- Ada yang dipanjangkan titinya. barangkali si ibu melihat titinya sangat panjang hingga tiada penghujung, tapi si anak pula melihat titiannya sgt dekat.
- Ada yang yang mampu melintas sepantas kilat, namun ada lak yang melintas mengesot-ngesot.
- Ada yang berjaya sampai ke penghujung, dan ada yang gagal lalu jatuh ke dalam tadahan neraka di bawahnya
Ok kita fokus pada tajuk iaitu 7 tol yang ada di titian sirat ni.
manusia diperiksa tentang syahadah. mungkin kita menarik nafas lega. Alaaaa...syahadah je. sape yg pandai bahasa arab pun blh jawab nih. tapi jgn ingat semudah tu. kita akan ditanya samada benar2 beriman dengan syahadah yg kita ucapkan itu. Jika kita bebas dari berlaku syirik pada Allah barulah dilepaskan. kalo tak, awal2 lagi kita dah ditarik ke kawah api neraka di bawah tu. Astaghfirullahal azim....
- rukun fi'ili (pergerakan anggota)
- rukun aqli (tumpuan akal)
- rukun qauli (sempurnakah bacaan solat kita)
Sempurna khusyuknya
- kusyuk itu anugerah.. mmg benar tahap skang ni sangat susah nak capai kekusyukkan dalam solat.
Tol 3 (Puasa)
ok, di tol sekatan yang ketiga ni lak kita akan diperiksa berkenaan keadaan puasa kita. adakah memenuhi syarat puasa, tidak meyalahi rukun dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan pahala puasa.nampak tak kat sini? bukan perkara yang membatalkan puasa. Tapi diperiksa detail sampai perkara yang merosakkan pahala puasa.
Apa ye contoh perkara yang merosakkan pahala puasa? mengumpat? haaa... itu bleh merosakkan pahala puasa. kalo bleh ni analogikan umpama seorang yang punya janggut dan diberi pisau cukur. selama 30 hari dia mencukur sedikit demi sedikit janggutnya. cukup hari ke 30, apa lagi yang tggl? tentu abis dicukurnya kan? itu la umpama ibadah puasa kita.
kita tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa namun perkara yang merosakkan pahala puasa kita telah menghilangkan sikit demi sedikit markah puasa kita. hingga akhirnya tiada apa lagi untuk disemak di sekatan ke 3 ini.
Tol 4 () Zakat
maka berbahagia la orang2 yang fakir, kerana mereka akan dibiar melepasi tol ini tanpa hisab. Tapi bagi yang mepunyai harta bersabarlah kerana setiap harta kepunyaan kita akan dihisab.
Sahabat Nabi, Abdul Rahman bin Auf seorang yang hartawan yang tersangat dermawan itu pun menjadi sahabat terakhir yang masuk ke syurga. kerana apa? kerana dia diperiksa ke mana dia membelanjakan setiap hartanya. Itu sahabat yang mmg terkenal dgn pemurahnya, kalo kita?Fuhhhh!!!! bersedekah jarang2 sekali, ikut mood. Pastu kita suka membelanjakan duit pada barang yang tidak perlu. Aduh semua tu akan ditanya. Jadi jgn sedih jika ditakdirkan Allah kita tidak kaya di dunia, kerana kita akan bahagia melepasi tol zakat ini.
Tol 5 (Ibadah haji)
Tol seterusnya akan disoal tentang ibadah haji bg yg mampu. meh la kita sama2 kumpul duit awal2 supaya tidak lah bila tua sgt baru kita nak ke sana.
Tol 6 (Wuduk dan mandi wajib)
- sempurnakah wuduk? (kalo tak tak sah solat
- wuduk adalah tanda untuk umat Muhammad
- Pembaziran air ketika wuduk juga akan diperiksa...aduh, berjimat-cermat la hatta semasa berwuduk.
- bagi perempuan, perlu lebih teliti dalam mengqada solat pada hari terakhir haid.
Tol 7 (Zalim)
Tol ini lah tol yang paling hampir dengan syurga. kita dah boleh npk keindahannya, boleh hidu wanginya syurga, tapi....di sinilah terlalu ramai yang gagal. Maka ramai yang ditarik ke neraka di tol ini...rugi nya...
persoalan zalim..makna zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya..haaa cuba pikir byk sgt kita berlaku zalim. Kita sinonimkan zalim tu dengan pemerintah je, tapi zalim tu sangat byk.. zalim kerana meletakkan selendang di bahu sedangkan tempatnya di kepala. Zalim hanya membaca Quran sekali seminggu, sedangkan setiap hari perlu dibaca...patutla di sini ramai yang gagal...
Doa untuk dipermudahkan meniti titian sirat ni...Ya Salim salim na...seperti lagu kumpulan Rabbani.
0 comments:
Post a Comment