuti kuliyah dan perkembangan semasa Sheikh melalui internet.Ayah Ibrahim telahpun memohon bantuan Sheikh Nabil agar datang melawat anaknya. Akhirnya, Sheikh Nabil pun setuju untuk memenuhi hajat Ibrahim.
Setibanya Sheikh Nabil di lapangan terbang, dia di sambut oleh keluarga Ibrahim; ayah dan bapa saudaranya.
Apabila Sheikh Nabil masuk ke bilik Ibrahim, tergambar kegembiraan di raut mukanya melihakan anak muda yang kurus, terlantar di atas katilnya.
Akhirnya tercapailah hajat Ibrahim setelah sekian lama terkurung di dalam penjara biliknya itu. Mulanya beliau amat terharu dengan kehadiran Sheikh Nabil di dalam biliknya, hinggakan tidak dapat berkata-kaa buat seketika. Alhamdulillah, Allah mengkabulkan doa dan harapannya. Bayangkan, tokoh yang sangat ingin kita temui, hadir di tengah-tengah bilik tidur kita?

Begitu sekali kegembiraan Ibrahim hinga tergambar keceriaan di riak mukanya. Siapa yang tidak tersenyum melihat gambar ini?


Lantas Sheikh mencium dahi Ibrahim. Allah.... Betapa ku inginkan dahiku di cium oleh al imam wa al allamah, ya Rabb al alameen!



Mereka lantas berdiskusi berkenaan dengan dakwah melalui medium internet. Ayahnya, bapa saudaranya serta Sheikh Nabil asyik berbincang berkenaan dengan perjalanan dakwah, kepentingan dan apakah yang diperlukan untuk kejayaan dakwah melalui internet.
Dalam ralit bersembang, Syeikh ada menyakaan satu soalan kepada Ibrahim. Ibrahim terhenti sejenak.




Hilang terus cahaya kegembiraan yang tadinya terpancar tika menyambut kehadiran Sheikh Nabil. Menitis air mata Ibrahim, tak henti-henti dia menangis. Teresak-esak.


Sheikh cuba membantu dengan mengesat airmata Ibrahim. Namun, dia tetap menangis teresak-esak. Akhirnya Sheikh cuba mujuk ibrahim dengan kata-kata hikmahnya.


Wahai ikhwan dan akhawat!
Setelah Allah memakbulkan doa kita, apakah yang mampu melenyapkan kegembiraan yang datang itu?
Apakah soalan yang membuatkan Ibrahim menangis?
Ibrahim yang sangat gembira, kemudian tidak dapat menahan sedih lantas menangis sepuas-puasnya!
“Sekiranya Allah memberikanmu nikmat kesihatan, sehingga boleh berjalan, apakah yang akan engkau lakukan?”
Mendengarkan soalan ini, Ibrahim lantas menangis teresak-esak.
Ayahnya, bapa saudaranya, dan kemudian, kesemua orang di dalam bilik turut menangis.


“Wallahi! Andai boleh diriku berjalan, maka akan ku tunaikan solat di masjid dengan penuh gembira, dan segala nikmat kesihatan itu akan ku gunakan untuk mendapatkan redha Allah.”




“Dua nikmat hebat yang dipandang enteng oleh manusia ialah nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang”Hadis riwayat al Bukhari, Tirmidzi dan ibn Majah.
p/s: Jom hayati kisah benar tentang nikmat kesihatanMoga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan buat kita



Duhai hati , sabar la sayang...



Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara
Terkadang aku berfikir sendirian

Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata
Terkadang aku mentaksir

Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

hati-hati dalam berbicara

Jangan sampai tutur kata yang kita lontarkan tanpa sedar telah membuat ada hati yang terluka

Ghairah bercerita hingga tersebarlah sebuah kata dusta

Tak takutkan kita pada amaran Allah dalam Surah Al-Ahzab: Ayat 58? jelas Allah mengancam sesiapa yang menyakiti para mu'min lelaki dan perempuan dengan sesuatu yang mereka tidak lakukan.


Peringatan yang ana buat ini khas juga buat ana sendiri, agar berjaga2. Juga buat sahabat2 yang disayangi.

Pesan Imam As-Syafie " takutlah pada doa orang-orang yang diainaya, kerana doanya mustajab"

Tahukah kalian, betapa dashyatnya bahana fitnah?

Ada yang kehilangan keluarga kerana fitnah

Ada yang kehilangan kerja kerana fitnah

Ada yang terputus bersahabatan kerana firnah

Sakit!! Hati itu sangat remuk kala mengharungi nista dan cercaan sendirian..

bagai mahu rebah, melangkah mencari arah baru...

airmata saja sudi hadir...bukan tanda lemah tp itu luahan rasa terpendam...




Namun....diam...usahlah diperbetulkan fitnah itu, biarkan saja pesan si ibu...

Jika dibetulkan akan membuka aib sesama saudara dan memburukkan suasana...jadi diam lah...

Diam itu bahasa terindah.

Percaya lah diam itu ubat mujarab, suatu saat Allah akan membentangkan kebenaran satu persatu...

Dari melayan orang2 yang gemar menista dan memfitnah ada baiknya kita selusuri buku "Bahtera Penyelamat" dan "50 Ciri Munafik"... semoga dengan itu kita sentiasa bermuhasabah agar tidak membenarkan penyakit hati terus menular.




p/s: Jauh hati sgt ni..kita tak buat orang pun orang suka buat kita...sampai ati...aaaaa...nak ngadu kat mak ayah da takleh..aaaa....Allah lah teman yang kekal abadi...isk3!! Yang lain ana tak kisah sgt tp USAH pertikai cinta ana pada Allah...Jangan!!!Never!!

Perlukah aku khabarkan yang kualami

Apakah akan terjawab semua?

aku mohon pada Tuhan

Berikanlah kekuatan untukku menghadapi semua ini


Saturday, November 6, 2010

tidur awal



sebenarnya ana nak tulih entry mlm ni...tp terasa penat yg amat...siang td seharian ana di perjalanan bersama adik2 dr jam 8.30 pagi sampai la 9 mlm....penat amat...biasa la rutin weekend ana, ke sana ke mari menguruskan badan...hehe..taklah...uruskan hal2 yg perlu diuruskan....


cuma di kesempatan yg sesuai dengan kepenatan ini...ana nak menyeru sahabat2 ana suma...mari la kita tidur awal!!haaa..tadi masa kuliyah Al Hikam dgn Dr Zulkiflee Al Bakri ada menyebut Rasulullah menyarankan kita tidur awal selepas solat isya'..ini memudahkan kita utk qiam sepertiga malam nanti...huhu...ana jugak sedang memujuk mata utk tidur awal ni..sbb dari zaman sekolah sampai skang suka amat tido lewat.(ish3!! tak ikutt sunah betul)

ok ana sudah rasa mata separa tertutup...sebelum tu ana nak seru lg sekali
" Jom kita tidur awal..." hehehe...ok hampir tertutup mata ni...daaaa....jumpa esok dgn entry sebenar insyaAllah...ilalliqa'...

Monday, November 1, 2010

Cahaya atas cahaya An-Nur 24:35

Rezeki yg jarang kita anggap sebagai rezeki. Rezeki iman, rezeki taqwa, rezeki taufik dan hidayah...kita seringkali sibuk berdoa memohon rezeki harta benda, makan dan minum...sedang itu suma Allah telah tetapkan...namun rezeki iman, amal, taqwa, hidayah kita tidak resah memikirkannya...
Hidayah itu petunjuk
Taufik itu kekuatan untuk melakukan sejajar dengan petunjuk
mohon la keduanya...



Hidayah Allah dlm pelbagai cara

melalui lidah orang lain atau keadaan

Jika tiada siapa dihantar untuk menegur kita

Maka berhati-hati lah!!

Bimbang Allah sedang membiarkan kita terus menerus melakukan kesilapan

Bimbang Allah membiarkan kita tanpa disedarkan

Bimbang Allah tak sudi lagi memandang kita

Maka kitalah orang yang paling rugi di akhirat nanti


Sunday, October 31, 2010

Ku mencintai MU sedalam dalamnya....

JIka aku menyembahMU kerana takutkan nerakaMu, maka campak lah aku ke dalam neraka Mu, Jika aku menyembahMU krn syurgaMU, maka campaklah aku dari syurga MU, jika aku menyembahMU semata-mata keranaMU, kerana cintaku padaMU, maka janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajahMu yang abadi.....

Ya Rabbi sudi la pandang diri ini....




Saturday, October 30, 2010

No Love Until Akad




dulu...dah lama dah ana pernah terbaca satu kata2 best

"Sebaik mana pun , sesolehah mana pun dia atau sesiqah mana pun seorang wanita itu
dia bukanlah wanita solehah yang sakinah yang dijanjikan Allah sebagai penyejuk mata dalam Al Quran selagi mana dia mempunyai hubungan tanpa akad dengan lelaki bukan mahram"

kata2 ni buat ana terpaut..indah!
semakin ana tanamkan azam utk tidak menjalinkan hubungan dgn mana2 lelaki
dan ana mula sebarkan pd pelajar2 ana
kempen jauhi couple...couple itu haram!
kami tampal poster di papan kenyataan BADAR



usah gusar menanti
dia pasti datang
sesuai dengan tahap iman di hati...

jadi kalo mahu yang soleh
solehahkan diri
Yakinlah dengan jodoh yang ditetapkan Ilahi
Tak perlu menagih cinta terlarang yang dimurkai

duhai ibu, sabar ye
anak mu ini barangkali belum cukup solehah
makanya si soleh yang dinanti
belum sudi hadir

sabar bu,
anak mu ini mahukan pernikahan yang dimulai dengan berkat
bukan dengan di ngorat2
biar si soleh itu dtg dengan ilmu
cintanya pada Ilahi menawan hatiku
akhlaknya wangi membuah pesona


sabar bu,
mmg cita2 ku membina keluarga muslim bahagia
menyelami indahnya hidup bersyariat
dalam Islam menjadi semakin asing di mata manusia
izinkan kami menjadi gurraba' selagi berhayat

usah gusar menanti
dia pasti datang
utk membawaku pergi
jangan bimbang
datang dia sesuai dengan iman di hati...


p/s: nape entry kali ni jiwang? heheh...sbb ramai yang susah hati lihat ana tak kawin lagi.. lalalala...