Hujung minggu ni ana ke Kompleks
Kebajikan Rukaiyah (KKR) lagi insyaAllah…rindu sangat dengan anak-anak kat
sana…melihat wajah mereka hati ni pelbagai rasa..yang paling ana kecewa bila
penghuni paling kecil, yang berusia tujuh tahun dihantar ke sana dengan alasan
ibunya tak larat nak jaga sebab nakal sangat...kasihan, usia macam tu sepatutnya bersama keluarga tapi kanak-kanak comel itu terdampar bersama
anak-anak lain di rumah anak yatim ini.
Nakal sangat kah si kecil ini?
Melalui apa yang ana lihat, dia kanak-kanak normal yang manja. Maknanya
bukanlah hyperaktif atau autisme. Tidaklah terlalu lasak, cuma nakal anak manja
yang akan mengamuk jika tak dapat apa yang diinginkan..
Sahabat ana, hanan boleh tahan bijak menggunakan kaedah
psikologi untuk memujuk anak kecil ini. Syabas hanan! Jika ibunya cepat beralah
dalam mendidik anak yang dilahirkan sendiri, biarlah kita yg didik...
Persoalan di sini,
- Patutkah seorang ibu berbangga jika anaknya menjadi insan yang berjaya & soleh tapi dari hasil didikan cikgu atau orang lain.?
- Patutkah seorang ibu kecewa jika setelah puas berusaha mendidik namun anaknya tidak berjaya menjadi seperti yang diharapkan?
Yang ana tahu, mendidik anak itu
tanggugjawab yg perlu ditunaikan pada anak. Suatu saat nanti si ibu akan
ditanya tentang hak ini..apakah telah ditunaikan sebaiknya atau sekadarnya
sahaja. Allah tidak akan persoalkan si ibu berjaya mendidik atau tidak, tapi
Allah akan lihat apakah si ibu berusaha atau tidak.
Erm...ana sambung lagi...
2 comments:
kirim salam abg aiman kat diorg, semua.....assalamualaikum...
insyaAllah esok kalo tecer pegi...
Post a Comment