Adakah kita termasuk dalam golongan yang suka memberi kemaafan? Siapakah yang benar-benar menikmati kemanisan kemaafan tersebut?
Mungkin kita boleh berhenti seketika dan berbincang
persoalan-persoalan ini. Mungkin selepas ini kita akan merasainya suatu
perkara yang besar walaupun sebelum ini kita merasakannya suatu yang
remeh.
Ada seorang sahabat yang Rasulullah SAW tunjukkan sebagai ahli syurga,
hingga sahabat-sahabat lain mula sibuk menyelidiki apakah keistimewaan
sahabat itu hingga ditunjukkan oleh Baginda Rasul sebagai ahli syurga.
Akhirnya diketahui bahawa amalan sahabat itu macam biasa saja berbanding
sahabat-sahabat lain. Cuma satu perkara yang telah mengangkatnya
sebagai ahli syurga adalah bahawa dia sentiasa memberi kemaafan kepada
orang lain. Setiap kali sebelum terlelap mata, dia akan memaafkan semua
kesalahan orang lain kepadanya, tak kira siapa.
Nah... sekarang ini adakah kita masih merasakan persoalan memberi kemaafan ini suatu yang remeh?
Mungkin
nampaknya agak mudah untuk kita berikan kemaafan kepada sesiapa saja
yang pernah melukakan hati, menyakiti hati dan perasaan kita, atau
berlaku kasar kepada kita. Adakah ianya semudah itu? Pernahkah kita
dicaci maki oleh seseorang dengan kata-kata yang terlalu kesat
sehinggakan kita begitu tersinggung, lalu keesokan harinya kita
bertembung dengannya tanpa disengajakan dan kita pun mengukir senyuman
yang ikhlas dari hati kita tanpa sedikitpun kepura-puraan? Kalau pernah
begitu, saya ingin ucapankan setinggi-tinggi tahniah kerana anda
memiliki kekuatan jiwa dan seorang yang gagah atau perkasa jiwanya pada
pandangan Allah SWT kerana Rasulullah SAW pernah menggambarkan orang
yang gagah itu adalah orang yang boleh menahan kemarahannya ketika dia
marah.
Jadi untuk memberi kemaafan sebenarnya memerlukan kekuatan; kekuatan
iman dan kekuatan jiwa. Kekuatan iman kerana hanya apabila kita
benar-benar yakin dengan apa yang akan Allah berikan baru kita sanggup
lepaskan apa yang kita ada. Hanya apabila kita benar-benar yakin dengan
janji-janji Allah, barulah kita memaaafkan orang lain. Kita perlukan
kekuatan jiwa kerana hanya seseorang yang kuat jiwanya serta berjiwa
besar akan memandang yang kecil itu kecil dan menghargai sesuatu yang
besar. Sememangnya memberi kemaafan mendapat kedudukan yang tinggi
disisi Allah SWT dalan banyak ayat-ayat Al Quran dan hadith Rasulullah
SAW.
Mungkin kita hanya nampak janji-janji Allah di akhirat nanti.
Bagaimana pula semasa kita masih hidup, apa yang akan kita dapat dari
kemaafan yang kita berikan itu?
Sebenarnya hasil dari kajian pakar-pakar psikologi, sebahagian besar
daripada masyarakat hari ini menghadapi tekanan jiwa yang begitu tinggi.
Hinggakan daripada kajian tersebut mendapati ramai yang berumur antara
awal 30an hingga penghujung 50an mengalami penyakit-penyakit yang
berkaitan tekanan jiwa dan perasaan seperti tekanan darah tinggi, sakit
jantung dan sebagainya. Satu hakikat yang mungkin menyebabkan timbulnya
masalah hari ini adalah kerana manusia membesar tanpa kasih sayang dan
jiwa kemanusiaan. Dalam suasana hari ini memang banyak perkara yang
boleh menyebabkan kita marah dan terasa hati. Saya dapat melihat,
terutamanya di kalangan remaja hari ini yang kekosongan jiwa
kemasyarakatan; para staf membanting tulang bekerja namun tiada rakan
yang hargai; kerana manusia lain hanya pentingkan hajat-hajat mereka dan
apa yang mereka cari, nilai kebersamaan tidak terbina, nilai
individualistik menjadi ikutan.
Friday, November 11, 2011
maaf
Posted by kalam_khadeeja at 9:02 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment